CARA BUAT RAYUAN STR 2025: Permohonan Semak Semula/ Rayuan STR 2025.

Cara buat rayuan str 2025: Pembayaran STR Fasa 1 2025 telah bermula 22 Januari 2025 (RABU) dan akan dikreditkan secara berperingkat mengikut bank masing-masing. Namun, segelintir pemohon Sumbangan Tunai Rahmah mendapat Status Tidak Lulus STR 2025.

Bagi mereka yang mendapat Status Tidak Lulus STR, disini kami akan kongsikan cara buat rayuan STR 2025 beserta senarai dokumen yang perlu anda kepilkan untuk permohonan rayuan kali ini.

Baca juga:

MAKSUD STATUS TIDAK LULUS STR 2025?

Status Tidak Lulus adalah merujuk kepada permohonan STR 2025 yang tidak menepati syarat kelayakan selepas proses semakan verifikasi dilakukan.

Permohonan untuk semak semula/ Rayuan telah dibuka bagi mereka yang ingin memberikan maklumat tambahan/ menghantar dokumen sokongan yang diperlukan.

Disini kami akan kongsikan cara buat rayuan STR 2025 ini dibawah.

SIAPA LAYAK UNTUK BUAT RAYUAN?

Pemohon yang layak membuat Permohonan Rayuan STR adalah seperti jadual di
bawah:

CARA BUAT RAYUAN STR 2025 SECARA ONLINE

Permohonan Rayuan STR secara dalam talian boleh dibuat dengan cara yang berikut.

  1. Log Masuk pada menu MySTR disini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/ ( Log masuk MySTR memerlukan ID dan Kata Laluan yang telah didaftarkan sebelum ini.)
  2. Klik pada [Permohonan Semakan Semula].

Sekiranya masih belum mendaftar MySTR, rujuk Soalan Lazim (FAQ) Pendaftaran MySTR bagi kaedah pendaftaran MySTR di Portal Rasmi STR , https://bantuantunai.hasil.gov.my

Peringatan :

Jika status Tuan/Puan adalah LULUS,

  • Permohonan Semakan Semula (RAYUAN) untuk sebarang perubahan status perkahwinan, maklumat pendapatan dan penambahan maklumat anak boleh dikemukakan pada permohonan FASA 3 mulai 16 Februari 2025.

Bagi permohonan yang telah dikemukakan ke pejabat LHDNM pada bulan DISEMBER 2024 DAN JANUARI 2025, Permohonan Tuan/ Puan akan mula diproses pada FASA 3.

CARA BUAT RAYUAN STR 2025 SECARA MANUAL

Sebarang kemaskini/ permohonan rayuan secara manual hendaklah melalui kaunter LHDNM (Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia)/ UTC/ PS yang berdekatan dengan tempat tinggal anda. Sila bawa bersama dokumen-dokumen yang perlu untuk tujuan pengemaskinian.

CARA BUAT RAYUAN STR 2025 : DOKUMEN DIPERLUKAN

Pemohon STR perlu mengemukakan dokumen sokongan bergantung kepada alasan/ Sebab tidak lulus STR 2025.

Contoh dokumen yang diperlukan adalah seperti :

  • MyKad pemohon atau pasangan
  • Mykad atau MyKid anak
  • Sijil kelahiran anak (bagi pengesahan status kewarganegaraan)
  • Dokumen pengenalan pasangan
  • Lain-lain dokumen mengikut alasan tidak lulus pemohon.

Antara permasalahan yang lain, anda boleh berpandukan senarai dokumen yang diperlukan seperti di bawah;

Sumber: https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/FAQ%20PERMOHONAN%20STR%202025.pdf

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai STR Fasa 1

  • Portal Rasmi STR LHDNM: https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  • Hotline STR HASiL: 1-800-88-2747.
  • Hotline MOF: 03-8882 4565 / 4566.
  • Alamat Kementerian Kewangan: Presint 2, 62592 Putrajaya​

Penafian

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/FAQ%20PERMOHONAN%20STR%202025.pdf

Leave a Comment