Sumbangan Asas Rahmah 2024 (SARA)

Kementerian Kewangan Malaysia telah mengumumkan bahawa Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan diberikan kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berstatus miskin tegar.

Penerima yang layak dikenalpasti berdasarkan data Miskin Tegar eKasih dan berstatus lulus Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah layak untuk memohon bantuan Sumbangan Asas Rahmah 2024.

Penerima yang layak akan menerima RM100 setiap bulan secara automatik melalui Kad Pengenalan (MyKad) bagi tempoh 12 bulan. Barangan makanan keperluan asas daripada kategori yang diluluskan boleh dibeli menggunakan Kad Pengenalan (MyKad) penerima di pasar raya/kedai runcit terpilih seluruh negara.

Apakah Sumbangan Asas Rahmah 2024 (SARA)

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) adalah sumbangan tambahan kepada penerima STR dalam kategori miskin tegar berdasarkan data eKasih. Ia boleh digunakan untuk pembelian barangan keperluan makanan asas di pasaraya / kedai runcit terpilih seluruh negara dengan menggunakan MyKad.

Dalam Belanjawan 2024, bantuan ini diluaskan kepada 700,000 penerima STR dengan bayaran RM100 sebulan untuk 12 bulan melalui langkah yang sama iaitu melalui MyKad.

Syarat Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah 2024 (SARA)

Kelayakan SARA adalah terhad kepada mereka yang memenuhi semua kriteria seperti di bawah:

  • Warganegara Malaysia; dan
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar eKasih dalam rekod data Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM)
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah 2024 (STR) kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan.

Jumlah Bantuan Sumbangan Asas Rahmah 2024 (SARA)

Dua (2) kategori baharu diperkenalkan iaitu isi rumah miskin dan miskin tegar di bawah data e-Kasib dan JKM, dan sebagai contoh, kategori ini layak menerima RM100 sebulan selama 12 bulan di bawah Program SARA mulai Januari serta juga layak mendapat STR hingga RM2500 (bergantung kepada bilangan anak).

Setiap penerima yang dikenal pasti layak SARA 2024 akan menerima sumbangan mengikut kategori STR seperti berikut:

Kategori SARA 2024Kadar Bantuan
STR Miskin TegarRM1,200
STR MiskinRM1,200
STR Isi RumahRM300
STR BujangRM150
Kategori Baharu berdasarkan data e-Kasih dan JKM

Semakan Status Kelayakan SARA 2024

Semua penerima SARA yang layak akan menerima surat lulus STR 2024 bersekali kelayakan SARA di alamat berdaftar dalam permohonan STR. Selain itu, semakan kelayakan SARA boleh dibuat melalui kaedah berikut:

Sistem Pesanan Ringkas (SMS)

Penerima SARA yang layak akan menerima maklumat melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) / aplikasi WhatsApp daripada MyKasih untuk mengesahkan status mereka sebagai penerima di bawah program ini, berserta tarikh dan masa untuk sesi taklimat orientasi di kedai runcit yang terdekat.

Semakan Terus Melalui Portal Rasmi MyKasih

Semakan terus melalui portal rasmi – Portal rasmi STR di pautan Laman Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) https://bantuantunai.hasil.gov.my di bahagian menu “Semakan Permohonan” ataupun portal rasmi MyKasih https://www.mykasih.com.my (untuk penerima dari Semenanjung Malaysia)

Cara Semakan Status di Portal MyKasih

  1. Layari portal semakan di portal MyKasih : https://apps.mykasih.net:8443/mkmember/Redang/Recip/CheckStatus.aspx?lang=
  2. Pada bahagian atas paparan sila klik pada semak status bantuan, sila klik butang SEMAK STATUS
  3. Masukkan nombor Kad Pengenalan anda tanpa (-). Contoh : 85XXXXXXXXXX
  4. Kemudian sila masukkan captcha yang betul berdasarkan imej yang diberi.
  5. Tekan pada butang Semak Status untuk semakan.
  6. Jika status anda tidak layak, tiada rekod akan dipaparkan.

Hubungi Hotline LHDN

Hubungi: LHDN di talian 1-800-88-2747 (waktu operasi: 9:00 pagi – 5:00 petang); atau MOF di talian 03-8882 4565/8882 4566 (waktu operasi: 9:00 pagi – 5:00 petang); atau MyKasih (untuk penerima dari Semenanjung Malaysia) di talian 03-7720 1800 (waktu operasi: 9:00 pagi – 5:00 petang)

Cara Bantuan SARA 2024 Disalurkan

Setelah penerima daripada alamat Semenanjung Malaysia diluluskan dan didaftarkan ke SARA, akaun akan dibuka berdasarkan MyKad penerima dalam sistem MyKasih di mana elaun perbelanjaan akan disimpan.

Penerima akan menerima elaun bulanan sebanyak RM100 selama 12 bulan melalui MyKad mereka untuk membeli barang makanan asas terpilih.

Pasar raya / kedai runcit yang mengambil bahagian dalam program SARA akan mempunyai infrastruktur sistem pembayaran MyKasih di dalam premis mereka di mana penerima dapat membuat pembayaran menggunakan MyKad.

Cara Membeli Barangan Bantuan Makanan SARA 2024

  • Pilih Barangan Keperluan – Penerima bantuan boleh membeli barangan keperluan berdasarkan 10 kategori makanan yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga.
  • Tunjuk MyKad Untuk Pengesahan – Juruwang menyemak status MyKad penerima bantuan.
  • Imbas Kod Barangan – Juruwang mengimbas setiap barang keperluan makanan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
  • Bayar Menggunakan MyKad – Penerima bantuan memasukkan nombot pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian
  • Simpan Resit Untuk Semakan – Penerima bantuan menyimpan resit untuk menyemak transaksi pembelian.

10 Kategori Makanan Yang Boleh Dibeli Dengan Bantuan SARA 2024

Penerima Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) boleh membeli barangan runcit asas daripada 10 kategori produk yang diluluskan iaitu:

  • Beras
  • Roti
  • Telur
  • Minyak Masak
  • Tepung
  • Biskut
  • Mi Segera
  • Minuman (Contoh: Susu, Milo, Teh, Nescafe)
  • Makanan dalam Tin (Contoh: Sardin)
  • Bahan Perasa (Contoh: Sos, Kicap, Gula, Garam)

Senarai Kedai & Pasaraya MyKasih di Semenanjung Malaysia

MyKasih mempunyai lebih daripada 600 rakan runcit di seluruh negara termasuk Mydin, Giant, Econsave, The Store, Pacific, Milimewa, 99 Speedmart, Lotus Stores (Tesco), serta pasaraya dan pasar mini bebas.

Semakan senarai pasaraya dan kedai runcit MyKasih bagi pembelian atau tuntuan Bantuan SARA boleh dibuat melalui pautan berikut:

Senarai Pasaraya dan Kedai Runcit Terlibat Mengikut Negeri

  • Klik Negeri – Pilih Negeri (Contoh: Selangor)
  • Taip Daerah (Contoh: Puchong)

Bilakah Bantuan SARA 2024 Akan Disalurkan Kepada Penerima?

Penerima akan menerima elaun bulanan sebanyak RM100 selama 12 bulan melalui MyKad mereka untuk membeli barang makanan asas terpilih. Pembayaran pertama tahun 2024 akan dikemaskini dari masa ke semasa.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut berkenaan SARA bagi penerima daripada Semenanjung Malaysia boleh didapati di:

Leave a Comment