NADMA : Bantuan Wang Ihsan (BWI) RM1000

Bantuan Wang Ihsan (BWI) Akibat Banjir Kepada Mereka Yang Terjejas.

Kerajaan menyediakan Bantuan Wang Ihsan (BWI) RM1,000 bagi setiap ketua isi rumah terjejas ketika Monsun Timur Laut atau yang terkesan dengan lain-lain bencana yang diisytiharkan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat (JPBP).

Syarat Kelayakan Bantuan

  1. Bantuan ini terpakai bagi bencana alam utama yang pernah berlaku iaitu banjir, tanah runtuh, ribut/taufan, gempa bumi dan tsunami atau lain-lain seperti yang diisytiharkan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat (JPBP), Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) atau Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) berdasarkan tafsiran kejadian bencana Arahan NADMA No. 1.
  2. Bantuan Ini hanya diberikan satu (1) kali sahaja apabila ditimpa bencana semasa musim Monsun Timur Laut (MTL).
  3. Bagi kejadian bencana di luar musim Monsun Timur Laut, bantuan ini hanya diberikan sekali sahaja dalam tempoh (3 ) bulan ditimpa bencana.
  4. Pemohon mestilah warganegara Malaysia yang berpindah/ berdaftar di pusat pemindahan sementara(PPS). Bagi kejadian bencana ribut, pemohon mestilah berdaftar dengan JPBD sekiranya tiada PPS dibuka.
  5. Pemohon mestilah ketua isi rumah (KIR) mangsa bencana yang menduduki rumah kediaman persendirian Ketika kejadian bencana berlaku.
  6. Rumah kediaman persendirian berbilang tingkat juga layak menerima bantuan ini sekiranya terjejas akibat bencana namun tertakluk kepada unit-unit rumah yang berada di tingkat yang terjejas sahaja dan bukannya keseluruhan unit di bangunan tersebut.
  7. Bantuan ini diberikan bagi kejadian bencana yang berlaku di dalam
  8. berdasarkan jumlah bilangan ketua isi rumah yang didaftarkan sebanyak sepuluh (10) KIR dan ke atas dalam setiap kejadian bencana. Sekiranya terdapat kurang daripada sepuluh (10) KIR yang terjejas, bantuan ini boleh dipertimbangkan dengan kelulusan Ketua Pengarah NADMA atau pihak berkuasa pengurusan bencana.
  9. Penyewa rumah juga boleh memohon bantuan ini tetapi hanya seorang (1) isi rumah sahaja di kalangan penyewa rumah yang layak memohon
  10. Tuan rumah tidak layak memohon bantuan ini bagi rumah sewa sama ada rumah sewa tersebut diduduki atau tidak oleh penyewa.

Baca Lagi :

Jumlah Bantuan

Jumlah yang akan diterima adalah RM1000 bagi setiap Ketua Isi Rumah tanpa mengira jumlah isi rumah / keluarga.

Cara Permohonan Bantuan Wang Ihsan (BWI)

  • Permohonan boleh dibuat secara manual melalui Pejabat Daerah masing-masing
  • Bagi yang berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS), Ketua Isi Rumah (KIR) boleh merujuk kepada petugas PPS masing-masing.
  • Bagi yang tidak berpindah ke PPS, Tuan / Puan perlu memohon kepada Ketua Komuniti / Pegawai Daerah masing-masing.
  • Kelulusan permohonan adalah tertakluk kepada pengesahan Pegawai Daerah sekali Pengerusi JKawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD).
  • *Tiada permohonan secara online.

Langkah Permohonan BWI

Jawatan Kosong Trending:

Senarai Dokumen Diperlukan

  • BORANG AKUAN PERMOHONAN BANTUAN WANG IHSAN (PEMOHON)
    • Pemohon diminta untuk mencetak dan mengisi Borang Akuan Permohonan Bantuan Wang Ihsan (Pemohon) sebelum dikemukakan kepada petugas Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) atau Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) di Pusat Pemindahan Sementara (PPS). Sekiranya terdapat sebarang permasalahan, pemohon boleh merujuk kepada Pejabat Daerah selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) atau Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN).
    • Muat Turun Borang
  • BORANG AKUAN PERMOHONAN BANTUAN WANG IHSAN KEMATIAN (PEMOHON)
    • Pemohon diminta untuk mencetak dan mengisi Borang Akuan Permohonan Bantuan Wang Ihsan Kematian (Pemohon) sebelum dikemukakan kepada Ketua Masyarakat dengan dokumen-dokumen berkaitan seperti bukti kematian iaitu Sijil Kematian atau Laporan Polis atau Laporan Kematian yang disahkan oleh Pegawai Perubatan serta bukti pertalian keluarga terdekat dengan mangsa bencana sebagai suami/isteri, ibubapa, anak dan adik-beradik iaitu Surat Nikah, Sijil Perkahwinan, Sijil Kelahiran dan lain-lain. Sekiranya terdapat sebarang permasalahan, pemohon dan ketua masyarakat boleh merujuk kepada Pejabat Daerah selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) atau Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN).
    • Muat Turun Borang
  • BORANG AKUAN PENGESAHAN PERMOHONAN BANTUAN WANG IHSAN KEMATIAN (KETUA MASYARAKAT)
    • Pemohon diminta untuk mencetak Borang Akuan Pengesahan Permohonan Bantuan Wang Ihsan Kematian (Ketua Masyarakat) sebelum dikemukakan kepada Ketua Masyarakat dengan dokumen-dokumen berkaitan seperti bukti kematian iaitu Sijil Kematian atau Laporan Polis atau Laporan Kematian yang disahkan oleh Pegawai Perubatan serta bukti pertalian keluarga terdekat dengan mangsa bencana sebagai suami/isteri, ibubapa, anak dan adik-beradik iaitu Surat Nikah, Sijil Perkahwinan, Sijil Kelahiran dan lain-lain. Sekiranya terdapat sebarang permasalahan, pemohon dan ketua masyarakat boleh merujuk kepada Pejabat Daerah selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) atau Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN).

Download Borang Akuan dan Permohonan

Maklumat Lanjut

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut mengenai BWI, anda boleh kemukakan pertanyaan melalui Pejabat Daerah yang berhampiran dengan rumah kediaman.

Atau boleh rujuk di portal rasmi NADMA melalui pautan berikut: https://www.nadma.gov.my/

Sumber: Facebook Agensi Pengurusan Bencana Negara, Jabatan Perdana Menteri

Penafian: Pihak kami bukan dari mana-mana agensi Kerajaan terlibat. Maklumat yang terdapat dalam portal kerjakini.com adalah sahih dan diolah dari sumber rasmi kerajaan dan sumber yang dipercayai untuk memudahkan proses permohonan.

Leave a Comment