Ambilan Kerani KWSP Terkini 2024 : Seluruh Malaysia

Berita baik bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kini membuka peluang kerjaya dengan mengumumkan pelbagai jawatan kosong yang menanti individu yang berkelayakan. Berikut dikongsikan maklumat permohonan Jawatan Kosong Kerani KWSP.

Pengenalan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) merupakan sebuah institusi keselamatan sosial yang ditubuhkan di bawah Undang-Undang Malaysia, Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991 (Akta 452) yang menyediakan faedah persaraan kepada ahlinya melalui pengurusan simpanan mereka secara cekap dan boleh dipercayai.

KWSP juga menyediakan sistem yang efisien dan mudah bagi memastikan para majikan memenuhi tanggungjawab undang-undang serta kewajipan moral mereka untuk mencarum kepada KWSP bagi pihak pekerja mereka.

Maklumat Permohonan

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun ke atas pada tarikh tutup iklan jawatan dan berkelayakan bagi mengisi Jawatan Kosong Kerani KWSP :

Nama MajikanKumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
PenempatanIbu Pejabat & Cawangan KWSP Seluruh Malaysia
KelayakanSijil Pelajaran Malaysia (SPM)
Taraf JawatanTetap
Tarikh TutupRujuk Lampiran Dibawah

Jawatan Ditawarkan

  1. Pegawai Kerani KWSP

Tugas Kerani KWSP

Memastikan kelancaran semua fungsi pejabat bagi mengelakkan gangguan dalam operasi di Jabatan/ Bahagian/ Unit/ Cawangan yang ditugaskan seperti :

  • Melaksanakan tugas pentadbiran serta mengendalikan dokumentasi dan laporan.
  • Mengendalikan interaksi dengan pihak dalaman dan luaran secara profesional.
  • Menyelaraskan komunikasi antara pelbagai bahagian dan jabatan, menjadualkan mesyuarat, mengagihkan laporan, dan memastikan semua pihak dimaklumkan tentang operasi am.
  • Memproses dokumen yang sesuai untuk sebarang tugas yang dipertanggungjawabkan.
  • Membantu dalam menyemak, menilai dan menganalisis data untuk tindakan strategik.
  • Bekerjasama dengan ahli pasukan untuk mengenal pasti dan melaksanakan penambahbaikan.
  • Menjalankan sebarang tugas lain sebagaimana yang diarahkan oleh Pengurusan.
  • Pegawai Kerani KWSP juga Membantu penyelia dalam operasi kerja seharian.

Kemahiran yang diperlukan

  • Komunikasi – Berkebolehan dalam menulis dan bertutur dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu.
  • Tertib dan Terperinci – Perhatian terhadap perincian adalah suatu kewajipan serta berkebolehan dalam menjalankan pelbagai tugas serentak dan fleksibel.
  • Pengurusan Masa – Berkebolehan dalam memastikan kerja yang mempunyai keutamaan tinggi diselesaikan dalam tempoh masa yang ditetapkan.
  • Kerjasama – Memiliki kemampuan dan keinginan untuk bekerjasama dengan ahli-ahli pasukan.
  • Mahir Industri – Berpengetahuan atau mempunyai pengalaman dalam industri yang anda bekerja.
  • Mahir IT – Berkebolehan dalam menjalankan tugas menggunakan Words, Excel, Power Point, dan lain-lain.
  • Mempunyai personaliti yang baik dan mampu bekerja dengan cekap pada semua peringkat.

Artikel Popular :

Syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia.
  • Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dalam subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, dan Matematik.
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup permohonan.
  • Penguasaan yang baik dalam pertuturan dan penulisan dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Kebolehan berkomunikasi (bertutur dan bertulis) dalam bahasa lain akan menjadi nilai tambah.
  • Berkemampuan untuk menjalankan pelbagai tugas, bekerja secara kendiri tetapi tetap mahir dalam kerjasama berpasukan.
  • Tinggi dalam nilai motivasi, penggerak diri, cekap dalam pengurusan masa dan kemahiran organisasi.
  • Tahap komunikasi yang kukuh.

Cara Mohon Jawatan Kosong Kerani KWSP

  • Permohonan jawatan kosong Kerani KWSP diatas hendaklah melalui portal rasmi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di https://www.kwsp.gov.my/ atau pautan Mohon Jawatan Kerani KWSP yang yang telah disediakan dibawah.
  • Calon dikehendaki memuat naik resume yang lengkap (kelayakan akademik, pengalaman kerja, gaji semasa dan gaji yang dipohon, gambar berukuran passport serta salinan sijil-sijil berkaitan) semasa membuat permohonan.
  • Pemohon yang telah mendaftar dan memohon jawatan yang disenaraikan tidak perlu lagi memohon semula sekiranya tempoh permohonan masih sah.
  • Sebelum membuat permohonan sila pastikan anda login/register dan mengisi segala maklumat yang diminta dengan lengkap dan tepat.
  • Perlu diingatkan, hanya pemohon yang layak sahaja akan dipanggil ke temuduga. Sila lengkapkan dan kemaskini maklumat anda yang telah didaftarkan.
  • Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

Mohon Kerani KWSP

Penafian: Pihak kami bukan dari mana-mana agensi Kerajaan terlibat. Maklumat yang terdapat dalam portal kerjakini.com adalah sahih dan diolah dari sumber rasmi kerajaan dan sumber yang dipercayai untuk memudahkan proses permohonan.

Leave a Comment