Sumbangan Tunai Rahmah 2025: Kategori Bujang, Warga Emas & Isi Rumah (Semak Pengkreditan FASA 1 2025).

Tarikh STR Fasa 1 2025 telah pun di umumkan. Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah 2025 STR Fasa 1 RM500 diawalkan kepada 22 Januari 2025 (RABU) secara berperingkat, berbanding perancangan awal pada bulan Februari 2025

Program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) merupakan bantuan Kerajaan kepada golongan berpendapatan rendah serta sederhana yang benar-benar berkelayakan dan memerlukan bagi mendepani cabaran kos sara hidup.

BACA JUGA:

Hikmah penyasaran semula subsidi membolehkan Kerajaan menambah baik dan meningkatkan pemberian tunai kepada rakyat melalui STR 2025 dalam memastikan isi rumah berpendapatan rendah terus diberi bantuan sewajarnya.

Syarat untuk Memohon Sumbangan Tunai Rahmah 2025

Kategori Isi Rumah

Bagi Kategori isi rumah ini terbahagi kepada dua iaitu,

  • Isi rumah Berpendapatan Bawah/ Kurang daripada RM2500.00
  • Isi rumah Berpendapatan Lebih/ Diantara RM2500 – RM5000.00

Pemohon

  • Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja
  • Lelaki atau wanita yang menjadi ketua keluarga dan bekerja di Malaysia dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM5,000 dan ke bawah Pasangan
  • Warganegara Malaysia (MyKad) atau memiliki pengenalan Malaysia (MyPR / MyKAS).
  • Bukan Warganegara Malaysia (selain pengenalan MyPR / MyKAS) Anak
  • Hubungan mestilah anak kandung (termasuk anak tidak sah taraf) atau anak angkat yang berdaftar dengan JPN sahaja; dan
  • Warganegara Malaysia yang memiliki pengenalan Malaysia (MyKad / MyKID) sahaja; dan
  • Tidak bekerja atau tiada punca pendapatan yang berumur: – 18 tahun dan ke bawah; atau – 19 tahun dan ke atas bagi yang masih belajar sepenuh masa di IPTA / IPTS

Pasangan

  • Warganegara Malaysia (MyKad) atau memiliki pengenalan Malaysia (MyPR / MyKAS)
  • Bukan Warganegara Malaysia (selain pengenalan MyPR / MyKAS)

Anak

  • Hubungan mestilah anak kandung (termasuk anak tidak sah taraf) atau anak angkat yang berdaftar dengan JPN sahaja; dan
  • Warganegara Malaysia yang memiliki pengenalan Malaysia (MyKad / MyKID) sahaja; dan
  • Tidak bekerja atau tiada punca pendapatan yang berumur 18 tahun dan ke bawah; atau – 19 tahun dan ke atas bagi yang masih belajar sepenuh masa di IPTA / IPTS.

Kategori Bujang

  • Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja.
  • Bekerja di Malaysia dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,500 dan ke bawah bagi yang berumur 21 tahun hingga 59 tahun dan OKU berumur 19 tahun hingga 59 tahun.
  • BUKAN pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa.

Kategori Warga Emas / Tiada Pasangan

  • Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja.
  • Bekerja di Malaysia dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM5,000 dan ke bawah bagi yang berumur 60 tahun dan ke atas.

Cara Mohon Sumbangan Tunai Rahmah 2025.

Kaedah permohonan STR adalah seperti berikut:
a. Permohonan Secara online: Portal Rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my;
b. Permohonan Melalui Borang Kertas;
Borang Permohonan STR (BK-01) boleh didapati secara percuma di:
i. Portal Rasmi STR; atau
ii. Pejabat LHDNM / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Transformasi Bandar (UTC)

Jumlah Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah 2025

Kadar bayaran yang akan diterima adalah seperti berikut:

Tarikh Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah 2025

Seperti tahun lepas juga, pembayaran bagi Sumbangan Tunai Rahmah pada tahun ini akan dikreditkan melalui 4 fasa sepanjang tahun. Empat (4) fasa sumbangan adalah seperti berikut:

  • Fasa 1 : 22 Januari 2025
  • Fasa 2 : Akan dikemaskini kemudian apabila ada kenyataan rasmi dari MOF.
  • Fasa 3 : Akan dikemaskini kemudian apabila ada kenyataan rasmi dari MOF
  • Fasa 4 :Akan dikemaskini kemudian apabila ada kenyataan rasmi dari MOF

Semakan Status Sumbangan Tunai Rahmah 2025

  1. Layari Portal Rasmi STR : https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Masukkan No. Kad Pengenalan dan klik Log Masuk
  3. Klik Semak
  4. Pastikan kata kunci keselamatan betul
  5. Masukkan kata laluan
  6. Setelah berjaya log masuk, Klik Semakan Pembayaran Fasa 1
  7. Maklumat akan dipaparkan. Klik Maklumat Bayaran untuk status pengkreditan.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan;

  • Portal Rasmi STR LHDNM: https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  • Hotline STR HASiL: 1-800-88-2747.
  • Hotline MOF: 03-8882 4565 / 4566.
  • Alamat Kementerian Kewangan: Presint 2, 62592 Putrajaya​

Penafian

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/FAQ%20PERMOHONAN%20STR%202025.pdf

Leave a Comment