PISMP & PPC 2025 : PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN & PROGRAM PELAJAR CEMERLANG KE LUAR NEGARA KINI DIBUKA

Pengambilan Calon Guru Tajaan Kementerian Pendidikan Malaysia bagi Latihan PraPerkhidmatan dalam program PISMP & PPC .

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempelawa lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan lepasan Program Matrikulasi yang berkelayakan, berpotensi dan berminat untuk mengikuti PISMP & PPC di Institut Pendidikan Guru, KPM bagi ambilan tahun 2025.

BACA JUGA: Permohonan Lesen Motor Percuma :MYLESEN B2 JPJ Tahun 2025 kini dibuka

Maklumat Permohonan PISMP & PPC

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berumur tidak lebih daripada 22 tahun ke atas pada tarikh tutup iklan jawatan dan berkelayakan bagi mengisi tawaran bagi program PISMP & PPC ini.

Nama Kementerian/JabatanKementerian Pendidikan Malaysia
PenempatanIPG Seluruh Malaysia
Kelayakan– SPM (Tahun 2022/ 2023/ 2024),
– STPM (Tahun 2023/ 2024),
– STAM (Tahun 2023/ 2024),
– Program Matrikulasi (Sesi 2023/2024 & 2024/2025)
Tarikh Tutup16 Mac 2025 (Ahad)

Program Ditawarkan PISMP & PPC

  1. Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP).
    • Laluan Perdana
    • Laluan Khas dan Ambilan Khas
    • Lepasan STPM/ STAM/ dan Matrikulasi
  2. Program Pelajar Cemerlang (PPC) Ke luar negara.

APA MAKSUD PISMP?

Program ini dikhususkan untuk melatih bakal guru di Institut Pendidikan Guru (IPG) dalam pelbagai bidang pengkhususan bagi keperluan di sekolah rendah KPM. Pemohon yang berjaya ditawarkan pengajian dikehendaki mengikuti program persediaan PISMP selama satu tahun (tiga semester) di IPG yang ditetapkan oleh KPM.

Pelajar yang LULUS program persediaan PISMP akan diberikan Sijil Tamat program
dan ditawarkan mengikuti pengajian PISMP selama empat tahun (12 semester) di
IPG yang ditetapkan oleh KPM. PISMP akan dilaksanakan secara mod sepenuh masa.

SYARAT KELAYAKAN MEMOHON PISMP

Bagi Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan(PISMP), syarat kelayakannya ialah;

  1. LALUAN PERDANA
  • Warganegara Malaysia.
  • Umur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2025 iaitu lahir pada atau selepas 30 Jun 2005.
  • Sihat tubuh badan.
  • Aktif dalam kegiatan kokurikulum.
  • LULUS SPM dengan memperoleh gred CEMERLANG dalam mana-mana lima (5) mata pelajaran.
  • Memperoleh sekurang-kurangnya gred KEPUJIAN dalam tiga mata pelajaran berikut di peringkat SPM:
    • Bahasa Melayu;
    • Bahasa Inggeris; dan
    • Sejarah.
  • Memenuhi syarat bidang pengkhususan yang ditetapkan.

2. LALUAN KHAS/ AMBILAN KHAS

  • Warganegara Malaysia.
  • Umur tidak melebihi 22 tahun pada 30 Jun 2025 iaitu lahir pada atau selepas 30 Jun 2003.
  • Sihat tubuh badan (tidak termasuk konteks ketidakupayaan dan tertakluk kepada pekeliling Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran Bil.2/2017).
  • Boleh mengurus diri sendiri.
  • Aktif dalam kegiatan kokurikulum.
  • Berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
  • LULUS SPM dengan memperoleh sekurang-kurangnya gred KEPUJIAN dalam mana-mana enam mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
  • Memperoleh sekurang-kurangnya gred LULUS dalam mata pelajaran Sejarah di peringkat SPM.
  • Memenuhi syarat bidang pengkhususan yang ditetapkan

3. LEPASAN STPM/ STAM/ MATRIKULASI

  • Warganegara Malaysia.
  • Umur tidak melebihi 22 tahun pada 30 Jun 2025 iaitu lahir pada atau selepas 30 Jun 2003.
  • Sihat tubuh badan.
  • Aktif dalam kegiatan kokurikulum.
  • LULUS SPM dengan memperoleh sekurang-kurangnya gred KEPUJIAN dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di peringkat SPM. Kepujian Bahasa Melayu Kertas Julai boleh diambil kira.
  • Memperoleh sekurang-kurangnya gred LULUS dalam mata pelajaran berikut di peringkat SPM;
    • Bahasa Inggeris; dan
    • Sejarah
  • LULUS STPM dengan memperoleh sekurang-kurangnya PNGK 3.5.
  • Memenuhi syarat bidang pengkhususan yang ditetapkan.

APA MAKSUD PROGRAM PPC?

Program ini dikhususkan untuk lepasan SPM tahun 2024 bagi mengikuti pengajian di universiti luar negara yang telah ditetapkan oleh KPM selama empat tahun.

Setelah tamat pengajian Ijazah, pelajar akan mengikuti Program Diploma
Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) di Institut Pendidikan Guru selama satu tahun.

