Berita baik bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan. Syarikat Tenaga Nasional Berhad (TNB) kini membuka peluang untuk mengasah bakat para graduan lepasan ijazah dengan mengumumkan program Protege TNB – RTW yang menanti individu yang berkelayakan. Berikut dikongsikan maklumat Program Protege TNB 2026 Terkini.
Maklumat Program
Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun ke atas pada tarikh tutup iklan jawatan dan berkelayakan bagi mengisi pengambilan baru Program Protege TNB – RTW 2026 sebagaimana berikut:
| Nama Majikan: | Tenaga Nasional Berhad |
| Penempatan: | Pelbagai Negeri |
| Kelayakan: | Lepasan Ijazah Sarjana Muda |
| Tempoh Latihan: | 8 Bulan |
| Tarikh Tutup: | 30 Januari 2026 (Jumaat) |
Apa Itu Program Protege TNB -RTW?
Program PROTEGE – Ready To Work (PROTEGE-RTW) merupakan satu program latihan bagi graduan muda menganggur, di bawah kelolaan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP).
Antara instrumen penting di bawah program PROTEGE-RTW adalah untuk meningkatkan potensi kebolehpasaran graduan menganggur bagi mendapatkan peluang pekerjaan
Program ini melibatkan latihan bermodul di TNB Integrated Learning Solution (TNB ILSAS) dan latihan penempatan dan bimbingan bersama TNB/ Anak Syarikat TNB/ pemain Industri Bekalan Elektrik (IBE) yang mengambil bahagian bagi tempoh maksima 8 bulan
Senarai Syarikat (IBE) Yang Mengambil Bahagian
- Teknologi Tenaga Perlis Consortium Sdn. Bhd
- EDRA Power Holdings Sdn. Bhd.
- Yayasan Hijau Malaysia
- Malaysia Programme Office for Power Electricity Reform
- Sustainable Energy Development Authority Malaysia
- Suruhanjaya Tenaga
- YTL Power International Berhad
- Malakoff Corporation Berhad
- Kapar Energy Ventures Sdn. Bhd
- NUR Generation Sdn. Bhd
- PETRA Energy Berhad
*Penempatan di IBE akan dimaklumkan sebaik sahaja menerima pengesahan daripada mereka, bagi membolehkan peserta membuat persediaan awal.
Jawatan Popular : Jawatan Kosong Kerani TNB 2025 dibuka
Struktur Latihan Protege TNB – RTW
Pemohon yang terpilih adalah diwajibkan untuk mengikuti Latihan Kemahiran Insaniah selama 2 minggu di TNB Integrated Learning Solution Sdn. Bhd. (ILSAS), Bangi, Selangor sebelum diberikan penempatan Latihan di Tempat Kerja (On-The Job Training).
Pemohon mestilah sanggup mengikuti Latihan di Tempat Kerja (On-The Job Training) di mana-mana fungsi dan lokasi unit bisnes TNB / Anak Syarikat TNB / pemain IBE
Tempoh keseluruhan pelaksanaan PROTEGE TNB-RTW adalah 8 bulan dan terdiri dari 2 komponen latihan iaitu:
- Soft-skillsTraining
- On-the-Job Training (penempatan di TNB/ Anak Syarikat TNB/ pemain IBE yang turut serta)
Syarat Kelayakan Protege TNB – RTW
- Pemohon mestilah warganegara Malaysia
- Had umur pemohon tidak melebihi 28 tahun pada 31 Disember 2025.
- Mempunyai kelayakan Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam/ Agensi Kelayakan Malaysia.
- Keutamaan diberikan dalam bidang yang selari dengan keperluan bisnes TNB / Anak Syarikat/ pemain IBE seperti;
- Bidang Teknikal (minimum CGPA 2.70): Kejuruteraan Elektrik, Kejuruteraan Mekanikal, Kejuruteraan Awam, Sains Komputer, Teknologi Maklumat, Keselamatan Siber dan lain-lain
- Bidang Bukan Teknikal (minimum CGPA 3.00): Perakaunan, Kewangan, Pengurusan Data, Pentadbiran, Sumber Manusia, Statistik, Bisnes, Pemasaran, Undang-Undang dan lain-lain
- Graduan ijazah dari dalam dan luar negara yang sedang menganggur melebihi 6 bulan dari tarikh graduasi.
- Graduan yang bekerja tetapi pekerjaannya tidak setara dengan kelayakan akademik (underemployed).
- Keutamaan diberikan kepada graduan dari kumpulan B40.
- Lepasan SPM / SPMV dengan kredit dalam matapelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah.
Faedah Penyertaan Program Protege TNB
- Elaun Saraaan Sebanyak RM 2000,00 Sebulan
- Kelayakan cuti Tahunan
- Potongan Perkeso & Eis
- Bayaran balik Rawatan Perubatan
Cara Mohon
- Permohonan Program Protege TNB – RTW 2026 ini hendaklah melalui laman web rasmi Tenaga Nasional Berhad di https://jobs.tnb.com.my/ atau di pautan Mohon Protege TNB yang yang telah disediakan dibawah. Untuk memohon kali pertama, anda perlu mendaftar akaun baru terlebih dahulu.
- Calon dikehendaki memuat naik resume yang lengkap (kelayakan akademik, pengalaman kerja, gaji semasa dan gaji yang dipohon, gambar berukuran passport serta salinan sijil-sijil berkaitan) semasa membuat permohonan.
- Pemohon yang telah mendaftar dan memohon jawatan yang disenaraikan tidak perlu lagi memohon semula sekiranya tempoh permohonan masih sah.
- Sebelum membuat permohonan sila pastikan anda login/register dan mengisi segala maklumat yang diminta dengan lengkap dan tepat.
- Perlu diingatkan, hanya pemohon yang layak sahaja akan dipanggil. Sila lengkapkan dan kemaskini maklumat anda yang telah didaftarkan.
- Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
Penafian: Pihak kami bukan dari mana-mana agensi Kerajaan terlibat. Maklumat yang terdapat dalam portal kerjakini.com adalah sahih dan diolah dari sumber rasmi kerajaan dan sumber yang dipercayai untuk memudahkan proses permohonan.
