Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun ke atas pada tarikh tutup iklan jawatan dan berkelayakan bagi mengisi jawatan kosong SPA sebagaimana berikut:
Maklumat Permohonan
Nama Kementerian/Jabatan | Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia |
Lokasi Kekosongan | Seluruh Malaysia |
Taraf Jawatan | Tetap & Berpencen |
Kelayakan | Diploma & Ijazah |
Tarikh Tutup Permohonan | 26 Disember 2023 (Selasa) |
Jawatan SPA
- Pegawai Perikanan Gred G41
- Pegawai Veterinar Gred GV41
- Penolong Pegawai Tadbir Gred N29
Kerja Kosong MARA: Majlis Amanah Rakyat (MARA)
Kerja Kosong JKR: Jabatan Kerja Raya (JKR)
Syarat Asas Permohonan
- Calon hendaklah warganegara Malaysia berusia tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup permohonan jawatan.
- Berkelayakan dan melepasi syarat-syarat pelantikan yang telah ditetapkan bagi setiap jawatan kosong SPA yang hendak dipohon, Sila baca pada lampiran yang kami telah sediakan seperti berikut.
Permohonan Jawatan Kosong SPA
- Permohonan jawatan diatas hendaklah melalui pautan Permohonan Online yang boleh didapati melalui pautan yang telah disediakan dibawah. Untuk pemohon kali pertama, anda perlu mendaftar akaun baru terlebih dahulu.
- Calon dikehendaki memuat naik resume yang lengkap (kelayakan akademik, pengalaman kerja, gaji semasa dan gaji yang dipohon, gambar berukuran passport serta salinan sijil-sijil berkaitan) semasa membuat permohonan.
- Pemohon yang telah mendaftar dan memohon jawatan yang disenaraikan tidak perlu lagi memohon semula sekiranya tempoh permohonan masih sah.
- Sebelum membuat permohonan sila pastikan anda login/register dan mengisi segala maklumat yang diminta dengan lengkap dan tepat.
- Perlu diingatkan, hanya pemohon yang layak sahaja akan dipanggil ke temuduga.
- Sila lengkapkan dan kemaskini maklumat anda yang telah didaftarkan. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.