Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun ke atas pada tarikh tutup iklan jawatan dan berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan di Lembaga Pelabuhan Kemaman sebagaimana berikut:-
MAKLUMAT PERMOHONAN
- Nama Majikan : Lembaga Pelabuhan Kemaman Malaysia
- Penempatan : Negeri Terengganu Darul Iman
- Kelayakan : PMR/SPM/Diploma/Ijazah
- Tarikh Tutup Permohonan : 31 Julai 2022 (Ahad)
JAWATAN
- Pegawai Tadbir Gred N41
- Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41
- Jurutera Gred J41
- Akauntan Gred WA41
- Pegawai Laut Gred AL41
- Penguasa Bomba Gred KB41
- Penolong Jurutera Gred JA29
- Penolong Pegawai Tadbir Gred N29
- Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred FA29
- Penolong Penguasa Bomba Gred KB29
- Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W19
- Pemandu Kenderaan Gred H11
Syarat Asas Permohonan
- Calon hendaklah warganegara Malaysia berusia tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup permohonan jawatan.
- Berkelayakan dan melepasi syarat-syarat pelantikan yang telah ditetapkan bagi setiap jawatan yang hendak dipohon, Sila baca pada lampiran yang kami telah sediakan seperti berikut.