Semakan Status MyKasih 2025: Semak Status Pengkreditan MyKasih Tahun 2025

Semakan Status MyKasih 2025: Layak sehingga RM100/ RM50 sebulan.

Penerimaan Program Bantuan MyKasih telah diterima baik oleh penerima sebelum ini. Kerajaan Malaysia terus berusaha untuk membantu golongan yang memerlukan melalui pelbagai bentuk bantuan kewangan. Salah satu inisiatif utama yang telah diperkenalkan ialah program MyKasih 2025, di bawah Sumbangan Asas Rahmah (SARA), yang bertujuan untuk meringankan beban kehidupan mereka yang berada dalam kategori miskin dan miskin tegar serta bujang. Kini anda boleh mula semakan Status MyKasih anda sekarang.

Bantuan ini, yang berbentuk tunai tanpa wang fizikal, membolehkan penerima membeli barangan keperluan asas dengan menggunakan MyKad mereka. Sila semak status Mykasih anda melalui pautan yang diberikan di bawah.

Kelayakan Penerima MyKasih 2025

Penerimaan Semakan Bantuan MyKasih pada tahun 2025 dipilih berdasarkan kelayakan seperti berikut :

Kelayakan Penerima MyKasih RM100 setiap bulan :

  • Warganegara Malaysia.
  • Menetap di Semenanjung Malaysia.
  • Merupakan isi rumah berkahwin atau ibu/bapa tunggal.
  • Pendapatan bawah PGK semasa atau tidak melebihi RM5,000 sebulan.
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah 2025.
  • Berdaftar atau tidak dengan e-Kasih.

Kelayakan Penerima MyKasih RM50 setiap bulan :

  • Warganegara Malaysia.
  • Menetap di Semenanjung Malaysia.
  • Menerupakan bujang / balu / janda / duda tiada anak.
  • Pendapatan bawah PGK semasa atau tidak melebihi RM2,500 sebulan.
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah 2025.
  • Berdaftar atau tidak dengan e-Kasih.

Jumlah Lulus Penerima Semakan Status MyKasih 2025.

Berdasarkan rekod setakat ini, jumlah penerima yang berstatus lulus MyKasih adalah seramai :

0.7 juta penerima sedia ada dan 4.7 juta penerima baharu, Ini menjadikan keseluruhan penerima yang layak adalah seramai 5.4 juta rakyat Malaysia.

Kategori PenerimaKadar Bantuan (RM)
(Berstatus Miskin & Miskin Tegar eKasih)
Bermula Januari 2025
Kadar Bantuan (RM)
(Penerima STR 2025)
Bermula April 2025
Isi RumahRM 1,200
(RM100 Sebulan)
RM900
(RM100 Sebulan)
Warga Emas Tiada PasanganRM 1,200
(Sebulan RM100)
RM450
(Sebulan RM50)
BujangRM600
(Sebulan RM50)

Baca Juga:

Cara Bayaran MyKasih 2025

Terdapat dua (2) kaedah pembayaran Bantuan MyKasih kepada penerima, iaitu,

  • Secara tanpa tunai
    • Dikreditkan ke dalam kad pengenalan (IC) penerima setiap bulan khusus kepada penerima Semenanjung Malaysia.
  • Secara tunai
    • Dikreditkan ke dalam akaun bank penerima atau tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) khusus kepada penerima di Sabah dan Sarawak.

Cara Semakan Status MyKasih 2025

Cara semakan Status MyKasih anda adalah melalui langkah-langkah yang berikut.

  1. Layari Portal Rasmi MyKasih https://mykasih.com.my/
  2. Sila Klik Pada Semak Kelayakan untuk melihat paparan seterusnya.
  3. Paparan ketiga menunjukkan Semakkan Status.
  4. Masukkan No Kad pengenalan anda di ruangan yang disediakan.
    • Terdapat pilihan Bahasa di bahagian atas untuk memudahkan pengguna menggunakan bahasa lain selain bahasa melayu.
    • Peringatan: Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
  5. Klik pada Semakan Status.
  6. Status penerima akan dipaparkan.
  7. Selesai.
(Paparan halaman utama portal Rasmi MyKasih untuk tujuan Semakan Status MyKasih tahun 2025)
3. Halaman memaparkan Semakan Status. Anda perlu mengisi maklumat Nombor Kad pengenalan anda di ruang yang disediakan.

Senarai Kedai Terlibat Program MyKasih 2025

Anda perlu menggunakan Mykasih anda di kedai-kedai yang terlibat dengan program MyKasih ini sahaja. Berikut merupakan langkah-langkah yang boleh anda cuba untuk mencari kedai yang terdekat untuk menggunakan Bantuan Mykasih ini.

  1. Layari Portal Rasmi MyKasih https://mykasih.com.my/.
  2. Klik Pada Senarai Kedai.
  3. Masukkan Maklumat Bandar dan Negeri di tempat tinggal anda.
  4. Klik pada Cari.
  5. Senarai Kedai yang terlibat berdekatan tempat tinggal anda akan di paparkan.
  6. Selesai.
1. Sila Klik Pada Senarai Kedai.

sila isi maklumat berkaitan bandar dan negeri tempat tinggal anda. Klik Cari.

Rujukan

Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan MyKASIH, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
Alamat E-mel : info@mykasih.com

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

Penafian: Pihak kami bukan dari mana-mana agensi Kerajaan terlibat. Maklumat yang terdapat dalam portal kerjakini.com adalah sahih dan diolah dari sumber rasmi kerajaan dan sumber yang dipercayai untuk memudahkan proses permohonan.

Leave a Comment