Permohonan Jawatan Kosong Terkini MAIWP

 Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun ke atas pada tarikh tutup iklan jawatan dan berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan di MAIWP sebagaimana berikut:-

jawatan kosong maiwp

MAKLUMAT PERMOHONAN

  • Nama Majikan : Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP)
  • Penempatan : Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
  • Kelayakan : PMR/PT3/SPM/Diploma/Ijazah
  • Tarikh Tutup Permohonan : 03 Disember 2022 (Sabtu)

JAWATAN

  1. Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S41
  2. Pegawai Tadbir Gred N41
  3. Akauntan Gred WA41
  4. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41
  5. Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S29
  6. Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam (Timbalan Ketua Imam) Gred S29
  7. Penolong Jurutera (Automotif) Gred J29
  8. Pereka Gred B29
  9. Penolong Pegawai Tadbir Gred N29
  10. Penolong Akauntan Gred W29
  11. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19
  12. Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W19
  13. Pembantu Hal Ehwal Islam Gred S19
  14. Pemandu Kenderaan Gred H11

Syarat Asas Permohonan 

  • Calon hendaklah warganegara Malaysia berusia tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup permohonan jawatan.
  • Berkelayakan dan melepasi syarat-syarat pelantikan yang telah ditetapkan bagi setiap jawatan yang hendak dipohon, Sila baca pada lampiran yang kami telah sediakan seperti berikut.

Cara Memohon

  • Permohonan jawatan diatas hendaklah melalui pautan Permohonan Online yang boleh didapati melalui pautan yang telah disediakan dibawah. Untuk pemohon kali pertama, anda perlu mendaftar akaun baru terlebih dahulu.
  • Calon dikehendaki memuat naik resume yang lengkap (kelayakan akademik, pengalaman kerja, gaji semasa dan gaji yang dipohon, gambar berukuran passport serta salinan sijil-sijil berkaitan) semasa membuat permohonan.
  • Pemohon yang telah mendaftar dan memohon jawatan yang disenaraikan tidak perlu lagi memohon semula sekiranya tempoh permohonan masih sah.
  • Sebelum membuat permohonan sila pastikan anda login/register dan mengisi segala maklumat yang diminta dengan lengkap dan tepat.
  • Perlu diingatkan, hanya pemohon yang layak sahaja akan dipanggil ke temuduga. Sila lengkapkan dan kemaskini maklumat anda yang telah didaftarkan. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

Leave a Comment