Perutusan Khas Pakej PRIHATIN PKS (Tambahan) oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, 6 April 2020 (Isnin)
- Sektor PKS sumbang lebih dua pertiga jumlah pekerjaan dalam negara dan hampir 40 peratus kepada ekonomi negara. – PM Muhyiddin
- PKS tunjang ekonomi negara, penting untuk pastikan ia mampan – Muhyiddin
- Libaturus IKS dengan MOF untuk cari penyelesaian masalah dihadapi – PM Muhyiddin
- Syarikat yang mempunyai 75 orang pekerja terima subsidi upah sebanyak RM1,200 setiap pekerja -PM Muhyiddin
- PM Muhyiddin umum pakej tambahan Prihatin bagi PKS berjumlah RM10 bilion
- PM umum Pakej PRIHATIN PKS (Tambahan) bernlai RM10 bilion sebagai manfaat tambahan kepada PKS
- 4.8 juta pekerja PKS dapat faedah tambahan Pakej Prihatin PKS – PM Muhyiddin
- Geran khas RM3,000 untuk setiap syarikat mikro, manfaatkan 700,000 PKS mikro berdaftar dengan LHDN – Muhyiddin
- Peruntukan program subsidi upah yang diumumkan sebelum ini dinaikkan kepada RM13.8 bilion daripada RM5.9 bilion – PM
- PM Muhyiddin seru organisasi pemberi pinjaman wang berdaftar yang sediakan kemudahan kredit untuk beri moratorium bayaran ansuran PKS selama 6 bulan
- Bagi syarikat ada pekerja sehingga 75 orang, syarikat akan terima subsidi upah RM1,200 bagi setiap pekerja – PM Muhyiddin
- Skim pinjaman mudah dipanjangkan kepada TEKUN Nasional – PM Muhyiddin
- Premis PKS menyewa di bangunan kerajaan dikecualikan sewa atau mendapat diskaun – PM Muhyiddin
- Levi 25 peratus untuk pekerja asing yang tamat tempoh bagi 1 April hingga 31 Dis – PM Muhyiddin
- Syarikat mempunyai 76-200 pekerja akan terima subsidi upah RM800 bagi setiap pekerja – PM Muhyiddin
- Portal khas IMSME untuk terima pinjaman PKS – PM Muhyiddin
- Kerajaan setuju beri moratorium secara automatik 30 hari dari tarikh terakhir PKP untuk syarikat kemuka dokumen berkanun kepada SSM – PM
- Pakej Prihatin PKS (Tambahan) bantu aliran tunai, daya tahan PKS – PM Muhyiddin
- Unit Laksana ditubuh di Kementerian Kewangan pastikan inisiatif Prihatin dan Prihatin Tambahan dilaksana dengan cepat, lancar – PM Muhyiddin
- Kerajaan beri jaminan telus dalam berbelanja dan semua perbelanjaan yang dilakukan berasaskan undang-undang – PM Muhyiddin
- Kerajaan akan bentang Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan di Parlimen kelak – PM Muhyiddin
- Kerajaan akan membentangkan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan untuk semua pakej rangsangan ekonomi yang telah diumumkan – PM
- Kerajaan akan pertimbang pelbagai inisiatif untuk meransang sektor ‘start-up’ dalam tempoh sukar ini – PM Muhyiddin
- Kerajaan akan meneruskan amalan kewangan berhemah dan disiplin fiskal yang tinggi demi memastikan keadaan kewangan negara terus kukuh dan terkawal – PM
- Peranan dan jasa petugas barisan hadapan sentiasa dihargai kerajaan – PM Muhyiddin
- Teruskan cekal, kuat dan bersemangat hadapi dugaan wabak COVID-19 – PM Muhyiddin