Sumbangan Asas Rahmah (SARA 2025) melalui MyKad Diperluaskan Ke Sabah dan Sarawak.
YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan telah mengumumkan tarikh pembayaran SARA Mykad bermula 15 Januari 2025 (Rabu) melalui MyKad secara bulanan kepada 700,000 penerima miskin dan miskin tegar. Bagi tahun 2025, penyaluran SARA melalui penggunaan MyKad akan diperluaskan ke negeri Sabah dan Sarawak berbanding hanya di negeri-negeri Semenanjung Malaysia pada tahun 2024.

Selain daripada itu, 5.4 juta penerima STR turut akan menerima bantuan tambahan SARA mulai April 2025. Ini terdiri daripada 700,000 penerima SARA sedia ada dan 4.7 juta penerima STR sedia ada yang tidak berada dalam rekod eKasih. Bagi kategori isi rumah, tambahan sumbangan SARA adalah sebanyak RM100 sebulan. Golongan warga emas tiada pasangan akan menerima sumbangan tambahan SARA sebanyak RM50 sebulan.
Jumlah Bantuan SARA 2025
Berikut merupakan butiran penyaluran SARA pada tahun 2025:

Kadar bantuan SARA 2025 ditingkatkan dengan isi rumah miskin dan miskin tegar di dalam rekod eKasih bakal menerima RM2,100 untuk tahun 2025, berbanding RM1,200 pada tahun 2024. Bantuan SARA sebanyak RM100 sebulan akan dikreditkan ke dalam MyKad penerima bagi bulan Januari hingga Mac 2025. Mulai April 2025, kadar bantuan ini akan ditingkatkan kepada RM200 sebulan
Penerima yang menerima SARA 2025 bermula bulan Januari adalah yang berdaftar dengan e-kasih, manakala penerima yang Lulus STR Tahun 2025 akan menerima bayaran sara sebanyak RM100 (isi rumah)/ RM50 (Bujang/warga emas) bermula April Tahun 2025.

Cara Pembayaran SARA 2025
Kaedah Pembayaran SARA pada kali ini adalah dengan melalui MyKad (Kad Pengenalan). Duit Bantuan akan dimasukkan ke dalam MyKad (Penerima) dan cuma boleh digunakan di kedai yang tersenarai sahaja.
Baca Juga:
Cara Membeli Barangan Bantuan Makanan SARA 2025
- Pilih Barangan Keperluan – Penerima bantuan boleh membeli barangan keperluan berdasarkan 10 kategori makanan yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga.
- Tunjuk MyKad Untuk Pengesahan – Juruwang menyemak status MyKad penerima bantuan.
- Imbas Kod Barangan – Juruwang mengimbas setiap barang keperluan makanan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
- Bayar Menggunakan MyKad – Penerima bantuan memasukkan nombot pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian
- Simpan Resit Untuk Semakan – Penerima bantuan menyimpan resit untuk menyemak transaksi pembelian.

10 Kategori Makanan Yang Boleh Dibeli Dengan Bantuan SARA 2025
Penerima Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) boleh membeli barangan runcit asas daripada 10 kategori produk yang diluluskan iaitu:
- Beras
- Roti
- Telur
- Minyak Masak
- Tepung
- Biskut
- Mi Segera
- Minuman (Contoh: Susu, Milo, Teh, Nescafe)
- Makanan dalam Tin (Contoh: Sardin)
- Bahan Perasa (Contoh: Sos, Kicap, Gula, Garam)

Senarai Kedai & Pasaraya MyKasih di Semenanjung Malaysia
MyKasih mempunyai lebih daripada 600 rakan runcit di seluruh negara termasuk Mydin, Giant, Econsave, The Store, Pacific, Milimewa, 99 Speedmart, Lotus Stores (Tesco), serta pasaraya dan pasar mini bebas.
Semakan senarai pasaraya dan kedai runcit MyKasih bagi pembelian atau tuntuan Bantuan SARA boleh dibuat melalui pautan berikut:
Senarai Pasaraya dan Kedai Runcit Terlibat Mengikut Negeri
- Klik Negeri – Pilih Negeri (Contoh: Selangor)
- Taip Daerah (Contoh: Puchong)
Maklumat Lanjut
Sebarang maklumat lanjut anda boleh layari pautan laman web yang disediakan di bawah.
Kenyataan Media SARA 2025: Siaran Media Rasmi SARA Tahun 2025
Laman Rasmi Kementerian Kewangan: Kementerian Kewangan Facebook
Portal Rasmi MyKasih, www.mykasih.com.my;
Hubungi Talian Bantuan MyKasih 03-7720 1800
Penafian: Pihak kami bukan dari mana-mana agensi Kerajaan terlibat. Maklumat yang terdapat dalam portal kerjakini.com adalah sahih dan diolah dari sumber rasmi kerajaan dan sumber yang dipercayai untuk memudahkan proses permohonan.