SYARAT DAN KELAYAKAN UNTUK MEMOHON PPC

Antara syarat utama untuk memohon program PPC ini ialah;

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Umur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2025 iaitu lahir pada atau selepas 30 Jun 2005.
  3. Sihat tubuh badan.
  4. Aktif dalam kegiatan kokurikulum.
  5. Lepasan SPM tahun 2024.

CALON YANG TIDAK LAYAK MEMOHON PISMP & PPC

  1. Pemohon yang sedang mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) di IPG atau Ijazah Sarjana Muda Pendidikan di mana-mana institusi pendidikan dalam dan luar negara.
  2. Pemohon yang dikenakan tindakan tatatertib atau sedang dalam proses tindakan tatatertib semasa dalam perkhidmatan awam atau latihan yang dianjurkan oleh agensi kerajaan.
  3. Pemohon yang pernah mengikuti program ikhtisas di IPG, tetapi gagal dalam peperiksaan dan ditamatkan pengajian.
  4. Pemohon yang pernah atau sedang disabitkan dengan kesalahan penyalahgunaan dadah, jenayah atau tindakan mahkamah.

Peringatan:

  • Pemohon Program Pelajar Cemerlang (PPC) perlu juga mengemukakan permohonan menyambung pengajian ke Timur Tengah kepada Bahagian Education Malaysia (BEM) melalui pautan berikut:  https://dohe.mohe.gov.my/timurtengah. 
  • Adalah diingatkan kepada semua pemohon, kegagalan mengemukakan permohonan ke BEM boleh menyebabkan tawaran terbatal sekiranya ditawarkan. Urusan permohonan kepada BEM adalah dibawah tanggungan calon termasuk kos permohonan. Sila rujuk BEM untuk maklumat lanjut.

CARA MOHON PISMP & PPC

  1. Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian dengan melayari laman sesawang KPM disini : https://pismp.moe.gov.my mulai 24 Februari 2025.
  2. Lepasan SPM Tahun 2024 layak memohon Program PISMP & PPC dan boleh mengemaskini bidang permohonan selepas keputusan SPM diumumkan. Sila rujuk tarikh-tarikh penting yang disediakan.
  3. Lepasan STPM tahun 2024 layak memohon dan boleh mengemaskini bidang permohonan selepas keputusan Semester 3 diumumkan.
  4. Lepasan STAM tahun 2024 layak memohon dan boleh mengemaskini bidang permohonan selepas keputusan akhir pengajian diumumkan.
  5. Lepasan Program Matrikulasi sesi 2024/2025 layak memohon dan boleh mengemaskini bidang permohonan selepas keputusan Peperiksaan Semester Program Matrikulasi (PSPM) diumumkan.
  6. Pemohon dinasihatkan melayari laman sesawang : https://pismp.moe.gov.my bagi mendapatkan maklumat iklan, Ujian Kelayakan Calon Guru (e-UKCG), temu duga, Ujian
    Kecergasan Fizikal (UKF), syarat bidang pengkhususan serta tarikh-tarikh penting pengambilan sebelum membuat permohonan.
  7. Pemohon dibenarkan mengemukakan SATU permohonan sahaja dan boleh mengemaskini permohonan pada tarikh yang telah ditetapkan sebelum tarikh permohonan ditutup.
  8. Pemohon perlu membuat pengesahan permohonan dan dihantar sebelum tarikh tutuppermohonan. Permohonan yang berjaya dihantar akan menerima nombor rujukan permohonan.
  9. Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak

MAKLUMAT TAMBAHAN

  1. Pemohon perlu menyemak tarikh-tarikh penting pengambilan PISMP ambilan tahun 2025. Walau bagaimanapun, KPM berhak meminda sebarang aktiviti dan tarikh mengikut keperluan
    semasa.
  2. Calon mestilah menjalani saringan dan lulus e-UKCG sebelum dipanggil temu duga dan UKF.
  3. IPGM berhak menawarkan bidang pengkhususan yang berlainan dengan bidang yang dimohon mengikut keperluan KPM.
  4. Pemohon yang berjaya ditawarkan pengajian hendaklah bersetuju dan patuh dengan termaterma dalam surat tawaran dan Perjanjian Pendidikan Guru KPM serta pindaan-pindaan yang
    dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.

Pemohon yang didapati memberi maklumat salah/ tidak benar/ manipulasi maklumat dalam borang permohonan akan diambil tindakan dengan menarik balik surat tawaran dan dikenakan tindakan undang-undang. Maklumat permohonan ini akan disemak secara terperinci pada hari pendaftaran dan selama tempoh pengajian dari semasa ke semasa.

Lihat Iklan PISMP DAN PPC

MAKLUMAT LANJUT

Sila hubungi alamat berikut sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berkaitan dengan permohonan:

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 1-3, BLOK 2250 JALAN USAHAWAN 1
63000 CYBERJAYA, SELANGOR DARUL EHSAN
(u.p: Jabatan Pengambilan dan Penempatan, Pusat Hal Ehwal Pelajar)

No. Telefon : 03-8312 6733/ 6760/ 6723/ 6720/6768/ 6693
(Masa : 8:00 pagi hingga 5:00 petang)

Penafian: Pihak kami bukan dari mana-mana agensi Kerajaan terlibat. Maklumat yang terdapat dalam portal kerjakini.com adalah sahih dan diolah dari sumber rasmi kerajaan dan sumber yang dipercayai untuk memudahkan proses permohonan.

Leave a Comment