Cara Mudah Mohon Bantuan Prihatin Nasional (BPN) Bagi Pemohon Baru

Bagi yang dah semak status menunjukkan tidak ada rekod, boleh buat permohonan baru. Ikuti langkah-langkah mudah di bawah ni.

PERMOHONAN BARU BANTUAN PRIHATIN NASIONAL (BPN)

Klik link ini https://bsh.hasil.gov.my/ dan Klik Bantuan Prihatin Nasional

Masukkan No kad pengenalan di ruangan Semakan Status

Isi ruang kosong Captcha dan tekan butang “Semak”

Jika tiada rekod, klik pada butang “Permohonan Baru”

Isi butiran permohonan dengan lengkap (untuk butiran anak, masukkan anak yang masih kecil dan bersekolah sahaja).

Seterusnya pergi ke bahagian “Pengesahan” dan Sahkan Captcha.

Klik pada kotak kecil untuk pengakuan mengesahkan butiran yang dihantar.

Tekan pada butang “Hantar”

Siap. Mudah kan?
Siap. Mudah kan?

TIPS

  • Buat permohonan menggunakan laptop agar lebih cepat dan jelas (Guna Interner Explorer)
  • Masuk link BSH pada waktu pagi. Laju sikit, senang kerja
Selamat mencuba.

19 thoughts on “Cara Mudah Mohon Bantuan Prihatin Nasional (BPN) Bagi Pemohon Baru”

  1. assalamualaikum cik sya syasya..sama dengan kwan sya ,mula mula permohonan di terima ..sekarang dia check kena buat permohonan baru pulak ,dah lar line mcm siput…saya cadangkan kerajaan mintak buat options selsai kan hal ni ,masih ramai lagi tak berjaya….

    Reply
  2. Macam mana kalau bujang umur 57 tiada pekerjaan dan tiada pendapatan. Dulu pernah kerja dan ada fail income tax, tapi bila berhenti kerja fail pun sudah tutup. So layak ke untuk BPN? Terima kasih

    Reply
  3. Line LHDN sememangnya terlalu lambat apatah lagi musim begini, beratus ribu orang cuba login tiap masa. Kena banyak bersabar dan terus mencuba. Bagi yang telah diterima permohonan tu tak perlu semakan selalu, LHDN akan kemaskinikan secepat munkin. Firasat saya utk permohonan baru memang masih guna "manual vetting" bukan otomatik guna sistem komputer.
    Itu sebabnya sebangai rakyat bertanggung-jawab kita harus berdaftar dengan LHDN semasa bekerja dan juga zakat. Bila rekod kita sudah ada pada LHDN, tak perlu lagi nak que memohon. Selamat mencuba bagi yang belum berjaya.

    Reply
  4. Saya punya sudah diterima pemohonan yang dibuat 3 hari lalu. Blum dapat kata putus lulus lagi. Setiap kali saya saya login akan keluar pemohonan diterima.. kalau mcam tu sama ada dpat atau tidak yaa? Bila saya nak buat pemohonan baru tak boleh masok damt nama dengan mykad. Disitu boleh tekan masok umur dan dan selanjut nya sahaja.. kenapa ya gais 😞

    Reply
  5. Alhamdulilah . Walaupun saya xkemaskini brim tahun 2019. Bsh bujang mmg sy xdpt . Sbb xkemaskini . Tapi bila cek bpn . Alhamdulilah llus 800. Then pagi td dh masuk pun dlm acc sy .

    Reply
  6. Dah buat permohonan untuk anak Saya …..Ada nama permohonan diterima tapi di bawah permohonan di terima Ada tulis kemaskini permohonan .tu buat Saya sangat keliru yang mana satu bertul tentang permohonan itu.

    Reply

Leave a Comment