Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun ke atas pada tarikh tutup iklan jawatan dan berkelayakan bagi mengisi Jawatan Kosong Tenaga Nasional Berhad 2024 sebagaimana berikut:
Permohonan Jawatan Tenaga Nasional Berhad 2024
Nama Majikan: | Tenaga Nasional Berhad (TNB) |
Penempatan: | Kuala Lumpur |
Kelayakan: | Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) |
Taraf Jawatan: | Dua (2) Tahun Kontrak |
Tarikh Tutup: | 21 Januari 2024 (Ahad) |
Jawatan Ditawarkan Tenaga Nasional Berhad 2024
- Pembantu Tadbir (Imam)
Lihat Juga:
Syarat Kelayakan
- Warganegara Malaysia (Bukan dari kalangan Warga Kerja TNB atau Anak – Anak Syarikat TNB)
- Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Diploma Pentadbiran / Diploma Tahfiz Al-Quran (Pengajian Islam) atau Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau Sijil Tinggi Agama Islam Malaysia (STAM) atau kelayakan setaraf dengannya yang diiktiraf oleh kerajaan (Malaysian Qualifications Agency (MQA) atau Syahadah Tahfiz dari Mahad Tahfiz Al-Quran
- Berumur tidak melebihi 30 tahun pada tarikh tutup iklan.
- Mempunyai tahap kesihatan yang baik serta tidak menghidap sebarang penyakit kronik.
- Boleh bekerja secara bersendirian atau dalam satu pasukan.
- Sekurang-kurangnya 3 tahun pengalaman kerja sebagai Imam / Bilal.
Syarat Tambahan
- Jawatan Tenaga Nasional Berhad 2024 ini memerlukan calon yang berkebolehan untuk menjadi Imam, Bilal, menyampaikan tazkirah sekiranya diperlukan dan boleh mengetuai bacaan yasin dalam majlis-majlis korporat, termasuk juga menyediakan dan mambaca doa.
- Berkebolehan dalam membaca ayat-ayat Al-Quran dengan tajwid yang betul berserta tarannum.
- Mempunyai kemahiran dalam penggunaan komputer dan penyediaan bahan-bahan komunikasi seperti menyunting video dan penyediaan slide perbentangan.
- Selain mempunyai pengetahuan agama yang luas, calon berupaya menguruskan hal hal Pentadbiran pejabat dan surat-menyurat, serta berpengalaman dalam menguruskan majlis-majlis keagamaan.
Jadual Gaji & Elaun
Gaji Tetap (Pembantu Tadbir/Imam) | RM1,600.00 – RM3,400.00 |
Elaun Elektrik | RM85.00 |
Cara Mohon Jawatan Tenaga Nasional Berhad 2024
- Permohonan Jawatan Kosong Tenaga Nasional Berhad 2024 diatas hendaklah dibuat secara online melalui portal rasmi Pengambilan TNB https://jobs.tnb.com.my/ atau pautan Mohon Jawatan TNB yang yang telah disediakan dibawah. Untuk pemohon kali pertama, anda perlu mendaftar akaun baru terlebih dahulu.
- Calon dikehendaki memuat naik resume yang lengkap (kelayakan akademik, pengalaman kerja, gaji semasa dan gaji yang dipohon, gambar berukuran passport serta salinan sijil-sijil berkaitan) semasa membuat permohonan.
- Pemohon yang telah mendaftar dan memohon jawatan yang disenaraikan tidak perlu lagi memohon semula sekiranya tempoh permohonan masih sah.
- Sebelum membuat permohonan sila pastikan anda login/register dan mengisi segala maklumat yang diminta dengan lengkap dan tepat.
- Perlu diingatkan, hanya pemohon yang layak sahaja akan dipanggil ke temuduga. Sila lengkapkan dan kemaskini maklumat anda yang telah didaftarkan.
- Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
Penafian: Pihak kami bukan dari mana-mana agensi Kerajaan terlibat. Maklumat yang terdapat dalam portal kerjakini.com adalah sahih dan diolah dari sumber rasmi kerajaan dan sumber yang dipercayai untuk memudahkan proses permohonan.