Terkini, MyFutureJobs buka lebih 3,512 Kekosongan baru Personel MySTEP di pelbagai Kementerian dan Jabatan Kerajaan. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun ke atas pada tarikh tutup iklan jawatan dan berkelayakan bagi mengisi Jawatan Kosong MySTEP seperti berikut:
Maklumat Permohonan
Nama Majikan | Pelbagai Kementerian dan Jabatan |
Penempatan | Seluruh Malaysia |
Kelayakan | SPM/ Diploma/ Ijazah |
Taraf Jawatan | Personel MySTEP |
Tarikh Tutup | Rujuk Lampiran Dibawah |
Senarai Jawatan Kosong MySTEP
- Personel MySTEP Gred 41 (Setaraf Ijazah dan keatas)
- Personel MySTEP Gred 29 (Setaraf Diploma)
- Personel MySTEP Gred 19 (Setaraf SPM)
Syarat Asas Permohonan MySTEP
- Calon hendaklah warganegara Malaysia berusia tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup permohonan jawatan.
- Berkelayakan dan melepasi syarat-syarat pelantikan yang telah ditetapkan bagi setiap jawatan yang hendak dipohon, Sila baca maklumat lanjut Permohonan dan Syarat Kelayakan Jawatan Kosong MySTEP yang kami telah sediakan.

Kelebihan Jawatan Kosong MySTEP
- Kadar Gaji Lumayan
- Manfaat Caruman Perkeso
- Manfaat Caruman KWSP
- Kemudahan Cuti Rehat
- Kemudahan Cuti Sakit
Cara Mohon Jawatan Kosong MySTEP di MYFutureJobs
- Permohonan jawatan diatas hendaklah melalui portal rasmi MYFutureJobs https://www.myfuturejobs.gov.my/ pautan Senarai Jawatan MySTEP yang yang telah disediakan dibawah. Untuk pemohon kali pertama, anda perlu mendaftar akaun baru terlebih dahulu.
- Calon dikehendaki memuat naik resume yang lengkap (kelayakan akademik, pengalaman kerja, gaji semasa dan gaji yang dipohon, gambar berukuran passport serta salinan sijil-sijil berkaitan) semasa membuat permohonan.
- Pemohon yang telah mendaftar dan memohon jawatan yang disenaraikan tidak perlu lagi memohon semula sekiranya tempoh permohonan masih sah.
- Sebelum membuat permohonan sila pastikan anda login/register dan mengisi segala maklumat yang diminta dengan lengkap dan tepat.
- Perlu diingatkan, hanya pemohon yang layak sahaja akan dipanggil ke temuduga. Sila lengkapkan dan kemaskini maklumat anda yang telah didaftarkan.
- Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.