Permohonan adalah dipelawa daripada kakitangan Majlis Perbandaran Klang (MPK)/ warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan bagi mengisi kekosongan jawatan-jawatan seperti berikut di Majlis Perbandaran Klang (MPK). Keutamaan akan diberi kepada rakyat DYMM Sultan Selangor Darul Ehsan.
Maklumat Jawatan Majlis Perbandaran Klang
Nama Majikan | Majlis Perbandaran Klang (MPK) |
Penempatan | Negeri Selangor Darul Ehsan |
Kelayakan | PMR/ PT3/ SPM/ Diploma/ Ijazah |
Taraf Jawatan | Kontrak |
Tarikh Tutup | 31 Januari 2024 (Rabu) |
Majlis Perbandaran Klang
Latar Belakang
Penguasa Tempatan Klang telah ditubuhkan pada bulan Mei 1890 yang ketika itu dikenali sebagai Lembaga Kesihatan Klang untuk mentadbirkan Bandar Klang. Sempadan rasmi telah ditetapkan pada tahun 1895 manakala pada tahun 1926 kawasannya telah digabungkan dengan Port Swettenham dan pada bulan Disember 1945 telah diubah menjadi Lembaga Bandaran Klang.
Perubahan dalam pentadbiran seterusnya berlaku apabila terbentuknya Majlis Bandaran Klang pada tahun 1954. Dengan sistem pentadbiran ini Klang membangun dengan pesatnya sehingga pada tahun 1971 apabila Pelabuhan Klang, Kapar dan Meru telah dirangkumkan menjadi Majlis Daerah Klang.
Dengan berkuatkuasanya Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) dan penyusunan semua penguasa tempatan, Majlis Daerah Klang telah dinaikkan ke taraf yang ada sekarang iaitu Majlis Perbandaran Klang (MPK) pada 1 Januari, 1977.
Tahun | Pentadbiran |
---|---|
1890 | Lembaga Kesihatan Klang |
1945 | Lembaga Bandaran Klang |
1954 | Majlis Bandaran Klang |
1975 | Majlis Daerah Klang |
1977 hingga kini | Majlis Perbandaran Klang |
Jawatan Ditawarkan
- Arkitek Landskap Gred J41
- Penolong Arkitek Landskap Gred JA29
- Penolong Pegawai Perancang Bandar dan Desa Gred JA29
- Penolong Pegawai Seni Bina Gred JA29
- Penolong Jurutera Gred JA29
- Penolong Juruukur Bahan Gred JA29
- Penolong Pegawai Tadbir Gred N29
- Penolong Pegawai Keselamatan Gred KP29
- Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19
- Pembantu Tadbir (Pengawas) Gred N19
- Pembantu Keselamatan Gred KP19
- Ahli Muzik Gred B19
- Pembantu Awam Gred H11
Syarat Asas Permohonan
- Calon hendaklah warganegara Malaysia berusia tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup permohonan jawatan.
- Berkelayakan dan melepasi syarat-syarat pelantikan yang telah ditetapkan bagi jawatan kosong 2024 Majlis Perbandaran Klang (MPK) yang hendak dipohon, Sila baca pada lampiran yang kami telah sediakan seperti berikut.
Cara Mohon Majlis Perbandaran Klang
- Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Klang 2024 diatas hendaklah dibuat secara online melalui portal rasmi Majlis Perbandaran Klang (MPK) https://www.mpklang.gov.my/ atau pautan Senarai Jawatan Majlis Perbandaran Klang yang yang telah disediakan dibawah. Untuk pemohon kali pertama, anda perlu mendaftar akaun baru terlebih dahulu.
- Permohonan melalui Sistem Pengurusan Sumber Manusia (SPSM) hendaklah disertakan dengan muat naik gambar berukuran passport dan salinan-salinan sijil kelahiran, kad pengenalan, sijil persekolahan, kelulusan akademik yang berkaitan dan hendaklah disahkan terlebih dahulu oleh Wakil Rakyat/ Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Profesional/ Pengetua/ Guru Besar/ Penghulu/ Ketua Kampung sebelum muat naik dalam sistem mengikut format PDF (tidak melebihi 1.2 MB).
- Pegawai yang sedang berkhidmat hendaklah mengemukakan borang permohonan melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat Dan Penamatan Perkhidmatan) 2012 dan menyertakan bersama-sama Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini dan Laporan Penilaian Prestasi (LNPT) yang telah diakui sah.
- Permohonan yang lewat diterima dan tidak mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan tidak layak dan tidak akan dipertimbangkan.
- Pemohon yang telah mendaftar dan memohon jawatan yang disenaraikan tidak perlu lagi memohon semula sekiranya tempoh permohonan masih sah.
- Sebelum membuat permohonan sila pastikan anda login/register dan mengisi segala maklumat yang diminta dengan lengkap dan tepat.
- Perlu diingatkan, hanya pemohon yang layak sahaja akan dipanggil ke temuduga. Sila lengkapkan dan kemaskini maklumat anda yang telah didaftarkan.
- Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
Senarai Jawatan Majlis Perbandaran Klang
Penafian:Pihak kami bukan dari mana-mana agensi Kerajaan terlibat. Maklumat yang terdapat dalam portal kerjakini.com adalah sahih dan diolah dari sumber rasmi kerajaan dan sumber yang dipercayai untuk memudahkan proses permohonan.