Program MyLesen B2 Tahun 2024
Program MyLesen B2 adalah sebuah program anjuran Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) bersama Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) bertujuan bagi memperkasa 35,000 orang penerima (atau tanggungan) bantuan golongan B40 bagi mendapatkan Lesen Memandu Malaysia Kelas B2 percuma serta membuka peluang untuk mempertingkatkan taraf sosioekonomi dan pendapatan isi rumah melalui peluang pekerjaan dalam sektor ekonomi gig.
Program ini adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak Kerajaan termasuklah kos ujian dan latihan untuk mendapatkan Lesen Memandu Malaysia Kelas B2 (Motosikal tidak melebihi 250 c.c.).
Tujuan Program Lesen Percuma 2024
- Membantu golongan kurang berkemampuan untuk mendapatkan Lesen Memandu Kelas B2 (Motosikal).
- Meningkatkan keselamatan jalan raya melalui pemilikan Lesen Memandu.
- Menggalakkan dan memupuk masyarakat untuk memandu kenderaan secara sah di sisi undang-undang serta melahirkan penunggang motosikal yang kompeten.
Syarat Lesen Percuma 2024
- Warganegara Malaysia
- Berumur 16 Tahun dan Ke Atas
- Terbuka Kepada Golongan B40 dan Tanggungan
- Sihat Fizikal Dan Mental
- Belum Memiliki Sebarang Lesen Memandu
- Bebas Senarai Hitam Mahkamah, JPJ dan PDRM
Baca Juga : Sumbangan Tunai Rahmah (STR 2024)
Baca Juga : Bantuan Awal Persekolahan (BAP 2024)
Permohonan Lesen Percuma 2024
Permohonan hendaklah dibuat melaui pautan google form berikut https://forms.gle/6sSmmYvcDWYegrB4A atau scan QR code dibawah.
Lihat Juga: Cara Renew Lesen & Roadtax Digital Melalui MyJPJ
Tarikh Berlangsung Program MyLesen B2
Program akan berlangsung bermula Febuari 2024 sehingga Oktober 2024.
Tarikh Tutup Permohonan MyLesen 2024
Tarikh tutup penyertaan Program MyLesen B2 Tahun 2024 adalah sehingga kuota penyertaan dipenuhi.
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan berhubung pelaksanaan Program MyLesen B2 Tahun 2024 boleh dikemukakan kepada mylesenb2@jpj.gov.my atau 03 – 8892 8714/8693
Soalan Lazim (FAQ)
Apakah Program MyLesen B2 Tahun 2024?
Program MyLesen B2 Tahun 2024 adalah satu inisiatif Kerajaan bagi memperkasa 35,000 orang penerima (atau tanggungan) bantuan golongan B40 bagi mendapatkan Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2.
Apakah kelas lesen yang ditawarkan di bawah Program MyLesen B2 Tahun 2024?
Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2 (Motosikal tidak melebihi 250 c.c.)
Dimanakah calon boleh membuat pendaftaran bagi Program MyLesen B2 Tahun 2024?
Pendaftaran peserta boleh dibuat melalui pautan seperti berikut: https://forms.gle/6sSmmYvcDWYegrB4A
Apakah syarat kelayakan bagi permohonan Lesen Percuma 2024?
Syarat-syarat Peserta:
- Warganegara Malaysia;
- Berumur 16 tahun dan ke atas;
- Terbuka kepada golongan B40 dan tanggungan;
- Sihat fizikal dan mental;
- Bebas senarai hitam mahkamah, JPJ atau PDRM; dan
- Belum memiliki sebarang lesen memandu.
Berapakah bayaran bagi Lesen Percuma 2024?
Tiada bayaran akan dikenakan kerana kos latihan dan ujian (termasuk ulangan) adalah dibiayai sepenuhnya oleh pihak Kerajaan.
Berapa lamakah tempoh masa yang diperlukan untuk menjalani latihan dan ujian memandu bagi Program MyLesen B2 Tahun 2024?
Peserta perlu menjalani kesemua modul kursus, latihan dan ujian memandu mengikut tempoh masa dan prosedur yang telah ditetapkan oleh JPJ sebelum Lesen Memandu Malaysia dikeluarkan seperti berikut:
KELAS LESEN | MASA |
B2 | • Kursus Teori (6 Jam) • Ujian Bertulis (1 Jam) • Latihan Praktikal Di Litar (9.5 Jam) • Latihan Praktikal Di Jalan Raya (6 Jam) • Pra Ujian (30 Minit) • Ujian JPJ |
Di manakah lokasi latihan dan ujian memandu bagi memperoleh Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2?
