CLAIM KHAIRAT KEMATIAN STR 2025: BANTUAN KHAIRAT KEMATIAN RM 1,000 BAGI PEMOHON YANG LAYAK
Bantuan Skim Khairat Kematian ini disediakan oleh  Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) dan Bank Simpanan Nasional (BSN).
SKIM KHAIRAT KEMATIAN STR 2025 layak dituntut oleh Pemohon / Pasangan / waris sekiranya Permohonan STR 2025 berstatus Lulus kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan dan terhad bagi pemohon atau pasangan warganegara meninggal dunia dalam tempoh 1 Januari 2025 hingga 31 Disember 2025.
Jumlah SKK yang akan diterima oleh Pemohon / Pasangan / waris sebanyak RM1,000 bagi setiap individu yang layak.
Baca Juga : SOAL JAWAB STR 2025 : Soalan Lazim (FAQ) Sumbangan Tunai Rahmah 2025
KELAYAKAN UNTUK CLAIM KHAIRAT KEMATIAN STR 2025
Claim Khairat Kematian (SKK) layak/ boleh dituntut oleh Pemohon / Pasangan / waris sekiranya Permohonan STR 2025 berstatus Lulus kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan dan terhad bagi pemohon atau pasangan warganegara meninggal dunia dalam tempoh 1 Januari 2025 hingga 31 Disember 2025.
Bagi pelaksanaan STR 2025, kelayakan untuk claim Khairat Kematian STR adalah bergantung kepada ketetapan seperti berikut:
- Jika kedua-dua pemohon dan pasangan telah meninggal dunia atau tidak dapat hadir untuk claim Khairat Kematian pemohon STR, waris yang berdaftar boleh mewakilkan diri untuk mengemukakan tuntutan.
- Semua penerima STR (berstatus LULUS) digalakkan untuk mengemukan dan mendaftar maklumat waris kepada pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Malaysia bagi tujuan berikut:
JUMLAH (RM) CLAIM KHAIRAT KEMATIAN STR
Jumlah SKK yang akan diterima oleh Pemohon / Pasangan / waris sebanyak RM1,000 bagi setiap individu yang layak.
Cara Claim Khairat Kematian STR 2025
Keutamaan tuntutan SKK STR 2025 adalah kepada Pemohon / Pasangan.
Turutan keutamaan layak tuntut SKK adalah seperti di bawah:
- Pemohon sekiranya pasangan warganegara meninggal dunia;
- Pasangan yang didaftarkan oleh pemohon di Bahagian B (Maklumat Pasangan)
Borang Permohonan STR 2025 sekiranya pemohon meninggal dunia; atau - Waris yang didaftarkan oleh pemohon di Bahagian D (Maklumat Waris) pada
Borang BK-01 (Borang Permohonan STR 2025) dan mestilah terdiri daripada
hubungan (Pasangan/ Ibu/ Bapa/ Anak Angkat/ Anak Tiri/ Adik beradik/ Cucu) sekiranya kedua-dua pemohon dan pasangan penerima STR 2025 meninggal dunia.
Sekiranya Pemohon dan Pasangan tidak dapat hadir membuat tuntutan SKK terhad kepada alasan dinyatakan, dokumen pembuktian tambahan
perlu dikemukan oleh waris berdaftar kepada pihak BSN semasa membuat tuntutan Skim Khairat Kematian STR 2025 ini.
WARIS YANG LAYAK CLAIM SKK STR 2025
Waris yang layak menuntut Skim Khairat Kematian str 2025 ini adalah mengikut Kategori iaitu:
- Permohonan Kategori Kahwin.
WARIS | SYARAT |
Pasangan | Nama pasangan yang wujud pada permohonan STR 2024 |
Pemohon | diberi keutamaan untuk tuntutan SKK sekiranya Pasangan (wujud pada permohonan STR 2024) meninggal dunia |
Waris berdaftar | Waris yang berdaftar pada Permohonan STR 2024 pemohon. sekiranya Pemohon / Pasangan tidak dapat hadir ke Cawangan BSN sila bawa bersama dokumen sokongan tambahan. |
- Permohonan Kategori Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai Anak yang menepati syarat atau Warga Emas Tiada Pasangan
WARIS | SYARAT |
Hubungan waris yang layak ialah 1. Pasangan 2. Ibu 3. Bapa 4. Anak (Anak kandung/ Anak Tiri/ Adik Beradik) 5. Cucu | Waris mestilah berdaftar pada Permohonan STR 2025. |
CARA PEMBAYARAN CLAIM KHAIRAT KEMATIAN STR 2025
Kaedah pembayaran adalah secara tunai sahaja di kaunter BSN. Waris yang tinggal hendaklah membawa dokumen yang diperlukan untuk menuntut Skim khairat kematian STR 2025 ini.
SENARAI DOKUMEN UNTUK PROSES CLAIM
Tuntutan Skim Khairat Kematian STR 2025 adalah secara tunai dan boleh dituntut di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) seluruh Malaysia.
Dokumen yang perlu dibawa oleh waris yang didaftarkan adalah:
i. Sijil Kematian Pemohon / Pasangan; dan
ii. Kad Pengenalan asal Waris; dan
iii. Dokumen pembuktian sekiranya Pemohon / Pasangan tidak dapat hadir ke
Cawangan BSN
Dokumen tambahan mengikut situasi sekiranya Pemohon / Pasangan tidak dapat hadir untuk penunaian ialah :
- Sijil kematian Pemohon / Pasangan jika Pemohon / Pasangan berdaftar meninggal dunia, atau
- Surat pengesahan hospital jika Pemohon / Pasangan menerima rawatan dihospital; atau
- Surat pengesahan yang menunjukkan Pemohon / Pasangan uzur atau tidak berdaya untuk bergerak; atau
- Kad Orang Kurang Upaya (OKU) ; atau
- Surat pengesahan majikan dan tarikh mula dan tamat bertugas Pemohon / Pasangan yang menunjukkan bukti Pemohon / Pasangan berada di luar negara; atau
- Surat Pengesahan Penjara / Pusat Serenti (salinan atau asal) jika Pemohon Pasangan berada di penjara atau Pusat Serenti
Tempoh masa Surat Pengesahan Penjara
➢ Terdapat paparan tarikh masuk dan keluar penjara; atau
➢ Sekiranya tiada tarikh masuk keluar penjara, Surat Pengesahan Penjara yang dikeluarkan berkenaan mesti bertarikh tahun semasa (tahun 2025).
Maklumat Lanjut
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Skim Khairat Kematian STR 2025, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
E-mel : str@mof.gov.my
Penafian
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :