Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun ke atas pada tarikh tutup iklan jawatan dan berkelayakan bagi mengisi jawatan kosong di Kementerian Pendidikan Malaysia sebagaimana berikut:-
MAKLUMAT PERMOHONAN
- Nama Majikan : Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
- Penempatan : Sekolah Rendah & Menengah Daerah Perak Tengah
- Kelayakan : Diploma/STPM/STAM dan ke atas
- Tempoh Bertugas : Tertakluk Kepada Kekosongan Guru Sekolah
- Tarikh Tutup Permohonan : 28 Februari 2023 (Sabtu)
JAWATAN
- Guru Ganti MySTEP
Syarat Asas Permohonan
- Calon hendaklah warganegara Malaysia berusia tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup permohonan jawatan.
- Berkelayakan dan melepasi syarat-syarat pelantikan yang telah ditetapkan bagi setiap jawatan yang hendak dipohon, Sila baca pada lampiran yang kami telah sediakan seperti berikut.
Cara Memohon
- Permohonan boleh dibuat dengan mengisi Borang Permohonan Guru Ganti yang boleh didapati di kauntan Pejabat Pendidikan Daerah Perak Tengah atau melalui pautan yang telah disediakan dibawah.
- Semua permohonan hendaklah disertakan dengan sekeping gambar berukuran passport, salinan kad pengenalan, salinan kelayakan akademik yang disahkan.
- Perlu diingatkan, hanya pemohon yang layak sahaja akan dipanggil ke temuduga. Sila lengkapkan dan kemaskini maklumat anda yang telah didaftarkan. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.