Pengambilan GURU SPP 2025 : Pegawai Perkhidmatan Pendidikan di Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan Tahun 2025.

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) mempelawa Graduan Pendidikan yang berminat untuk memohon jawatan sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG9 secara lantikan Kontrak (Interim) di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Berikut dikongsikan maklumat permohonan Jawatan Kosong Guru SPP bagi tahun 2025.

Maklumat Permohonan

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun ke atas pada tarikh tutup iklan jawatan dan berkelayakan bagi mengisi Jawatan Kosong Guru SPP 2025 :

Nama Kementerian/JabatanSuruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP)
PenempatanKementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
KelayakanIjazah Sarjana Muda
Taraf JawatanKontrak (Interim)
Tarikh Tutup07 Februari 2025 (Jumaat)

Jawatan Ditawarkan SPP

  • Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG9

Baca Juga:

Syarat Perlantikan GURU SPP DG9

Syarat-syarat lantikan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG9 secara lantikan Kontrak (Interim):

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup hebahan jawatan;
  3. Memiliki kelayakan seperti berikut;
    • ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang pendidikan daripada institusi pengajian tinggi tempatan (universiti awam dan swasta) dan luar negara yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
    • ijazah sarjana muda dalam bidang berkaitan daripada institusi pengajian tinggi tempatan (universiti awam dan swasta) dan luar negara serta Diploma Pendidikan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
    • Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred  C)  dalam  subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
  4. Bagi opsyen Bahasa Inggeris, keutamaan akan diberikan kepada graduan yang mencapai sekurang-kurangnya C1 dalam piawaian Common European Framework of Reference for Languages (CEFR). Calon-calon bagi opsyen Bahasa Inggeris yang tidak mencapai sekurang-kurangnya C1 dalam piawaian CEFR akan dilantik secara Contract of Service (COS). Senarai ujian yang dijajarkan dengan CEFR adalah seperti di Lampiran 1 di bawah.

Bagi opsyen mata pelajaran di SJKC (kecuali Bahasa Melayu/ Pendidikan Islam/ Bahasa Inggeris), graduan perlu memiliki sekurang-kurangnya Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam mata pelajaran Bahasa Cina di peringkat SPM;

Bagi opsyen mata pelajaran di SJKT (kecuali Bahasa Melayu/ Pendidikan Islam/ Bahasa Inggeris), graduan perlu memiliki sekurang-kurangnya Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam mata pelajaran Bahasa Tamil di peringkat SPM;

Bagi opsyen Tahfiz, graduan disyaratkan memiliki Diploma Tahfiz atau Sijil Tahfiz Malaysia (STM) yang diiktiraf oleh Darul Quran, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) atau Diploma Tahfiz dari Institusi yang diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT). Bagi graduan yang memiliki Ijazah Sarjana Muda Takhassus Qiraat/Tahfiz Wal Qiraat yang diiktiraf oleh MQA dikecualikan daripada syarat tersebut; dan

Bagi opsyen mata pelajaran Bahasa Semai/ Kadazandusun/ Iban, graduan perlu memiliki kelulusan dalam bidang Bahasa Semai/ Kadazandusun/ Iban. Graduan yang tidak memiliki kelulusan tersebut, tetapi merupakan penutur asli (native speaker) atau yang mempunyai penguasaan yang baik dalam bahasa tersebut juga layak untuk dipertimbangkan

Calon Yang Tidak Layak Memohon

Graduan dalam kategori berikut tidak layak memohon:

  1. Graduan Bukan Pendidikan
  2. Graduan Pendidikan Tajaan KPM
  3. Guru Interim;
  4. Guru Kontrak (Lantikan SPP);
  5. Pernah ditamatkan atau dibuang kerja dari Perkhidmatan Awam; dan
  6. Seorang bankrap

Pengiktirafan Kelayakan

Cara Memohon Guru SPP

  • Graduan Pendidikan yang memenuhi syarat dikehendaki memohon atau mengemas kini maklumat permohonan melalui   Sistem   Pengambilan   Anggota Perkhidmatan Pendidikan (mySPP) (https://myspp.spp.gov.my/) atau pautan Mohon Jawatan Guru SPP 2025 yang telah disediakan dibawah.
  • Graduan Pendidikan diingatkan untuk memastikan maklumat yang diisi atau dikemas kini di dalam mySPP adalah tepat. Sebarang kesilapan dalam mengisi atau mengemas kini maklumat akan menjejaskan peluang untuk dipanggil temu duga.
  • Hanya Graduan Pendidikan yang memohon atau mengemas kini permohonan dalam tempoh 24 Januari 2025 hingga 7 Februari 2025 akan dipertimbang untuk ditemu duga.
  • Graduan Pendidikan TIDAK DIBENARKAN untuk mengemas kini permohonan daripada tarikh tutup hebahan bermula 8 Februari 2025 hingga 7 Mac 2025.

Mohon Jawatan Guru SPP 2025

Iklan Hebahan Pengambilan PPP Gred DG9

Penafian: Pihak kami bukan dari mana-mana agensi Kerajaan terlibat. Maklumat yang terdapat dalam portal kerjakini.com adalah sahih dan diolah dari sumber rasmi kerajaan dan sumber yang dipercayai untuk memudahkan proses permohonan.

Leave a Comment