Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun ke atas pada tarikh tutup iklan jawatan dan berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan di MBJB sebagaimana berikut:-
MAKLUMAT PERMOHONAN
- Nama Majikan : Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB)
- Lokasi Kekosongan : Negeri Johor Darul Takzim
- Kelayakan : SPM & Diploma
- Tarikh Tutup : 02 Jun 2021 (Rabu)
JAWATAN :
1. Penolong Jurutera Gred JA29
2. Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Gred U29
3. Penolong Juruaudit Gred W29
4. Pembantu Penguatkuasa Gred KP19
Untuk memohon lain-lain Jawatan (Mohon Disini)
Lihat Juga : Tarikh Bayaran Bantuan Prihatin Nasional (BPN)
Lihat Juga : Tarikh Bayaran Bantuan Sara Hidup (BSH)
Lihat Juga : Internet Percuma Setiap Hari Sepanjang Tempoh PKP
- Calon hendaklah warganegara Malaysia berusia tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup permohonan jawatan.
- Berkelayakan dan melepasi syarat-syarat pelantikan yang telah ditetapkan bagi setiap jawatan yang hendak dipohon, Sila baca pada lampiran yang kami telah sediakan seperti berikut.
Cara Memohon
- Permohonan jawatan diatas hendaklah melalui pautan Borang Permohonan Jawatan yang boleh didapati melalui pautan yang telah disediakan dibawah.
- Borang Permohonan berserta gambar terkini (berukuran passport) yang tidak dikembalikan dan salinan Kad Pengenalan, Sijil Kelahiran, Sijil Kelulusan Akademik, Sijil Berhenti Sekolah, Salinan Lesen Memandu sebagai dokumen tambahan serta dokumen sokongan yang berkaitan yang telah disahkan perlulah diserahkan kepada alamat seperti dibawah.
- Perlu diingatkan, hanya pemohon yang layak sahaja akan dipanggil ke temuduga. Sila lengkapkan dan kemaskini maklumat anda yang telah didaftarkan. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
DATUK BANDAR
MAJLIS BANDARAYA JOHOR BAHRU
MENARA MAJLIS BANDARAYA JOHOR BAHRU
NO. 1, JALAN LINGKARAN DALAM
BUKIT SENYUM
80300 JOHOR BAHRU