Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun ke atas pada tarikh tutup iklan jawatan dan berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan di Majlis Daerah Pengkalan Hulu sebagaimana berikut:-
MAKLUMAT PERMOHONAN
- Nama Majikan : Majlis Daerah Pengkalan Hulu
- Lokasi Kekosongan : Negeri Perak
- Tarikh Tutup Permohonan : 29 November 2019 (Jumaat)
- Calon hendaklah warganegara Malaysia berusia tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup permohonan jawatan.
- Berkelayakan dan melepasi syarat-syarat pelantikan yang telah ditetapkan bagi setiap jawatan yang hendak dipohon, Sila baca pada lampiran yang kami telah sediakan seperti berikut.
Cara Memohon
- Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan Majlis Daerah Pengkalan Hulu yang boleh dimuat turun melalui pautan yang telah disediakan dibawah.
- Semua borang permohonan hendaklah disertakan dengan gambar berukuran pasport, salinan surat beranak, kad pengenalan, sijil-sijil keputusan peperiksaan dan tamat persekolahan yang telah disahkan daripada salinan asal.
- Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar kepada alamat seperti dibawah.
- Perlu diingatkan, hanya pemohon yang layak sahaja akan dipanggil ke temuduga. Sila lengkapkan dan kemaskini maklumat anda yang telah didaftarkan. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.