Berita baik bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan. Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) kini membuka peluang kerjaya dengan mengumumkan pelbagai jawatan kosong yang menanti individu yang berkelayakan. Berikut dikongsikan maklumat Jawatan Kosong MQA 2024.
Maklumat Jawatan Kosong MQA
Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun ke atas pada tarikh tutup iklan jawatan dan berkelayakan bagi mengisi jawatan kosong MQA 2024 sebagaimana berikut:
Nama Jabatan: | Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) |
Penempatan: | Cyberjaya, Selangor |
Kelayakan: | SPM & Ijazah |
Taraf Jawatan: | Tetap & Kontrak |
Tarikh Tutup: | 15 April 2024 (Isnin) |
Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)
Agensi Kelayakan Malaysia atau Malaysian Qualifications Agency (MQA) telah ditubuhkan pada 1 November 2007 ekoran penguatkuasaan Akta Agensi Kelayakan Malaysia 2007 dan secara rasminya dilancarkan oleh YB Dato’ Mustapa Mohamed, Menteri Pengajian Tinggi pada 2 November 2007.
Peranan utama MQA adalah untuk melaksanakan Kerangka Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Framework, MQF) sebagai landasan sistem jaminan kualiti pengajian tinggi dan titik rujukan kriteria dan standard kelayakan kebangsaan. MQA berperanan sebagai badan tunggal yang menyelia dan menyelaras jaminan kualiti dan akreditasi pendidikan tinggi negara.
Senarai Jawatan Kosong MQA
- Pegawai Tadbir Gred N41
- Pegawai Tadbir Setara Gred N41
- Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41
- Pembantu Akauntan Gred W19
Syarat Asas Permohonan MQA
- Calon hendaklah warganegara Malaysia berusia tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup permohonan jawatan.
- Berkelayakan dan melepasi syarat-syarat pelantikan yang telah ditetapkan bagi setiap jawatan kosong MQA 2024 yang hendak dipohon, Sila baca pada lampiran yang kami telah sediakan seperti berikut.
Cara Mohon Jawatan Kosong MQA 2024
- Permohonan jawatan kosong MQA diatas hendaklah melalui portal rasmi Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) di https://www.mqa.gov.my/ atau pautan Senarai Jawatan MQA yang yang telah disediakan dibawah. Untuk pemohon kali pertama, anda perlu mendaftar akaun baru terlebih dahulu.
- Calon dikehendaki memuat naik resume yang lengkap (kelayakan akademik, pengalaman kerja, gaji semasa dan gaji yang dipohon, gambar berukuran passport serta salinan sijil-sijil berkaitan) semasa membuat permohonan.
- Pemohon yang telah mendaftar dan memohon jawatan yang disenaraikan tidak perlu lagi memohon semula sekiranya tempoh permohonan masih sah.
- Sebelum membuat permohonan sila pastikan anda login/register dan mengisi segala maklumat yang diminta dengan lengkap dan tepat.
- Perlu diingatkan, hanya pemohon yang layak sahaja akan dipanggil ke temuduga. Sila lengkapkan dan kemaskini maklumat anda yang telah didaftarkan.
- Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
Penafian: Pihak kami bukan dari mana-mana agensi Kerajaan terlibat. Maklumat yang terdapat dalam portal kerjakini.com adalah sahih dan diolah dari sumber rasmi kerajaan dan sumber yang dipercayai untuk memudahkan proses permohonan.