Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyatakan kerajaan telah membenarkan pengeluaran khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM10,000.
Setelah mendengar, mengkaji dan meneliti permintaan daripada semua pihak, kerajaan akhirnya bersetuju untuk membenarkan pengeluaran KWSP itu, lapor Awani.
Penjelasan akan dibuat oleh Kementerian Kewangan dan KWSP
Penjelasan lanjut mengenai pengeluaran khas ini akan dilakukan oleh Kementerian Kewangan dan KWSP.
Ismail Sabri menyatakan kerajaan terpaksa membuat keputusan yang sukar ini kerana KWSP melibatkan simpanan hari tua rakyat.
Pengeluaran ini juga merupakan jalan tengah untuk seimbangkan keperluan mendesak hari ini dan simpanan masa depan.
Semoga dengan kebenaran pengeluaran khas KWSP ini dapat meringankan beban rakyat buat masa ini.
Kredit: Awani