Berita baik bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan. Universiti Pendidikan Sultan Idris kini membuka peluang kerjaya sebagai Pembantu Tadbir UPSI yang menanti individu yang berkelayakan untuk memohon. Berikut dikongsikan maklumat Jawatan Kosong UPSI Terkini.
Maklumat Jawatan Kosong Pembantu Tadbir UPSI
Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun ke atas pada tarikh tutup iklan jawatan dan berkelayakan bagi mengisi jawatan kosong UPSI sebagaimana berikut:
Nama Majikan: | Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) |
Penempatan: | Perak Darul Ridzuan |
Kelayakan: | SPM |
Taraf Jawatan: | Kontrak |
Tarikh Tutup: | 24 September 2024 (Selasa) |
Jawatan Ditawarkan UPSI
- Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N19
Jawatan Popular :
Syarat Asas Permohonan
- Calon hendaklah warganegara Malaysia berusia tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup permohonan jawatan.
- Berkelayakan dan melepasi syarat-syarat pelantikan yang telah ditetapkan bagi setiap jawatan kosong UPSI yang hendak dipohon, Sila baca pada lampiran yang kami telah sediakan seperti berikut.
Cara Mohon Jawatan Kosong Pembantu Tadbir UPSI
- Permohonan jawatan kosong Pembantu Tadbir UPSI diatas hendaklah melalui portal rasmi Universiti Pendidikan Sultan Idris di https://www.upsi.edu.my/ atau pautan Mohon Jawatan yang yang telah disediakan dibawah. Untuk pemohon kali pertama, anda perlu mendaftar akaun baru terlebih dahulu.
- Calon dikehendaki memuat naik resume yang lengkap (kelayakan akademik, pengalaman kerja, gaji semasa dan gaji yang dipohon, gambar berukuran passport serta salinan sijil-sijil berkaitan) semasa membuat permohonan.
- Pemohon yang telah mendaftar dan memohon jawatan yang disenaraikan tidak perlu lagi memohon semula sekiranya tempoh permohonan masih sah.
- Sebelum membuat permohonan sila pastikan anda login/register dan mengisi segala maklumat yang diminta dengan lengkap dan tepat.
- Perlu diingatkan, hanya pemohon yang layak sahaja akan dipanggil ke temuduga. Sila lengkapkan dan kemaskini maklumat anda yang telah didaftarkan.
- Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
Penafian: Pihak kami bukan dari mana-mana agensi Kerajaan terlibat. Maklumat yang terdapat dalam portal kerjakini.com adalah sahih dan diolah dari sumber rasmi kerajaan dan sumber yang dipercayai untuk memudahkan proses permohonan.