Peluang Kerjaya MARA 2026 – Majlis Amanah Rakyat

Info Jawatan Kosong

Klik Sini

Berita baik bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan. Majlis Amanah Rakyat kini membuka peluang Kerjaya MARA 2026. Terdapat pelbagai jawatan kosong yang menanti individu yang berkelayakan. Berikut dikongsikan maklumat Jawatan Kosong Kilang MARA 2026 Terkini.

Maklumat Jawatan Kosong

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun ke atas pada tarikh tutup iklan jawatan dan berkelayakan bagi mengisi Jawatan Kosong MARA 2026 sebagaimana berikut:

Nama Majikan:Majlis Amanah Rakyat (MARA)
Penempatan:Pelbagai Negeri
Kelayakan:SPM/ Diploma/ Ijazah
Taraf Jawatan:Kontrak
Tarikh Tutup:20 Februari 2026 (Jumaat)

Senarai Jawatan Kosong MARA 2026

  1. Pegawai Latihan Vokasional (Gred DV9)
  2. Pegawai Ehwal Ekonomi (Gred E9)
  3. Arkitek (Gred J9)
  4. Pegawai Undang-undang (Gred L9)
  5. Penolong Pegawai Latihan Vokasional (Gred DV5)
    • Teknologi Kejuruteraan Elektrik
    • Teknologi Automotif
    • Teknologi Mekanikal/ Pembuatan/ Mekanikal (Rekabentuk)
    • Teknologi Marin
    • Teknologi Bangunan/ Kejuruteraan Awam
    • Teknologi Kimpalan
    • Teknologi Penyejukan dan Penyamanan Udara
  6. Penolong Pegawai Latihan (Gred E5)
    • Teknologi Upholsteri
    • Pengeluaran Perabot
  7. Penolong Pegawai Teknologi Maklumat (Gred FA5)
  8. Penolong Pustakawan (Gred S5)
  9. Pembantu Pegawai Latihan Vokasional (Gred DV1)
    • Teknologi Automatif
    • Teknologi Baikpulih Badan Kenderaan
    • Teknologi Mekanikal/ Pembuatan/ Mekanikal (Rekabentuk)
    • Teknologi Penyejukan dan Penyamanan Udara
    • Teknologi Kejuruteraan Elektrik
    • Kejuruteraan Elektronik/ Komputer
    • Teknologi Upholsteri
    • Pengeluaran Perabot
  10. Juruteknik Komputer (Gred FT1)
  11. Pembantu Khidmat Am (Gred H1)
    • Pembantu Operaso
    • Pemandu Kenderaan
  12. Penjaga Jentera Elektrik (Gred J1)
  13. Pembantu Keselamatan (Gred KP1)
  14. Pembantu Tadbir (Perkeranian/ Operasi) Gred N1

Jawatan Popular : Pengambilan Pekerja Kilang Dexcom (Malaysia) di batu Kawan, Malaysia tahun 2026.

Syarat Lantikan

  • Calon hendaklah warganegara Malaysia berusia tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup permohonan jawatan.
  • Berkelayakan dan melepasi syarat-syarat pelantikan yang telah ditetapkan bagi setiap Jawatan Kosong MARA 2026 yang hendak dipohon, Sila baca pada lampiran yang kami telah sediakan seperti berikut.

Cara Mohon Kerjaya MARA 2026

  • Permohonan Kerjaya MARA 2026 hendaklah melalui laman web rasmi MARA atau di pautan Mohon Jawatan yang yang telah disediakan dibawah. Untuk memohon kali pertama, anda perlu mendaftar akaun baru terlebih dahulu.
  • Pemohon hanya dibenarkan untuk memohon satu (1) jawatan sahaja. Pemohon hendaklah memohon jawatan berdasarkan kelayakan yang dimiliki tepat dengan bidang yang diiklankan.
  • Permohonan hendaklah dibuat secara dalam talian/online melalui pautan/link yang sah sahaja seperti berikut:
  • Hanya permohonan dibuat secara dalam talian/online melalui pautan/link yang sah sahaja akan diterima.
  • Permohonan lewat atau tidak mematuhi syarat yang dinyatakan akan ditolak.
  • Permohonan akan terbatal sekiranya pemohon didapati memberi maklumat yang salah / tidak benar / manipulasi maklumat dalam borang permohonan. Maklumatmaklumat tersebut akan disemak secara terperinci pada hari temu duga.
  • Semua permohonan yang diterima akan ditapis dan disaring berasaskan kepada kriteria-kriteria yang telah ditetapkan dan mengikut kelayakan yang dinyatakan.
  • Semakan pengiktirafan kelayakan sijil / diploma / ijazah sarjana muda / ijazah sarjana / ijazah doktor falsafah boleh dibuat melalui laman web Agensi Kelayakan Malaysia iaitu www2.mqa.gov.my/esisraf/kelayakan.cfm.
  • Pemohon yang melepasi saringan sahaja akan dipanggil untuk menghadiri temu duga.
  • Mereka yang tidak dihubungi dalam masa enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka sebagai tidak berjaya.

Mohon Jawatan

Penafian: Pihak kami bukan dari mana-mana agensi Kerajaan terlibat. Maklumat yang terdapat dalam portal kerjakini.com adalah sahih dan diolah dari sumber rasmi kerajaan dan sumber yang dipercayai untuk memudahkan proses permohonan.

Leave a Comment