Kerajaan MADANI akan terus bekerja keras bagi membolehkan lebih banyak hasil negara dapat dikongsikan kepada rakyat Malaysia yang memerlukan melalui Program Bantuan MyKasih, selaras dengan nilai ihsan dan kemanusiaan yang menjadi teras dalam Ekonomi MADANI.
Bagaimanakah cek status mykasih dalam IC rm100 dan rm50 setiap bulan? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN DALAM IC (RM100 / RM50 SETIAP BULAN)
Jumlah Penerima MyKasih dalam IC 2025
Pada tahun 2024, penerima MyKasih Dalam IC hanyalah seramai 0.7 juta sahaja. Pada tahun 2025, kerajaan bakal meluaskan penyaluran kepada lebih ramai yang layak :
KELAYAKAN PENERIMA | JUMLAH PENERIMA LAYAK MYKASIH DALAM IC |
Penerima Sedia Ada | 0.7 juta penerima |
Penerima Baharu | 4.7 juta penerima |
*Menjadikan jumlah keseluruhan penerima yang layak menerima MyKasih Dalam IC pada tahun 2025 adalah seramai 5.4 juta merangkumi isi rumah, warga emas dan bujang.
Jadual Penyaluran MyKasih dalam IC 2025
Berikut merupakan jadual penyaluran MyKasih Dalam IC penerima sedia ada dan penerima baharu bagi sepanjang tahun 2025 :
TARIKH PENYALURAN MYKASIH DALAM IC (PENERIMA SEDIA ADA) | TARIKH PENYALURAN MYKASIH DALAM IC (PENERIMA BAHARU) |
15 Januari 2025 | |
Februari 2025 | |
Mac 2025 | |
April 2025 | April 2025 |
Mei 2025 | Mei 2025 |
Jun 2025 | Jun 2025 |
Julai 2025 | Julai 2025 |
Ogos 2025 | Ogos 2025 |
September 2025 | September 2025 |
Oktober 2025 | Oktober 2025 |
November 2025 | November 2025 |
Disember 2025 | Disember 2025 |
Kadar Amaun di Salurkan MyKasih Dalam IC 2025
TARIKH PENYALURAN | Kadar Amaun MyKasih dalam IC (Penerima Sedia Ada) | Kadar Amaun MyKasih dalam IC (Penerima Baharu) |
Januari – Mac 2025 | Isi Rumah : RM100 sebulan Warga Emas : RM100 sebulan Bujang : RM50 sebulan | Tiada Penyaluran |
April – Disember | Isi Rumah : RM200 sebulan Warga Emas : RM150 sebulan Bujang : RM50 sebulan | Isi Rumah : RM100 sebulan Warga Emas : RM50 sebulan Bujang : Tiada |
Cek Status Kelayakan MyKasih dalam IC 2025
Ketahui status kelayakan anda sebagai penerima MyKasih dalam IC seperti berikut:
Sila layari portal rasmi MyKasih pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘Tiada Rekod Ditemui’.
- Sekiranya status memaparkan ‘Tiada Rekod Ditemui, klik pada butang [STATUS_CHECK.GOTOBANTUAN].
- Halaman utaman Portal STR akan dipaparkan, klik [TUTUP] pemakluman terkini.
- Seterusnya, masukkan nombor kad pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Sila klik pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status bayaran [Bantuan MyKasih SARA] akan dipaparkan ‘Lulus’ atau ‘Dalam Proses’.
- Selesai.

Kegunaan MyKasih dalam IC 2025
Penerima yang layak boleh menggunakan Bantuan MyKasih Dalam IC untuk membeli :
Beras : Jasmine / Jati, Bernas / Faiza / Cap Rambutan dan sebagainya.
Roti : Gardenia / Massimo / Mighty White.
Telur : Nutriplus / QL eggs / CP.
Minyak Masak : Sri Murni / Saji / Alif / Daisy / Buruh / Knife / Vesawit.
Tepung : Cap Sauh / Cap Lili / Faiza / Cap Ros / BlueKey.
Biskut : Julies / Tiger / Munchys / Chipsmore / Jacobs / Hwa Tai / Hup Seng.
Mi segera : Indo Mie / Mamee / Maggi / Cintan / Mi Sedap.
Minuman : Tea Boh / Milo / Dutch Lady / F&N / Nescafe / Horlicks / Vico / Marigold / Quacker / Fernleaf.
Makanan dalam tin : Ayam Brand / Yoes, Adabi / Kimball / Tc Boy / King Cup.
Bahan perasa : Sos Puteri / Kimball / Life / Jalen / Cap Kipas Udang / Tamin / Maggi / Faiza / Planta.
Produk kebersihan : Colgate / Dettol / Kotex.
Ubat-ubatan : Prospan / Hurix’s / Panadol / Sterimar / Difflam.
Barangan persekolahan : Bata / Canggih / Stabilo / Faber-Castell / Staedtler.
Cara Guna MyKasih dalam IC 2025
Berikut merupakan cara-cara menggunakan Bantuan MyKasih Dalam MyKad untuk pembelian barangan keperluan asas :
Kunjungi kedai atau pasaraya yang terpilih berhampiran anda (Rujuk senarai kedai terpilih di sini : https://app.mykasih.net/sara2/merchant-list).
- Pilih barangan keperluan asas yang ingin dibeli mengikut 13 kategori produk yang diluluskan.
- Di kaunter, tunjukkan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima Bantuan MyKasih.
- Juruwang akan mengimbas setiap barangan keperluan asas yang dipilih.
- Tukar 6-digit nombor PIN daripada nombor awal MyKad kepada nombor PIN yang baharu.
- Pengesahan transaksi bayaran hanya dengan MyKad.
- Resit bayaran akan diberikan untuk rujukan baki.
RUJUKAN
Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
Alamat E-mel : info@mykasih.com
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.