BANTUAN MYKAD 2025 KELAYAKAN : SEMAKAN STATUS PENERIMA LAYAK ATAU TIDAK (RM2100 & RM1200 & RM900 & RM600)
Manfaat Bantuan MyKad adalah di bawah Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang mana telah dikreditkan bermula pada 15 Januari 2025 khas kepada penerima yang berstatus Miskin dan Miskin Tegar. Manakala, penerima Asas Bukan Miskin pula akan menerima pengkreditan dalam MyKad pada bulan April.
Bagaimanakah bantuan mykad 2025 semakan status kelayakan penerima? Ketahui info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : KHAIRAT KEMATIAN MADANI 2025: SEMAK KELAYAKAN WARIS UNTUK DAPAT RM 1,000 WANG BANTUAN
KEGUNAAN BANTUAN MYKAD 2025
Bantuan yang dikreditkan ke dalam MyKad penerima adalah digunakan untuk pembelian barangan keperluan asas seperti berikut :
- Beras.
- Roti.
- Telur.
- Minyak masak.
- Tepung.
- Biskut.
- Mi segera.
- Minuman (Contoh : Susu, Milo, Teh, Nescafe).
- Makanan dalam tin (Contoh : Sardin, Tuna, Kacang panggang).
- Bahan perasa (Contoh : Sos, Kicap, Gula, Garam)
- Produk kebersihan (Contoh : Ubat gigi, Sabun cecair mandian, Tuala wanita).
- Ubat-ubatan (Contoh : Panadol, Ubat batuk, dan lain-lain lagi yang diluluskan oleh KKM).
- Barangan persekolahan (Contoh : Pakaian seragam sekolah, Kasut, Beg sekolah, Alat tulis).
BANTUAN MYKAD 2025 SYARAT KELAYAKAN
Terdapat dua (2) syarat kelayakan penerima Bantuan MyKad, iaitu :
- Syarat Penerima Miskin Tegar dan Miskin eKasih :
- Warganegara Malaysia;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 Kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar dan Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU,JPM) sehingga 31 Oktober 2024.
- Syarat Penerima Asas Bukan Miskin :
- Warganegara Malaysia; dan
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan.
JUMLAH BANTUAN MYKAD 2025 MENGIKUT KELAYAKAN
- Penerima Berstatus Miskin dan Miskin Tegar :
- Isi Rumah : RM2,100 setahun.
- Warga Emas Tiada Pasangan : RM1,650 setahun.
- Bujang : RM600 setahun.
- Penerima Berstatus Asas Bukan Miskin :
- Isi Rumah : RM900 setahun.
- Warga Emas Tiada Pasangan : RM450 setahun.
PANDUAN SEMAKAN STATUS BANTUAN MYKAD 2025 KELAYAKAN
Ikuti panduan semakan status Bantuan MyKad di bawah untuk mengetahui kelayakan anda :
- Sila layari portal rasmi MyKasih pada pautan di sini :Â https://mykasih.com.my/.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘Tiada Rekod Ditemui’.
- Selesai.
Sekiranya status memaparkan ‘Tiada Rekod Ditemui, klik pada butang [STATUS_CHECK.GOTOBANTUAN].
- Halaman utama Portal STR akan dipaparkan, klik [TUTUP] pemakluman terkini.
- Seterusnya, masukkan nombor kad pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Sila klik pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
- Status bayaran dalam Mykad [Bantuan SARA] akan dipaparkan ‘Lulus’ atau ‘Tidak Lulus’.
- Selesai.
CARA GUNA BANTUAN MYKAD 2025
- Penerima mengunjungi kedai atau pasaraya terpilih berhampiran (Rujuk senarai kedai terpilih di sini).
- Pilihan barangan keperluan asas yang ingin dibeli mengikut label ‘MyKasih’ pada rak tanda harga.
- Di kaunter, tunjukkan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima bantuan.
- Juruwang akan mengimbas setiap barangan yang dipilih mengikut label ‘MyKasih’.
- Masukkan 6-digit nombor PIN untuk pengesahan bayaran.
- Resit pembelian akan diberikan.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA. Untuk sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan SARA, sila rujuk pihak berwajib di Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/.