Tarikh Pembayaran Fasa 1 Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) | Kategori Keluarga & Bujang

 Pembayaran BKM dijangkakan akan bermula pada 15 Mac 2022 dan akan dikreditkan secara berperingkat. (Tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa)

TARIKH BAYARAN FASA 1 BKM

Jadual Pembayaran Bantuan Keluarga Malaysia 2022

Pembayaran BKM akan terbahagi kepada 4 fasa dan berikut adalah maklumat dan jadual pembayaran tersebut:

Fasa 1

  • Dijangkakan 15 Mac 2022
  • Isi Rumah
  • Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan
  • Bujang

Fasa 2

  • Jun 2022
  • Isi Rumah
  • Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan

Fasa 3

  • September 2022
  • Isi Rumah
  • Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan
  • Bujang

Fasa 4

  • Disember 2022
  • Isi Rumah
  • Warga Emas Bujang/Tiada Pasangan

CARA MEMBUAT PERMOHONAN BKM

Data penerima BPR 2021, BKC B40 dan data pemohon BPR 2021 yang tidak lulus atas alasan menerima GKP akan dibawa secara automatik ke dalam sistem BKM untuk semakan kelayakan.

Namun begitu, permohonan baharu BKM perlu dibuat sekiranya tiada rekod dalam pangkalan data sedia ada LHDNM manakala bagi penerima sedia ada yang mempunyai sebarang perubahan maklumat, kemas kini hendaklah dibuat dalam tempoh yang ditetapkan.

Layari Laman Web BKM di https://bkm.hasil.gov.my/

TARIKH PERMOHONAN / PENGEMASKINIAN BKM

Permohonan baharu dan pengemaskinian maklumat boleh dibuat bermula 1 Januari 2022 – 31 Januari 2022. (Tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa)

MAKLUMAT LANJUT

Maklumat lanjut mengenai pembentangan bajet 2022 bolehlah melayari laman web Kementerian Kewangan Malaysia di https://budget.mof.gov.my/2022/

Leave a Comment