Cara kemaskini STR 2025.
Pengenalan Fasa 1 STR 2025 (Sumbangan Tunai Rahmah )
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah sebuah inisiatif di bawah konsep Payung Rahmah oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) di bawah Belanjawan MADANI Kedua (Belanjawan 2025) bagi membantu golongan yang kurang berkemampuan terutamanya golongan berpendapatan rendah (B40) dan sederhana rendah (M40) untuk menghadapi cabaran kos sara hidup.
Bagi tahun 2025, melalui Belanjawan Madani 2025, Kerajaan akan memberi peruntukan tertinggi iaitu sebanyak 13 Bilion berbanding 10 Bilion pada tahun lepas. Peruntukan ini adalah untuk pemberian kepada rakyat melalui Sumbangan Tunai Rahmah Tahun 2025 dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) . Ini akan memberi manafaat bagi 5.4juta penerima STR pada tahun 2025 berbanding tahun ini.
Berikut merupakan langkah-langkah yang perlu di ambil untuk memastikan anda berpeluang untuk mendapatkan Fasa 1 STR 2025.
Syarat Asas Permohonan STR 2025
Kategori Isi Rumah
Pemohon
- Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja
- Lelaki atau wanita yang menjadi ketua keluarga dan bekerja di Malaysia dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM5,000 dan ke bawah Pasangan
- Warganegara Malaysia (MyKad) atau memiliki pengenalan Malaysia (MyPR / MyKAS).
- Bukan Warganegara Malaysia (selain pengenalan MyPR / MyKAS) Anak
- Hubungan mestilah anak kandung (termasuk anak tidak sah taraf) atau anak angkat yang berdaftar dengan JPN sahaja; dan
- Warganegara Malaysia yang memiliki pengenalan Malaysia (MyKad / MyKID) sahaja; dan
- Tidak bekerja atau tiada punca pendapatan yang berumur: – 18 tahun dan ke bawah; atau – 19 tahun dan ke atas bagi yang masih belajar sepenuh masa di IPTA / IPTS
Pasangan
- Warganegara Malaysia (MyKad) atau memiliki pengenalan Malaysia (MyPR / MyKAS)
- Bukan Warganegara Malaysia (selain pengenalan MyPR / MyKAS)
Anak
- Hubungan mestilah anak kandung (termasuk anak tidak sah taraf) atau anak angkat yang berdaftar dengan JPN sahaja; dan
- Warganegara Malaysia yang memiliki pengenalan Malaysia (MyKad / MyKID) sahaja; dan
- Tidak bekerja atau tiada punca pendapatan yang berumur: – 18 tahun dan ke bawah; atau – 19 tahun dan ke atas bagi yang masih belajar sepenuh masa di IPTA / IPTS
Kategori Bujang
- Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja
- Bekerja di Malaysia dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,500 dan ke bawah bagi yang berumur 21 tahun hingga 59 tahun dan OKU berumur 19 tahun hingga 59 tahun
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa
Kategori Warga Emas / Tiada Pasangan
- Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja
- Bekerja di Malaysia dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM5,000 dan ke bawah bagi yang berumur 60 tahun dan ke atas.
Baca Juga : PERMOHONAN GURU (PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN GRED DG41)
Tarikh Tutup Kemaskini
Tarikh tutup untuk mengemaskini maklumat untuk melayakkan anda mendapat STR 2025 Fasa satu adalah pada 30 November 2025.
Perkara Yang Perlu dikemaskini
Pemohon perlu membuat kemaskini permohonan sekiranya permohonan tidak pernah dikemaskini dalam tempoh 3 tahun berturut-turut sepanjang pelaksanaan BPR 2021, BKM 2022, STR 2023 dan STR 2024.
Pemohon yang perlu mengemaskini permohonan adalah pemohon yang berstatus lulus untuk mengemaskini maklumat asas terhad seperti maklumat berikut:
- No. Talifon Rumah
- No. Talifon Bimbit
- Maklumat Alamat Surat Menyurat
- Alamat E-mel
- No. Talifon Pasangan
- Maklumat Akaun Bank Pemohon/ Pasangan
- Maklumat Waris
Baca Juga: KEMASKINI & PERMOHONAN BARU STR Fasa 1 2025
Cara Kemaskini Maklumat STR
- Layari Portal Rasmi STR 2025: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Klik Kemaskini.
- Pastikan maklumat pemohon dengan mengisi nombor kad pengenalan, nombor telefon, pekerjaan, pendapatan kasar bulanan, status perkahwinan, alamat rumah, maklumat bank dan emel pemohon serta ruangan yang bertanda (*) kerana wajib diisi.
– Jika status perkahwinan adalah kahwin, pemohon dikehendaki untuk mengisi Maklumat Pasangan dengan lengkap. - Sila Muat Naik/ Upload dokumen yang diperlukan jika status berkahwin/ Cerai/ Kematian Pasangan. Muat naik dokumen dalam bentuk file (.pdf/ . jpg/ .png/ . jpeg ) sahaja yang dibenarkan.
– Jika pemohon mempunyai anak, lengkapkan bahagian Maklumat Anak (Perlu Muat Naik/ Upload Sijil Status Pelajar Anak atau Sijil kelahiran Anak). - Pastikan maklumat yang di tulis adalah betul dan klik Teruskan.
- Isi kod captcha seperti yang dipaparkan pada menu pengesahan dan klik Sahkan Captcha.
- Tandakan pada kotak yang disediakan selepas Perakuan Permohon dipaparkan.
- Klik pada butang Hantar untuk menghantar permohonan.
Selepas permohonan berjaya dihantar, paparan pengesahan pemohon akan dipaparkan. Klik Cetak untuk membuat cetakan salinan permohonan.
Jumlah Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah Tahun 2025
Kaedah Pembayaran STR 2025
Kaedah pembayaran STR 2025 adalah seperti berikut:
- Kredit ke Akaun Bank
- Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank penerima / pasangan.
- Pembayaran Secara Tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional
- Pembayaran akan dilakukan secara tunai sekiranya tiada maklumat akaun bank dan Status pengkreditan adalah gagal kredit.
Maklumat Lanjut dan Pertanyaan
untuk sebarang maklumat lanjut mengenai cara kemaskini STR 2025 ini, anda boleh layari:
Portal Rasmi STR LHDNM: https://bantuantunai.hasil.gov.my/
Hotline STR HASiL: 1-800-88-2747.
Hotline MOF: 03-8882 4565 / 4566.
Alamat Kementerian Kewangan: Presint 2, 62592 Putrajaya
Penafian: Pihak kami bukan dari mana-mana agensi Kerajaan terlibat. Maklumat yang terdapat dalam portal kerjakini.com adalah sahih dan diolah dari sumber rasmi kerajaan dan sumber yang dipercayai untuk memudahkan proses permohonan.