Jabatan Perangkaan Malaysia telah melancarkan satu Aplikasi kalkulator Pengiraan Kos Sara Hidup Wajar (PAKW) untuk membantu orang awam mengira anggaran kos perbelanjaan sesebuah isi rumah untuk menjalani kehidupan bermakna di setiap daerah/ negeri di Malaysia.
Apa Itu Pengiraan Kos Sara Hidup Wajar (PAKW)
Pihak Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) telah membangunkan satu aplikasi kalkulator yang sistematik untuk membantu dalam mengira kos perbelanjaan yang wajar, supaya setiap individu itu dapat menjalani kehidupan yang bermakna disamping memenuhi keperluan dan kehendak sekaligus menyumbang dalam aktiviti kemasyarakatan.
Pembangunan Aplikasi ini adalah hasil kajian/ pemerhatian yang telah dijalankan oleh pihak Jabatan Perangkaan dengan mengambil kira corak perbelanjaan isi rumah berdasarkan survei pendapatan dan perbelanjaan isi rumah.
Tujuan Pengiraan
Tujuan Pembangunan Aplikasi ini adalah sebagai rujukan bagi pembangunan dasar dan program berkaitan Kos Sara Hidup serta menjadi panduan dalam pengurusan perbelanjaan isi rumah.
Dengan pengiraan ini juga, ketua Isi rumah dapat menganggarkan nilai pendapatan yang diperlukan untuk menanggung keperluan isi rumah yang lain untuk mendapatkan kehidupan yang lebih selesa mengikut tempat kediaman masing-masing.
Cara Kira Kos Sara Hidup
Pengiraan ini dipengaruhi oleh dua faktor utama :
- Lokasi
- Mengikut Negeri dan daerah masing-masing
- Mengambil kira kawasan kediaman sama ada di Bandar atau Luar Bandar.
- Saiz dan Ciri Isi Rumah
- Bilangan Isi Rumah (Orang)
- Jantina dan Umur setiap isi rumah
- Kos Makanan
- Kos Pembelian Bahan Mentah
- Kos Pembelian Barangan Kering tambahan (Gula, garam, minyak dan sebagainya)
- Kos Makan Di luar
- Kos Bahan Bukan Makanan
- Pakaian
- Utiliti
- Kesihatan
- Pengangkutan
- Pendidikan
- Rekreasi
- Penjagaan diri
Justeru, pengiraan bagi setiap isi rumah adalah berbeza mengikut ciri demografi dan lokasi tempat tinggal isi rumah.

sumber : https://www.facebook.com/pakwofficial/?_rdr
Cara Muat Turun Aplikasi
Aplikasi PAKW boleh dimuat turun melalui Google Playstore dan Apps Store
Apps Store : Muat Turun Disini
Google App Playstore: Muat Turun disini
Cara Menggunakan Kalkulator PAKW dari Apps MyPAKW
- Masukkan bilangan ahli isi rumah.
- Masukkan negeri di mana anda menetap kini.
- Masukkan daerah.
- Masukkan lokaliti anda sama ada di bandar atau di luar bandar.
- Masukkan umur dan jantina ahli isi rumah anda termasuk ahli isi rumah yang lain.
- Nilai anggaran Kos Kehidupan wajar anda akan dikira!
Cara Menggunakan Kalkulator dari Website MyPAKW
- Layari laman web berikut : https://mypakw.dosm.gov.my/
- Masukkan bilangan ahli isi rumah.
- Masukkan negeri di mana anda menetap kini.
- Masukkan daerah.
- Masukkan lokaliti anda sama ada di bandar atau di luar bandar.
- Masukkan umur dan jantina ahli isi rumah anda termasuk ahli isi rumah yang lain.
- Nilai anggaran Kos Kehidupan wajar anda akan dikira!


Contoh Pengiraan

Post Trending : STR 2025 (Permohonan Baru dan Kemaskini)
Soalan Lazim (FAQ)







Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan
Portal Rasmi DOSM: https://mypakw.dosm.gov.my/
Facebook : https://www.facebook.com/pakwofficial