Cara Permohonan & Semakan Bantuan Keluarga Malaysia RM2,000 Untuk B40

Apakah Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) ?

Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) adalah bantuan tunai Kerajaan yang lebih bersasar kepada golongan yang memerlukan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat berpendapatan rendah.

Kelayakan

Siapakah yang layak menerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM)?

Pemohon layak menerima BKM sekiranya memenuhi kategori kelayakan seperti berikut:

i. Isi Rumah

  • Kahwin; atau
  • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
  • Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.

ii. Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan

  • Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
  • Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
  • Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.

iii. Bujang

  • Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
  • Had umur adalah 21-59 tahun; dan
  • Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
Rujuk ringkasan dalam jadual di bawah:
syarat kelayakan bantuan keluarga malaysia

Kadar Bayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Mengikut Kategori

Jumlah bayaran yang akan diterima adalah sebanyak RM2000 maksimum.
  • Pemberian bantuan tunai langsung secara bersasar:
  • Isi rumah (<RM2,500)*: RM1,000 – RM2,000
  • Isi rumah (RM2,501 – RM5,000)*: RM400 – RM800
  • Ibu/Bapa Tunggal (<RM5,000)*: RM500 tambahan
  • Warga Emas (<RM5,000)*: RM300 tambahan
  • Warga Emas Bujang/Tiada Pasangan (<RM5,000)*: RM600
  • Bujang (<RM2,500)*: RM350
*(Pendapatan Bulanan)

Sila rujuk jadual di bawah berdasarkan kategori kelayakan yang ditetapkan.
kadar bayaran
Kadar tambahan hanya diberikan kepada penerima isi rumah seperti berikut:
  • Tambahan RM500 kepada penerima kategori isi rumah berstatus Ibu Bapa Tunggal (IBT) yang mempunyai anak menepati syarat; atau
  • Tambahan RM300 kepada penerima kategori isi rumah berstatus Warga Emas yang mempunyai anak menepati syarat.

Cara Membuat Permohonan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM)

Data penerima BPR 2021, data penerima BKC B40 dan data pemohon BPR 2021 yang tidak lulus atas alasan menerima GKP akan dibawa secara automatik ke dalam sistem BKM untuk diverifikasi kelayakan.
Permohonan baharu BKM perlu dibuat sekiranya tiada rekod dalam pangkalan data sedia ada LHDNM manakala bagi penerima sedia ada yang mempunyai sebarang perubahan maklumat, kemas kini hendaklah dibuat dalam tempoh yang ditetapkan.

Semakan Status Bantuan Keluarga Malaysia (BKM)

Tempoh semakan status BKM belum lagi diumumkan oleh LHDN / Menteri Kewangan.
Tempoh pengemaskinian maklumat / permohonan baharu BKM boleh dibuat mulai 1 Januari 2022 – 31 Januari 2022 (1 bulan).
*Tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa.

Tarikh Bayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM)

Pembayaran Bantuan Keluarga Malaysia ini akan dilaksanakan 4 kali setahun.
Tarikh pembayaran pertama dijangka bermula pada bulan Mac 2022.

Kaedah Pembayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM)

Pembayaran BKM adalah seperti kaedah pembayaran BPR 2021 / BKC sebelum ini.

Maklumat Lanjut / FAQ Bantuan Keluarga Malaysia

Sumber : ecentral.my

Leave a Comment