Jawatan Kosong 2018 Di Majlis Daerah Tanjong Malim (MDTM) – Kelayakan PMR/SPM/Diploma

Jawatan Kosong Kerajaan Terkini di Majlis Daerah Tanjong Malim (MDTM). Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang  berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan-jawatan berikut. Keutamaan akan diberikan kepada rakyat DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan.

jawatan kosong 2018 majlis daerah tanjong malim

MAKLUMAT PERMOHONAN


JAWATAN : 
1. Penolong Pegawai Sistem Maklumat FA29 
2. Pelukis Pelan JA19 
3. Pembantu Tadbir (P/O) N19 
4. Pembantu Kemahiran GH19 
5. Pemandu Kenderaan H11 
6. Pembantu Awam H11 

Permohonan jawatan hendaklah dipohon melalui pautan Sistem E-Perjawatan Agensi Kerajaan Negeri Perak yang telah disediakan dibawah.

Perlu diingatkan, hanya pemohon yang layak sahaja akan dipanggil ke temuduga. Sila lengkapkan dan kemaskini maklumat anda yang telah didaftarkan. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.


TARIKH JAWATAN DITUTUP : 30 JANUARI 2018 
LOKASI : PERAK

MOHON ONLINE

Leave a Comment