Berita Baik Tahun 2024! Kerajaan bersetuju untuk melanjutkan pemberian bantuan bil elektrik RM40 sebulan kepada isi rumah miskin tegar dengan peruntukan RM55 juta.
Perkara tersebut diumumkan oleh Perdana Menteri yang juga Menteri kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2024 lalu.
Teruskan membaca untuk info lanjut tentang bantuan bil elektrik RM40 sebulan ini.
Apa itu Bantuan Bil Elektrik RM40 Sebulan?
Bantuan Bil Elektrik RM40 merupakan bantuan kerajaan secara bersasar untuk membiayai bil elektrik bulanan sehingga maksimum RM40 kepada Ketua Isi Rumah (KIR) berstatus miskin tegar sahaja yang berdaftar dan disahkan dalam Sistem eKasih.
Pengguna yang layak akan menerima bil elektrik percuma sehingga maksimum RM40 setiap bulan.
Pemberian bantuan bil elektrik ini dapat membantu meringankan beban kewangan golongan berpendapatan rendah yang berstatus miskin tegar melalui pemberian rebat bil elektrik bulanan.
Kelayakan Bantuan Bil Elektrik RM40 Sebulan?
- Ketua Isi Rumah (KIR) di bawah kategori miskin tegar yang tersenarai dan disahkan dalam Sistem eKasih.
- Pendapatan bagi miskin tegar adalah berdasarkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) per isi rumah yang dikeluarkan oleh Kementerian Ekonomi.
Artikel Berkaitan :
Kriteria Bantuan Bil Elektrik RM40 Sebulan
- Pengguna-pengguna elektrik yang layak menerima bantuan rebat bil elektrik rm40 sebulan ialah KIR miskin tegar yang disenaraikan dan disahkan dalam Sistem eKasih.
- Penerima yang layak akan menerima rebat RM40 sehingga 31 Disember 2024.
- Rebat bil elektrik akan diberikan sehingga maksimum RM40 sebulan sahaja. Sekiranya bil kurang daripada RM40, tiada baki akan dibawa ke bulan berikutnya dan jika bil melebihi RM40, penerima perlu membayar baki tersebut.
- Hanya satu akaun bil elektrik sahaja layak untuk menerima rebat bagi setiap KIR miskin tegar yang berdaftar dan disahkan dalam sistem eKasih.
- Rebat RM40 hanya terpakai kepada Tarif A (Domestik) sahaja.
- Rebat RM40 termasuk semua jenis caj (contohnya penalti lewat bayar).
- Rebat RM40 tidak termasuk tunggakan bil sebelum tarikh KIR mengemas kini maklumat akaun elektrik.
- Rebat RM40 hanya terpakai bagi tunggakan pada satu tahun sebelumnya sahaja (bagi tahun 2024, hanya tunggakan bermula 31 Januari 2023 hingga 31 Disember 2023 sahaja).
- Rebat RM40 tidak terpakai bagi tunggakan semasa tempoh KIR layak terkeluar dari senarai layak menerima rebat dan juga tunggakan dari tahun sebelumnya (sekiranya KIR masuk semula di dalam senarai layak menerima rebat).
- Pengguna boleh memilih untuk menukar nombor akaun elektrik yang akan menerima rebat dari semasa ke semasa dengan merujuk terus kepada cawangan utiliti berdekatan untuk mengemas kini nombor akaun.
- Bil elektrik sehingga RM40 sebulan akan ditolak terus daripada akaun pengguna.
Cara Pembayaran Bantuan Bil Elektrik RM40 Sebulan
Bantuan sehingga RM40 akan diterima oleh KIR dan akan ditolak terus dalam bil elektrik selepas mengambil kira semua jenis caj.
Sila segera ke Cawangan TNB, SESB atau SEB yang terdekat untuk mengemaskini nombor akaun bil elektrik sekiranya layak.
Bagaimana Jika Bil Elektrik Lebih atau Kurang Dari RM40 Sebulan?
Sekiranya bil elektrik melebihi RM40 sebulan, pengguna hanya perlu membayar baki bil elektrik sahaja.
Kaedah | Bil Elektrik Bulanan Sebelum Rebat (RM) | Ditolak Rebat (RM) | Baki Bayaran Oleh Pengguna (RM) |
---|---|---|---|
Contoh 1 | 64.90 | (40.00) | 24.90 |
Contoh 2 | 42.90 | (40.00) | 2.50 |
Sekiranya bil elektrik kurang RM40 sebulan, pengguna akan menerima rebat berdasarkan amaun sebenar bil elektrik.
Kaedah | Bil Elektrik Bulanan Sebelum Rebat (RM) | Ditolak Rebat (RM) | Baki Bayaran Oleh Pengguna (RM) |
---|---|---|---|
Contoh 1 | 38.50 | (38.50) | 0.00 |
Contoh 2 | 24.80 | (24.80) | 0.00 |
Semakan Bantuan Bil Elektrik RM40 Sebulan 2024
Semakan Bantuan Bil Elektrik RM40 Sebulan boleh dibuat melalui Portal Semakan Rebat Bil Elektrik melalui laman sesawang rasmi Kementerian Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam iaitu: https://semakanrebat.nrecc.gov.my/.
Borang Bantuan Bil Elektrik RM40 Sebulan 2024
Borang-Bantuan-Bil-Elektrik-RM40-Sebulan-2024Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, pengguna boleh menghubungi talian hotline MyGCC, Tenaga Nasional Berhad (TNB), Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB) dan Sarawak Energy Berhad (SEB) jika memerlukan penjelasan lanjut mengenai program ini.
MyGCG : 03-8000 8000
Tenaga Nasional Berhad (TNB) : 1-300-88-5454
Sabah Electricity (SESB) : 088-515000 15454
Sarawak Energy Berhad (SEB) : 1-300-88-3111