Jawatan Kosong Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM)

jawatan kosong pihak berkuasa penerbangan awam malaysia

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia merupakan satu agensi kerajaan Malaysia. Agensi ini menyediakan kawalan trafik udara yang sistematik kepada semua negara yang ingin memasuki ke negara ini melalui jalan udara. Setiap laluan ruang udara di Malaysia dibawah kawalan jabatan ini. Jabatan Penerbangan Awam (DCA) KLIA yang menentukan pergerakkan setiap pesawat antarabangsa yang ingin keluar dan masuk melalui ruang udara di negara ini.
Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun ke atas pada tarikh tutup iklan jawatan dan berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan di Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia sebagaimana berikut:-
MAKLUMAT PERMOHONAN

  • Nama Majikan : Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM)
  • Lokasi Kekosongan : Pelbagai Negeri
  • Tarikh Tutup Permohonan : 21 Oktober 2019 (Isnin)
JAWATAN : 
1. Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W19
2. Pegawai Khidmat Pelanggan Gred N19

Untuk memohon lain-lain Jawatan (Mohon Disini)

Syarat Asas Permohonan 

  • Calon hendaklah warganegara Malaysia berusia tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup permohonan jawatan.
  • Berkelayakan dan melepasi syarat-syarat pelantikan yang telah ditetapkan bagi setiap jawatan yang hendak dipohon, Sila baca pada lampiran yang kami telah sediakan seperti berikut.

Cara Memohon

  • Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan yang boleh dimuat turun melalui pautan yang telah disediakan dibawah.
  • Semua borang permohonan hendaklah disertakan dengan gambar berukuran pasport, salinan surat beranak, kad pengenalan, sijil-sijil keputusan peperiksaan dan tamat persekolahan yang telah disahkan daripada salinan asal.
  • Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar kepada alamat seperti dibawah.
  • Perlu diingatkan, hanya pemohon yang layak sahaja akan dipanggil ke temuduga. Sila lengkapkan dan kemaskini maklumat anda yang telah didaftarkan. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

Leave a Comment