SKAS Sarawak 2025 : Sumbangan Keperluan Asas Sarawak Tahun 2025

Daftar & Permohonan Baru Online Bantuan SKAS Sarawak 2025.

Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahmah Zohari Tun Datuk Abang Openg dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak baru-baru ini telah membentangkan belanjawan khusus untuk Negeri Sarawak yang bakal dilaksanakan pada tahun 2025.

ini merupakan satu inisiatif baharu bantuan kewangan dikenali sebagai Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS Sarawak) bagi meringankan beban golongan berpendapatan rendah yang terjejas akibat kenaikan kos sara hidup.

Pengenalan SKAS Sarawak

Bantuan SKAS atau rasminya Sumbangan Keperluan Asas Sarawak adalah merupakan bantuan yang akan diberikan untuk pembelian bahan makanan asas seperti beras, tepung, minyak masak, serta keperluan asas lain bagi membantu meringankan bebanan kewangan untuk kelangsungan hidup rakyat di Negeri Sarawak.

Jumlah Bantuan SKAS Sarawak

Kerajaan Negeri Sarawak akan memperuntukan sebanyak RM450 juta untuk disalurkan sepanjang tahun 2025 kepada lebih 850,000 rakyat yang menetap di Sarawak serta memenuhi kelayakan yang ditetapkan akan menerima antara RM250 sehingga RM800 setahun (mengikut kelayakan setiap penerima).

Kategori Penerima :

KategoriJumlah Bantuan Akan Diterima
Isi RumahRM800.00
Warga EmasRM400.00
BujangRM250.00

Baca Juga: KEMASKINI & PERMOHONAN BARU STR Fasa 1 2025

Syarat Kelayakan Penerima

Hanya penerima yang layak membuat permohonan Bantuan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) adalah merupakan warga Sarawak yang menetap di Sarawak.

Syarat Pemohon Bantuan

Kategori PemohonSyarat Pendapatan
Isi RumahKurang daripada RM5,000.00
Warga Emas
(Tiada Pasangan, Balu, Ibu/ Bapa Tunggal (Tiada Tanggungan))
Kurang daripada RM5,000.00
BujangKurang daripada RM2,500.00

Jadual Pembayaran Bantuan

Sebarang jadual untuk bayaran Bantuan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS Sarawak) masih belum diumumkan. Namun, pihak kami akan kemaskini kembali sekiranya jadual telah diumumkan oleh Kerajaan Negeri Sarawak secara rasmi.

Baca: PERMOHONAN GURU (PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN GRED DG41)

Cara Mohon Bantuan

Portal untuk permohonan Bantuan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) masih belum dibuka secara rasmi. Sekiranya permohonan telah dibuka pada tahun 2025, pihak kami akan maklumkan panduan berkenaan cara permohonan yang mudah serta ringkas.

Rujukan

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SKAS SARAWAK. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

Portal Rasmi Kerajaan Sarawak : https://sarawak.gov.my/
Saluran rasmi TV Sarawak : https://www.tvsarawak.my/

Penafian: Pihak kami bukan dari mana-mana agensi Kerajaan terlibat. Maklumat yang terdapat dalam portal kerjakini.com adalah sahih dan diolah dari sumber rasmi kerajaan dan sumber yang dipercayai untuk memudahkan proses permohonan.

Leave a Comment