Apakah Program ePemula?
ePemula @ e-Start adalah sebuah Skim Transaksi Tanpa Tunai bagi memupuk budaya transaksi tanpa tunai di premis perniagaan.
Melalui program ini, sebanyak RM150 akan dikreditkan secara one-off ke dalam akaun e-dompet para belia berumur 18 hingga 20 tahun dan juga pelajar sepenuh masa di institusi pengajian tinggi.
Apakah e-Dompet @ e-Wallet Yang Terlibat?
Anda boleh tuntut/ claim bantuan ini melalui e-Wallet berikut, klik di link berikut :
Muat turun (download) aplikasi di atas melalui AppStore atau Google Play.
Verify akaun anda dan tebus bantuan tersebut.
Tarikh Permohonan ePemula 2022
Anda boleh mohon dan claim bantuan ini bermula pada 11 April 2022, pukul 8 pagi.
Tempoh Penebusan Kredit ePemula
Proses penebusan boleh dibuat bermula dari 11 April 2022 sehingga 1 Jun 2022 dan kredit tersebut boleh dibelanjakan sehingga 10 Jun 2022
Rujuk Soalan Lazim Program e-Start @ e-Pemula di bawah:
Apakah itu Program eStart @ e-Pemula?
Salah satu inisiatif yang telah diumumkan di bawah Belanjawan 2022 dan bertujuan meringankan beban kewangan selain menggalakkan perbelanjaan secara tanpa tunai di kalangan belia serta pelajar sepenuh masa di institut pengajian tinggi tempatan berdaftar.
Berapakah jumlah bantuan yang disediakan?
Setiap pemohon yang layak boleh menuntut RM150 dalam bentuk kredit e-tunai.
Siapa yang layak memohon?
Pelajar IPT yang mencapai umur 18 ke 20 tahun pada tahun 2022.
Bagaimana untuk memohon?
Permohonan boleh dibuat melalui aplikasi e-tunai berikut
- ShopeePay
- BigPay
- GrabPay
- Touch n Go eWallet
Bilakah tarikh penebusan / pelaksanaan Program ePemula?
Proses penebusan boleh dibuat bermula dari 11 April 2022 sehingga 1 Jun 2022 dan kredit tersebut boleh dibelanjakan sehingga 10 Jun 2022
Sila rujuk portal Manfaat 2022 untuk maklumat terkini : https://budget.mof.gov.my/manfaat/rakyat.html