MyLesen B2 JPJ 2025 : Program Bantuan Lesen Memandu Percuma B40.

MyLesen B2 JPJ 2025 : Program Bantuan Lesen Memandu Percuma B40.

Program Bantuan Lesen Memandu Percuma MyLESEN B2 merupakan inisiatif Kerajaan Malaysia Madani yang ditawarkan kepada golongan belia B40 di mana kos yuran, latihan, amali, dan ujian DITANGGUNG sepenuhnya oleh Kerajaan bagi membantu mereka mendapatkan Lesen Memandu Kelas B2 (Motosikal) tanpa sebarang bayaran.

Bagaimanakah borang permohonan lesen memandu percuma 2025? Ikuti info lanjut disini.

BACA LAGI : E-WALLET 200 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA BANTUAN E WALLET RM 200

OBJEKTIF BANTUAN MYLESEN B2 LESEN MEMANDU PERCUMA 2025

Objektif utama Program MYLESEN B2 adalah seperti berikut:

  • Meringankan beban golongan kurang berkemampuan B40 untuk mendapatkan Lesen Memandu Kelas B2 (Motosikal).
  • Meningkatkan keselamatan jalan raya melalui pemilikan Lesen Memandu serta latihan dan kemahiran memandu yang disediakan.
  • Menggalakkan dan memupuk masyarakat untuk memandu kenderaan secara sah di sisi undang-undang serta melahirkan penunggang motosikal yang kompeten.
  • Meningkatkan peluang dan kebolehpasaran pekerjaan bagi golongan B40 yang memerlukan lesen untuk bekerja.

KATEGORI BANTUAN LESEN MEMANDU PERCUMA 2025

Lesen yang akan diberikan secara percuma dan ditanggung oleh Kerajaan adalah seperti berikut:

JENIS BANTUANKATEGORI LESEN
Lesen Memandu Percuma
(Mylesen B2)
Lesen Memandu Motosikal (B2)

SYARAT KELAYAKAN MEMOHON LESEN MEMANDU PERCUMA 2025

Syarat dan Kategori Kelayakan mestilah terdiri daripada:

  • Warganegara Malaysia;
  • Sihat dari segi fizikal dan mental;
  • Golongan Belia (Berusia 16 hingga 35 tahun);
  • Terdiri daripada Golongan Keluarga Berpendapatan Rendah (B40);
  • Pelajar Sekolah Menengah, Lepasan SPM, Graduan Institut Pengajian Tinggi atau Golongan Belia;
  • Tidak memiliki sebarang Lesen Memandu Malaysia (LMM) semasa mengemukakan permohonan.
  • Bebas daripada senarai hitam oleh mana-mana Mahkamah, JPJ, dan PDRM semasa mengemukakan permohonan.

CARA MOHON LESEN MEMANDU PERCUMA

Permohonan MYLESEN B2 adalah seperti berikut:

  1. Dapatkan borang Permohonan Lesen Percuma MyLESEN B2 2025 Terkini.
  2. Kemudian, Isi maklumat permohonan di ruangan yang disediakan dengan lengkap.
  3. Sertakan sekali dokumen sokongan yang diperlukan seperti Kad Pengenalan, Keputusan Ujian Saringan Kesihatan, dan Gambar Pasport.
  4. Setelah itu, pemohon hendaklah memilih Pusat Latihan Memandu yang berdekatan untuk menjalani Latihan Praktikal dan hantar borang tersebut.
  5. Apabila permohonan diluluskan, Pihak JPJ akan mengatur jadual latihan memandu dan memaklumkan tarikh ujian praktikal. (Pastikan pemohon hadir pada tarikh yang ditetapkan untuk memastikan permohonan anda tidak terbatal).
  6. Selesai.

Catatan: permohonan adalah terhad mengikut kuota yang telah ditetapkan.

DOKUMEN SOKONGAN YANG DIPERLUKAN UNTUK MEMOHON

Untuk permohonan lesen memandu percuma, individu dikehendaki menyediakan dokumen sokongan permohonan seperti berikut;

  1. Salinan Kad Pengenalan.
  2. Gambar Berukuran Pasport Terkini.
  3. Keputusan Ujian Saringan Kesihatan.
  4. BORANG LESEN MEMANDU
  5. Pemohon hendaklah menyemak PORTAL RASMI JPJ dari semasa ke semasa untuk mendapatkan borang rasmi permohonan atau kunjungi pejabat JPJ berdekatan untuk memastikan pemohon tidak terlepas untuk mendapatkan bantuan lesen percuma 2025.

MAKLUMAT TAMBAHAN BANTUAN

Berikut merupakan maklumat penting yang perlu dipatuhi peserta untuk mengemukakan permohonan bantuan.

  1. Kos yuran peserta melibatkan latihan, amali dan ujian akan ditaja sepenuhnya oleh Kerajaan.
  2. Kos pengangkutan ke Institut Memandu (IM) dan kos-kos tambahan perlu ditanggung oleh peserta sendiri DAN TIDAK TERMASUK di dalam pakej bantuan ini.
  3. Perlu mengikuti latihan, amali dan ujian memandu berdasarkan tempoh masa dan Standard Operating Procedure (SOP) yang ditetapkan.
  4. Hendaklah bersedia mengikuti program ini berdasarkan tempoh masa dan jadual latihan serta ujian yang ditetapkan.
  5. Peserta adalah tertakluk kepada apa-apa syarat tambahan yang ditetapkan oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) dan Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) dari semasa ke semasa.
  6. Wajib untuk menandatangani Surat Aku Janji dan pengesahan kendiri kesihatan penyertaan program bagi memastikan komitmen dan kebajikan semua pihak berjalan lancar sehingga program tamat.

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini. Anda juga boleh kunjungi cawangan Jabtana pengangkutan Jala Raya (JPJ) yang berdekatan.

Talian Bantuan: +60 3 8000 8000
e-Mel: mylesenb2@jpj.gov.my

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.jpj.gov.my/

Leave a Comment