BAP 2025 : Bantuan Awal Persekolahan Tahun 2025 (RM 150)

Bantuan Khusus BAP Kepada Murid Bersekolah Rendah & Menengah

Bantuan Awal Persekolahan (BAP 2025) akan diteruskan dengan jumlah keseluruhan peruntukan sebanyak RM800 juta.

Inisiatif BAP 2025 dikatakan mampu memberi manfaat kepada 5.2 juta orang murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 dengan mengurangkan beban ibu bapa dalam persiapan sesi persekolahan baharu pada tahun hadapan.

Pengenalan BAP

BAP merupakan bantuan tunai secara “one off” yang diberikan pada awal tahun bagi mengurangkan beban perbelanjaan ibu bapa atau penjaga dalam menyediakan keperluan persekolahan murid.

Dalam Bajet 2023 terdahulu, Kerajaan telah mengumumkan menyediakan Bantuan Awal Persekolahan sebanyak RM150 untuk semua murid, tanpa mengira had pendapatan dan usul ini diteruskan oleh Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Bagi tahun hadapan, Bantuan Awal Persekolahan 2025 akan diteruskan dan diberikan kepada murid-murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya tanpa mengira pendapatan ibu bapa.

Baca Juga:

Jumlah Bantuan

Murid yang layak akan menerima BAP akan diberi bantuan sebanyak RM150.00 bagi seorang murid secara sekaligus (One-Off)

Syarat Kelayakan BAP

Pemberian BAP kepada murid-murid dibuat berdasarkan kriteria-kriteria berikut:

  • Murid warganegara Malaysia
  • Murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya bagi Sesi Persekolahan 2025/2026
  • Murid bersekolah di
    • Sekolah Kerajaan (SK)
    • Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK)
    • Sekolah Agama
    • Sekolah Swasta Persendirian yang berdaftar dengan Kerajaan
    • Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih
    • Sekolah Integriti
    • Sekolah Henry Gurney

Cara Pembayaran BAP 2025

Mulai tahun 2025, KPM akan memperluas kaedah agihan BAP kepada kaedah kredit ke akaun ibu bapa atau penjaga yang sah. KPM juga tidak menetapkan sebarang bank tertentu bagi tujuan agihan BAP secara kredit ke akaun bank.

Bantuan akan disalurkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) secara berperingkat terus kepada;

  • Akaun Kumpulan Wang Kerajaan (KWK) sekolah
  • Akaun Khas Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) bagi sekolah yang tidak mempunyai Akaun KWK
  • Tunai
  • Disalurkan terus ke akaun bank murid/ Ibu Bapa

Tarikh Pembayaran BAP 2025

Tempoh agihan bagi murid Tahun 1 hingga Tingkatan 4 sesi persekolahan 2024/2025 ialah 30 hari dari tarikh surat makluman penyaluran peruntukan dikeluarkan oleh Bahagian Kewangan, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Manakala tempoh agihan bagi murid Tahun 1 sesi perseklahan 2025/2026 ialah 30 hari dari tarikh sesi persekolahan bermula.

*Maklumat terperinci berkenaan dengan tarikh penyaluran BAP 2025 akan dimaklumkan oleh sekolah masing-masing.

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang maklumat lanjut berkaitan Bantuan Awal Persekolahan 2025 (BAP), anda boleh rujuk pada pautan berikut:

Portal Rasmi KPM : https://www.moe.gov.my/
Facebook KPM : https://www.facebook.com/KemPendidikan
Instagram KPM : https://www.instagram.com/kempendidikan

Leave a Comment