Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun ke atas pada tarikh tutup iklan jawatan dan berkelayakan bagi mengisi jawatan kosong di Tentera Udara Diraja Malaysia sebagaimana berikut:
Perajurit Muda (PJM) Udara TUDM Siri 68/24 (Lelaki)
Syarat Permohonan TUDM
Warganegara Malaysia
Berumur 18 tahun hingga tidak melebihi 25 tahun pada 15 Jun 2024.
Tidak berkahwin bagi calon wanita.
Penglihatan – Boleh melihat dengan jelas tanpa cermin mata atau kanta lekap dan tidak rabun warna.
Pendengaran – Tahap pendengaran yang baik tanpa alat bantuan pengdengaran
Memiliki tahap kecergasan jasmani yang tinggi.
Taraf kesihatan – sihat, tidak cacat anggota badan, tidak pernah mengalami kecederaan serius seperti patah tulang, tidak menghidap penyakit lelah, tidak mempunyai penyakit kronik dan tidak mempunyai penyakit keturunan.
Syarat Fizikal TUDM
Tinggi
Ukuran Tinggi Minima Lelaki 1.65 m
Ukuran Tinggi Minima Wanita 1.57 m
Berat
Berat Badan Minima Lelaki 49 kg
Berat Badan Minima Wanita 45 kg
Indeks Jisim Badan (BMI)
Indeks Jisim Badan Lelaki dan Wanita Diantara 18 hingga 25
Kelayakan Akademik
SPM – Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
SVM – Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan.
SKM TAHAP 2 – Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
SKM TAHAP 3 – Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
DIPLOMA KEJURUTERAAN – Diploma dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya.
Permohonan TUDM
Permohonan jawatan diatas hendaklah melalui pautan Permohonan Online yang boleh didapati melalui pautan yang telah disediakan dibawah atau dengan melayari https://kerjayadanpengambilantudm.mil.my/.
Daftar sebagai pemohon (bagi yang belum mempunyai akaun pemohon).
Log masuk ke bahagian pemohon.
Kemaskini maklumat peribadi, maklumat SPM/SVM, maklumat Sijil/Diploma dan maklumat sukan.
Isi borang permohonan pada tarikh yang ditetapkan dan pilih Pusat Pemilihan Awal yang berhampiran dengan anda.
Borang permohonan atas talian hanya dibuka mengikut tarikh yang telah ditetapkan.
Pemohon perlu membuat permohonan sebelum tarikh tutup permohonan.
Pemohon boleh membuat semakan permohonan melalui ruangan pemohon.
Pemohon yang berjaya perlu melaporkan diri ke Pusat Pemilihan Awal Perajurit Muda Udara mengikut pusat yang dipilih semasa memohon.