Peserta perlu mengikuti kursus, latihan dan ujian di Institut Memandu yang telah ditetapkan oleh JPJ sahaja.
Penempatan lokasi latihan dan ujian akan ditetapkan berdasarkan lokasi terhampir dengan pilihan peserta.
Apakah yang menyebabkan peserta dikeluarkan daripada menyertai Program MyLesen B2 Tahun 2024?
Apabila peserta gagal untuk menamatkan Program sebelum tempoh yang telah ditetapkan iaitu November 2024
Bilakah tarikh tutup Lesen Memandu Percuma 2024 ?
Tarikh tutup adalah sehingga kuota penyertaan dipenuhi.
permohonan lesen percuma
Saya nk cuba
Saya B40 pls
Saya nak lesan percuma pls saya B40
ingin mendaftar permohonan lesen percuma
Macam mana apply
semoga saya lulus dengan ujian
Mudah mudahan Saya dapat Saya dh lama Saya nk ambil tapi saya tak dapat nak ambil sebab x mampu
.
Saya nak lesan percuma pls saya B40 pls 🙏
Saya perlukan lesen percuma b40
Saya dari golongan kategori B40 ingin mendaftar utk lesen memandu percuma.
I need license for free❤️helped me.
Please help me B40
Please Pemohonan lesen percuma B40
assalam saya muhd haikal.Saya memerlukan lesen kerana ulang alik kerja dari kedah ke penang dalam pulau.Harapan saya supaya kerajaan dapat bantu saya dan ramai rakyat yg kurang pendapatan.
Saya perlukan lesen memandu percuma Dari program lesen memandu percuma
Ya, saya perlukan lesen memandu
Assalammualaikum saya ingin memohon lesen memandu motosikal saya dari golongan B40
Nak hantar birang ke mana?
Saya student dan saya perlukan lesen
Saya umur 18 thn sekarang,saya mahu buat lesen motor kerana senang saya bawa motor pergi sekolah/kerja
Harap² saya dapat lesen percuma
Please Sir,madam I need this lesen. Because of this I face it alone of consequences
Memohon lesen percuma
Bismillahirrahmanirrahim,semoga ada manis-manis
Saya berumur 52 tahun golongan B40, tak pernah memiliki lesen….
Memohon lesen percuma
Saya nak buat lesen kereta percuma pulang balik kerja
Saya memohon lesen memandu kereta until tujuan kerja.
Memohon lesen percuma
Saya memohon lesen motosikal dan juga kereta dengan tujuan pergi ke tempat kerja..harap diluluskan 😊
Saya memohon lesen motosikal dan juga kereta dengan tujuan pergi ke tempat kerja semoga lulus
I nees free license B40
i want have a license so after my biggest exam i can make money from grab food
saya nak ambil lesen moto dan kereta kerana saya perlu membawa datuk saya berulang alik ker hospital
Memohon lesen percuma
Pm saya betul² mau tu lesen
Bang saya mau lesen
Saya umur 17
Saya Dari Johor
Saya takda Saman
Boleh tolong saya untuk dapat lesen
assalamualaikum cik zul saya betul” nk lesen
Sy nk buat lesen moto dan kereta.sy tak penah buat lesen lagi.sy nk buat lesen senang pergi kje
Lesen memandu kereta boleh dapat ke encik?
Saya nak buat lesen percuma tu
saya nak ambek lesen moto untuk pergi ke sekolah dan kelas tambahan kerana orang tua saya ada masaalah kewangan dan sibuk
saya betul” nak lesen
Saya ingin lesen memandu kereta untuk tujuan berkerja dan golongan B40
saya mahu ambik lesen ini kerana ia memudahkan urusan saya kemana-mna dan memudahkan saya untuk ke sekolah dan ke pusat kelas tambahan.
Umur saya 17
Saya nk lesen moto/kereta
Senang nak pergi sekolah Gan hantar adik ii gi sekolah
Saya nak lesen motor supaya senang pergi ke sekolah atau kelas tambahan🙏🏻🙏🏻
Sayang mohon lesen motor supaya senang kerja
Saya nak lesen kereta supaya senang nak jalan sana sini
Saya mau lesen motor
Saya nak lesen percuma
Saya masih bersekolah dan saya ada b40 tidak mampu untuk mengambil lesen.
Saya adalah b40 dan masih bersekolah,saya tidak mampu untuk mengambil lesen memandu jadi saya mohon pada kerjaaan untuk lesen percuma ini