Berita baik bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan. Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) di bawah Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini membuka peluang kerjaya dengan membuka permohonan untuk Pengambilan Jawatan Konstabel Polis Orang Asli Gred Y1 (LELAKI) yang menanti individu yang berkelayakan untuk memohon. Berikut dikongsikan maklumat Jawatan Kosong Konstabel Polis Gred Y1 di JAKOA bagi tahun 2025.
Maklumat Jawatan Kosong
Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun ke atas dan tidak lebih 28 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan dan berkelayakan bagi mengisi jawatan kosong di Konstabel Polis Orang Asli Gred Y1 sebagaimana berikut:
Nama Majikan: | Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) |
Penempatan: | Seluruh Negeri |
Kelayakan: | SPM/ Sijil Vokasional Malaysia |
Taraf Jawatan: | Kontrak/Tetap |
Tarikh Tutup: | 20 Disember 2024 (Jumaat) |
Jawatan Ditawarkan
- Konstabel Polis Orang Asli Gred Y1 (Lelaki)
Baca Juga :
Syarat Asas Permohonan
- Calon hendaklah warganegara Malaysia berusia tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup permohonan jawatan dan tidak lebih daripada 28 Tahun pada tarikh tutup iklan.
- Berkelayakan dan melepasi syarat-syarat pelantikan yang telah ditetapkan bagi setiap jawatan kosong di Konstabel Polis Orang Asli Gred Y1 yang hendak dipohon. Sila baca pada lampiran yang kami telah sediakan seperti berikut.
Kelayakan Fizikal
- Tinggi Sekurang-kurangnya 1.57m.
- Berat Sekurang-kurangnya 48kg.
- Mempunyai Ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26.
- Ukuran Lilitan dada biasa 81sm (normal) dan semasa menarik nafas 86sm (lelaki sahaja)
- Lulus Ujian Penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan alat bantuan.
- Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat.
- Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar (kerajaan).
Cara Mohon
- Permohonan jawatan kosong diatas hendaklah melalui Jabatan Kemajuan Orang Asli Negeri dan Daerah masing-masing atau klik pada Mohon Jawatan Konstabel Polis yang telah disediakan dibawah. Sebarang pertanyaan hendaklah hubungi Pejabat JAKOA yang berdekatan anda.
- Calon dikehendaki menghantar salinan dokumen yang lengkap (Lampiran A,B dan C) untuk membuat permohonan.
- Sebelum membuat permohonan sila pastikan anda login/register dan mengisi segala maklumat yang diminta dengan lengkap dan tepat.
- Perlu diingatkan, hanya pemohon yang layak sahaja akan dipanggil ke temuduga. Sila lengkapkan dan kemaskini maklumat anda yang telah didaftarkan.
- Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
Contoh Borang Permohonan Konstabel Polis Orang Asli Gred Y1
Maklumat Lanjut
Facebook: https://www.facebook.com/jakoamalaysia?locale=ms_MY
Hubungi Pejabat JAKOA berdekatan Daerah anda.
Penafian: Pihak kami bukan dari mana-mana agensi Kerajaan terlibat. Maklumat yang terdapat dalam portal kerjakini.com adalah sahih dan diolah dari sumber rasmi kerajaan dan sumber yang dipercayai untuk memudahkan proses permohonan.