RAYUAN BPN TIDAK LULUS (sudah daftar)
Seperti Carian di atas, jika status semakan TIDAK LULUS anda layak untuk buat rayuan BPN.
Perkongsian langkah di bawah ialah hanya apabila anda sudah mendaftar dan boleh log masuk.
- Selepas buat semakan BPN seperti di atas, anda akan nampak paparan permohonan TIDAK LULUS
- Klik butang Permohonan Rayuan
- Paparan Permohonan Rayuan yang telah Berjaya dihantar akan dipaparkan
- Klik Papar Rayuan untuk melihat rayuan yang telah dihantar
RAYUAN BPN TIDAK LULUS (belum daftar)
Seperti Carian di atas, jika status semakan TIDAK LULUS anda dibenarkan dan layak untuk buat rayuan BPN.
Berbeza dengan mereka yang sudah mendafatar, perkongsian langkah di bawah ialah hanya apabila anda belum lagi mendaftar BPN. Ini bermakna anda belum ada ID Pengguna dan Kata Laluan untuk Log Masuk.
- Selepas buat semakan BPN seperti di atas, anda akan nampak paparan permohonan TIDAK LULUS
- Jika belum daftar ID Pengguna, anda perlu mendaftar terlebih dahulu
- Klik butang Daftar Akaun
- Jawab Soalan Keselamatan berdasarkan maklumat yang telah didaftarkan pada borang permohonan
- Hanya ada dua (2) soalan sahaja yang perlu dijawab
- Setelah berjaya menjawab Soalan Keselamatan tadi, anda dikehendaki memelih lima (5) soalan Frasa Keselamatan
- Kata Laluan juga perlu didaftarkan bagi urusan Log Masuk
- Kekuatan Kata Laluan ditentukan oleh warna
- Kata Laluan yang bagus dan sukar untuk digodam ialah yang berwarna hijau
- Selepas selesai pendaftaran akaun BPN, klik butang Log Masuk
- Masukkan ID Pengguna dan Kata Laluan yang didaftarkan
- Paparan Maklumat Pemohon dan Pengesahan akan dipaparkan
- Kemaskini Maklumat Pemohon jika ada
- Klik butang Permohonan Rayuan
- Paparan Permohonan Rayuan yang telah Berjaya dihantar akan dipaparkan
- Klik Papar Rayuan untuk melihat rayuan yang telah dihantar
Cara buat rayuan Bantuan Prihatin Nasional ini adalah untuk yang TIDAK LULUS sahaja. Semoga Berjaya!
Kenapa ha.. Saya belum dapat bantuan sara hidup ini tapi saya sudah isi isi borang bulan lepas.. Saya belum dapat lagi hasil dia mcm mna ini.. Macam kering dh dompet heheh
Klu sy pny kat sini tulis permohonan diterima,tp x de lak tulis lulus ke tidak…tu kire mcm mn kena bt permohonan br ke @ bt permohonan rayuan?
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
saya mohon kan utk ayah. tapi status tak layak. nak buat rayuan, tapi xd de po n butang permohonan rayuan. mcmne ni? ade sspe bole tlong?
kalau dh dapat (bsh)..
boleh dapat ke (bpn)??
Brim dan prihatin bantuan nasional lain kan? Fasa 1 saya ada terima duit rm 500. Fasa 2 kata tidak dilayak sebab saya ada satu syarikat.. Kenapa pulak? Fasa 1 dapat, fasa 2 tidak dilayak? Ini bukan brim le.. Prihatin bantuan nasional untuk covid 19.. mana boleh cekap ada syarikat sebab itu tidak layak pulak. Pas tu fasa 1 saya dapat.. Pelik betul government ini. .Walau pun nak tipu agak agak la.
Sy fist dapat 1000 yg kedua kata xlayak ada syrikat konon…xtahula xpernah ada syrkat tetiba tidak layak da latu rayuan pon xbole update pecrahan plzz
Bpn fasa1 dapat 1000. Skrg fasa2 dia org ckp tidak layak ckp I dgn suami daftar bpn. Suami i tidak daftar apa pun. Saya pening apa sistem ini
Saya nak tanya kalau kita semak lulus…tapi duit tidak masuk ke akuan bank kita…macam mana tu cara nak check balik