Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) adalah sebuah Badan Berkanun di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan Malaysia mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi jawatan berikut :
Maklumat Permohonan
Nama Majikan | Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) |
Lokasi Kekosongan | Rujuk Lampiran Dibawah |
Kelayakan | Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) |
Tarikh Tutup | 18 Disember 2023 (Isnin) |
Jawatan
- Tukang Masak Gred K1
Syarat Lantikan
- Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
- Warganegara Malaysia;
- Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
- Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
- Syarat kemasukan ini berbeza berbanding dengan syarat kemasukan (kelayakan) ke jawatan bertaraf tetap dan berbeza dalam perkhidmatan awam.
- Berkebolehan untuk memasak pelbagai menu:
- Masakan Kampung
- Masakan Barat
- Masakan Panas/ Ala Carte Dan Lain-lain
Bidang Tugas
- Bertanggungjawab menentukan kuantiti yang akan dimasak bersesuaian dengan pembeli untuk mengelak pembaziran dan menepati menu yang ditetapkan.
- Bertanggungjawab bagi penyediaan dan persiapan bahan-bahan tersebut dicuci bersih sebelum masak.
- Memasak makanan mengikut menu yang ditetapkan.
- Berkebolehan memasak pelbagai makanan contoh masakan kampung, masakan barat dan lain-lain.
- Bertanggungjawab dalam menyediakan makanan mengikut menu yang betul.
- Bertanggungjawab bagi menjaga dan menentukan kawasan dapur sentiasa kemas dan bersih pada setiap masa selepas memasak.
Permohonan Jawatan Kosong FAMA
- Permohonan hendaklah dibuat dalam Borang FAMA 1-08p.
- Permohonan hendaklah disertakan dengan salinan Kad Pengenalan, Sijil Kelahiran, Sijil SPM/SRP/PMR/PT3, Sijil Persekolahan yang telah disahkan dan lain-lain keterangan kelayakan yang disyaratkan.
- Semua permohonan hendaklah dinyatakan jawatan yang dipohon di sebelah kiri atas sampul surat.
- Permohonan hendaklah sampai kepada:
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Tingkat 2, Bangunan FAMA Point
Lot 17304, Jalan Persiaran 1
Bandar Baru Selayang
68100 batu Caves
Selangor
Borang Permohonan Jawatan FAMA