Cara Claim Bantuan eWallet RM100 Kerajaan Madani

cara tebus ewallet rm100 madani

Bantuan e-Wallet RM100 Madani

Bantuan eTunai RM100 adalah inisiatif terbaru yang diumumkan Kerajaan Perpaduan untuk golongan B40 dan M40 yang berpendapatan RM100,000 setahun dan kebawah.


emadani rm100 ewallet

Adakah anda layak untuk menebus kredit percuma e-Wallet Madani bernilai RM100? Jom kami kongsikan lebih lanjut bagi yang berminat untuk membuat penebusan eMadani melalui eWallet Touch n Go (TNG).

Syarat Pemberian Kredit e-Tunai RM100 Madani

Berikut merupakan syarat kelayakan yang ditetapkan untuk claim eWallet MADANI RM100 seperti di bawah :
  1. Warganegara Malaysia.
  2. Berumur 21 tahun dan ke atas pada tahun 2023.
  3. Jumlah pendapatan setahun tidak melebihi RM100,000.
  4. Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR).
  5. Dalam kategori B40 dan M40.
  6. Bukan penerima eBeliaRahmah.

Senarai Aplikasi e-Wallet RM100 Madani

Berikut merupakan senarai aplikasi terpilih untuk Claim e-Wallet RM100 seperti di bawah :
  • TNG e-Wallet
  • MAE (Maybank)
  • Boost
  • SETEL Petronas
  • Grab
  • Shopee

Cara Claim e-Wallet RM100 Madani 2023 TNG e-Wallet

Ikuti cara Claim bantuan e-Wallet MADANI RM100 seperti di bawah berikut :

  1. Buka aplikasi tersebut dan buat pendaftaran akaun sekiranya anda belum mendaftar.
  2. Kemudian, klik pada ikon [Ready to claim your eMADANI credit] pada halaman utama [HOME].
  3. Klik pada butang [Claim Now].
  4. Seterusnya buat pengesahan dengan menekan butang [VERIFY].
  5. Pilih ID Pengenalan [Nombor Kad Pengenalan].
  6. Muat naik gambar hadapan kad pengenalan anda.
  7. Seterusnya, masukkan gambar (Selfie) anda.
  8. Sila pastikan semua butiran anda tepat dan betul sebelum menekan butang [Continue].
  9. Isikan semua maklumat yang diperlukan dengan lengkap dan sah.
  10. Kemudian klik [Submit].
  11. Sekiranya berjaya, anda akan menerima notifikasi “eMadani Claim Approved!”.
  12. Anda akan menerima kredit RM100 di dalam aplikasi tersebut.
  13. Selesai.
emadani rm100

Tarikh Penebusan E-Wallet RM100 Madani

Kredit e-Wallet RM100 Madani boleh ditebus bermula 04 Disember 2023 sehingga 29 Februari 2024

Leave a Comment