ATM 2025: Kini Dibuka Pengambilan Baru Pegawai Kadet Angkatan Tentera Malaysia

Pengambilan Baru Pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Tahun 2025


Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan Ijazah Sarjana Muda untuk berkhidmat sebagai Pegawai dalam Perkhidmatan Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).


Calon yang berjaya dan terpilih akan dilantik melalui Dua skim iaitu skim Pegawai Kadet Lepasan Ijazah (Graduan) atau skim Pegawai Senarai Tugas Ikhtisas (STI).

Skim Pegawai Kadet ATM Senarai Tugas AM (STA)

Syarat Kelayakan AM

  • Warganegara Malaysia.
  • Terbuka kepada Lelaki dan Wanita.
  • Penglihatan
    • Boleh melihat dengan jelas tanpa cermin mata.
    • Tidak Rabun warna
  • Pendengaran
    • Tahap pendengaran yang baik tanpa alat bantuan pendengaran.
      -Taraf Kesihatan
      -Calon hendaklah sihat, tidak cacat anggota badan, tidak pernah mengalami kecederaan serius seperti patah tulang, tidak mengidap penyakit Lelah. tidak mempunyai penyakit kronik dan tidak mempunyai penyakit keturunan.
  • Tidak mempunyai rekod kesalahan jenayah dan penyalahgunaan dadah. Segala Maklumat anda akan disemak dengan PDRM dan AADK
LelakiWanita
TinggiMinima 162cmMinima 157cm
BeratMinima 47.5kgMinima 45kg
BMI18.0 – 26.018.0 – 26.0

Baca Juga: PERMOHONAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN GRED DG41)

Umur

a) Pegawai Kadet UPNM (PK UPNM)

  • Berumur 17 Tahun 6 Bulan hingga 19 Tahun pada Disember Tahun pengambilan calon. Calon-calon yang Berumur Bawah 7 Tahun 6 bulan perlu mendapat kebenaran ibu bapa/ Penjaga.

B) Pegawai Kadet Lepasan Ijazah (PK Graduan)

  • Tidak Melebihi 27 Tahun pada Tarikh angkat sumpah.

Syarat Kelayakan Akademik

a) Pegawai Kadet UPNM (PK UPNM)

  • Memenuhi syarat kemasukkan yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
  • Lulus Pengajian Asasi UPNM dengan memperoleh keputusan minima Purata Nilaian Gred Kumulatif (PNGK) 2.70 Keatas.
  • Kelayakan Akademik adalah berlandaskan Syarat yang telah ditetapkan oleh UPNM mengikut Program Asasi seperti berikut;
    • Program Asasi Perubatan
    • Program Asasi Kejuruteraan dan Teknologi
    • Program Asasi Pengurusan dan Strategi

b) Pegawai Kadet Lepasan Ijazah (PK Graduan)

  • Lulus SPM/SVM atau Kelayakan setaraf mendapat Kepujian dalam matapelajaran Bahasa Melayu (Termasuk Lulus Ujian Lisan), Bahasa Inggeris dan Matematik.
  • Lulus Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dan memperoleh keputusan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 2.70 Keatas.
Sumber : Facebook Cawangan Tenaga Kerja (TKC)-Bahagian Perkhidmatan Anggota

Skim Pegawai Senarai Tugas Ikhtisas (STI) Kor Kesihatan Diraja

Syarat Kelayakan AM

  • Warganegara Malaysia.
  • Terbuka kepada Lelaki dan Wanita.

Syarat Fizikal

LelakiWanita
TinggiMinima 162cmMinima 157cm
BeratMinima 47.5kgMinima 45kg
BMI18.0 – 26.018.0 – 26.0

Syarat Kelayakan Akademik

a) Kelulusan Asas

  • Lulus SPM/SVM atau Kelayakan setaraf dengan mendaat Kepujian dalam matapelajaran Bahasa Melayu (Termasuk Lulus Ujian Lisan), Bahasa Inggeris dan Matematik.

b) Kelulusan Pengajian Tinggi

  • Lulus Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian bidang Perubatan, Pergigian atau farmasi yang diiktirafkan oleh Agensi Kelayakan (MQA). Calon mestilah berdaftar dengan Majlis Perubatan Malaysia, Majlis Pergigian Malaysia atau Lembaga Farmasi Malaysia.
Sumber :Facebook Cawangan Tenaga Kerja (TKC)- Bahagian Perkhidmatan Anggota

Tawaran Lantikan

Pegawai Senarai Tugas Ikhtisas (STI) akan dilantik ke dalam Kor Kesihatan Diraja sebagai:

  1. Pegawai Perubatan
  2. Pegawai Pergigian
  3. Pegawai Farmasi

Baca Juga: KEMASKINI & PERMOHONAN BARU STR Fasa 1 2025

Temuduga

Hanya calon yang layak akan dipanggil untuk menjalani pemilihan seterusnya.

Kriteria Pemilihan

Pemilihan adalah berdasarkan kepada merit Kelayakan Akademik, Ujian Kepimpinan, Ujian Fizikal, Ujian Bertulis, Ujian Pengucapan Awam dan Penilaian Lembaga Awal.

Lokasi Penempatan

Pegawai Kadet Lepasan Ijazah (Graduan) terpilih akan menjalani latihan di:

  1. Akademi Tentera Darat (ATD), Port Dickson, Negeri Sembilan.
  2. Kapal Diraja Sultan Idris 1 (KDSI 1), Lumut, Perak.
  3. Kolej Tentera Udara – Sekolah Latihan Pegawai (KTU-SLP), Alor Setar, Kedah

Cara Permohonan Pengambilan ATM 2025

Permohonan adalah secara atas talian melalui pautan yang berikut:  https://jmt.mod.gov.my/index.php

  1. Pastikan No KP yang betul.
  2. Pastikan Nama mengikut No. Kad Pengenalan.
  3. Pastikan Alamat email ditaip dengan betul. Email yang dicadangkan adalah gmail atau yahoo mail.
  4. Pastikan pemohon klik pada Daftar Akaun Masukkan NoKP, Nama, alamat email, katalaluan, pengesahan katalaluan dan tekan butang Daftar Akaun Baru.
  5. Seterusnya, masuk kepada halaman login – masukkan NoKP dan Katalaluan (yang dimasukkan semasa pendaftaran) untuk membuat permohonan.
  6. Pastikan Pemohon mengikut semua langkah di atas bagi proses permohonan yang memudahkan.

Tarikh Permohonan

Tarikh Permohonan bermula 1 November 2024 hingga 28 Februari 2025.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk saluran berikut:

  • Telefon : 03-4013 1424 / 03-4013 425
  • Facebook : Cawangan Tenaga Kerja -TKC
  • Tiktok: @cawangantenagakerja
Penafian: Pihak kami bukan dari mana-mana agensi Kerajaan terlibat. Maklumat yang terdapat dalam portal kerjakini.com adalah sahih dan diolah dari sumber rasmi kerajaan dan sumber yang dipercayai untuk memudahkan proses permohonan.

Leave a Comment