PDPP 2025 : Permohonan Baru Calon Guru Tajaan KPM Kini Dibuka

Permohonan Guru Tajaan KPM PDPP 2025 Bagi Tahun 2025 : Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempelawa graduan lulusan Ijazah Sarjana Muda TANPA pendidikan yang berkelayakan, berpotensi dan berminat untuk mengikuti Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) di Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tahun 2025.

Apakah Guru Tajaan KPM PDPP 2025?

Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) adalah program yang bertujuan melatih calon guru di Institut Pendidikan Guru (IPG), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam pelbagai bidang pengkhususan untuk keperluan sekolah rendah KPM. Peserta yang berjaya akan mengikuti PDPP selama tiga semester atau satu tahun di IPG yang ditetapkan oleh KPM. Program ini akan dilaksanakan secara sepenuh masa.

Syarat Kelayakan Permohonan Guru Tajaan KPM PDPP 2025

Berikut adalah syarat kelayakan untuk permohonan PDPP 2025 bagi tahun 2025.

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Sihat tubuh badan;
  3. Aktif dalam kegiatan kokurikulum; dan
  4. Umur tidak melebihi 40 tahun pada 30 September 2025 iaitu lahir pada atau selepas 30 September 1985.
  5. Memiliki sekurang-kurangnya gred KEPUJIAN dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di peringkat SPM.
  6. Memiliki kelulusan Ijazah Sarjana Muda dari mana-mana universiti awam (UA) di Malaysia dalam bidang yang ditetapkan dan **diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK)/ Cumululative Grade Point Average
  7. (CGPA) minimum 2.50 ; ATAU
  8. Memiliki kelulusan Ijazah Sarjana Muda dari universiti swasta (US) di Malaysia dan luar negara dalam bidang yang ditetapkan serta **diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) / Cumululative Grade Point Average (CGPA) minimum 2.50;
  9. Memiliki Ijazah Sarjana Muda yang memenuhi Kluster Mata Pelajaran (KMP) yang ditetapkan oleh KPM (sila rujuk KMP dalam permohonan online).
  10. Calon yang memohon bidang Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua (TESL) perlu mencapai tahap penguasaan minimum C1 dalam ujian penguasaan Bahasa Inggeris yang dijajarkan dengan Common European Framework for Languages (CEFR) seperti Malaysian University English Test (MUET), International English Language Testing System(IELTS), C2 Proficiency (CPE), Aptis Advanced, C1 Advanced (CAE), Aptis Remote, Test of English as a Foreign Language (TOEFL) dan Linguaskills.
  11. Calon yang memohon bidang di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) kecuali bidang bahasa Melayu, Pendidikan Islam dan TESL perlu memiliki sekurang-kurangnya gred kepujian dalam bahasa Cina/bahasa Tamil di peringkat SPM.
  12. Memenuhi syarat bidang pengkhususan yang ditetapkan (sila rujuk syarat bidang pengkhususan dalam permohonan secara dalam talian). ** Mempunyai surat pengiktirafan daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)

Artikel Berkaitan :

Baca Juga : Jawatan Kosong LPPKN 2025
Baca Juga : Jawatan Kosong Majlis Peperiksaan Malaysia 2025

Bidang Pengkhususan Yang Ditawarkan

  1. Sekolah Kebangsaan (SK)
    • Bahasa Melayu Pendidikan Rendah
    • Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua Pendidikan Rendah (TESL)
    • Pendidikan Islam Pendidikan Rendah
    • Pendidikan Awal Kanak-Kanak Pendidikan Rendah
    • Matematik Pendidikan Rendah
    • Bimbingan dan Kaunseling
    • Sejarah Pendidikan Rendah
    • Pendidikan Jasmani Pendidikan Rendah
    • Pendidikan Moral
  2. Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC)
    • Bahasa Melayu Pendidikan Rendah
    • Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua Pendidikan Rendah (TESL)
    • Pendidikan Islam Pendidikan Rendah
    • Pendidikan Awal Kanak-Kanak Pendidikan Rendah
    • Reka Bentuk Teknologi Pendidikan Rendah
    • Matematik Pendidikan Rendah
    • Bimbingan dan Kaunseling
    • Sejarah Pendidikan Rendah
    • Pendidikan Jasmani Pendidikan Rendah
    • Pendidikan Moral
  3. Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT)
    • Bahasa Melayu Pendidikan Rendah
    • Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua Pendidikan Rendah (TESL)
    • Pendidikan Islam Pendidikan Rendah
    • Pendidikan Awal Kanak-Kanak Pendidikan Rendah
    • Matematik Pendidikan Rendah
    • Bimbingan dan Kaunseling
    • Sejarah Pendidikan Rendah
    • Pendidikan Jasmani Pendidikan Rendah
    • Pendidikan Moral
  4. Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas (SKPK)
    • Bahasa Melayu Pendidikan Rendah
    • Reka Bentuk Teknologi Pendidikan Rendah

Calon Yang Tidak Layak Mohon PDPP 2025

  1. Pemohon yang pernah mengikuti program ikhtisas di IPG, tetapi gagal dalam peperiksaan dan ditamatkan pengajian.
  2. Calon yang masih terikat dengan kontrak perkhidmatan dengan mana-mana agensi termasuk agensi Kerajaan Negeri dan tidak mendapat pelepasan daripada pihak tersebut.
  3. Calon yang pernah mengikuti program ikhtisas di IPG KPM dan gagal dalam peperiksaan serta ditamatkan daripada pengajian.
  4. Calon yang diisytiharkan bankrap.
  5. Calon yang pernah meletak jawatan dalam perkhidmatan Kerajaan bagi skim Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41.
  6. Calon yang diberhentikan dari perkhidmatan kerajaan kerana tindakan tatatertib atau disabitkan dengan kesalahan jenayah/penyalahgunaan dadah/ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri.
  7. Pemohon yang pernah atau sedang disabitkan dengan kesalahan penyalahgunaan dadah, jenayah atau tindakan mahkamah.

Cara Mohon Guru Tajaan KPM PDPP 2025

  • Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian (online) dengan melayari laman sesawang KPM di alamat https://mypdpp.moe.gov.my.
  • Pemohon dinasihatkan membaca dengan teliti maklumat iklan permohonan guru tajaan KPM PDPP, Ujian Kelayakan Calon Guru (e-UKCG), temu duga, Ujian Kecergasan Fizikal (UKF), syarat bidang pengkhususan serta tarikh-tarikh penting pengambilan sebelum membuat permohonan.
  • Pemohon dibenarkan mengemukakan SATU permohonan sahaja dan boleh mengemaskini permohonan pada tarikh yang telah ditetapkan sebelum tarikh permohonan ditutup. (sila rujuk tarikh-tarikh penting pengambilan PDPP)
  • Pemohon perlu membuat pengesahan permohonan dan dihantar sebelum tarikh tutup permohonan. Permohonan yang berjaya dihantar akan menerima nombor rujukan dan tarikh menduduki e-UKCG.
  • Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak.
Guru-PDPP-2025

Maklumat Tambahan Pengambilan PDPP 2025

  • Pemohon perlu menyemak tarikh-tarikh penting pengambilan PDPP 2025 ambilan tahun 2025. Walau bagaimanapun, KPM berhak meminda sebarang aktiviti dan tarikh mengikut keperluan semasa.
  • Pemohon boleh mendapatkan maklumat tambahan berkaitan promosi pengambilan Guru Tajaan PDPP ambilan tahun 2024 menerusi Youtube Live “Jom Jadi Cikgu” mulai Mac hingga Julai 2024.
  • Calon mestilah menjalani saringan dan lulus e-UKCG sebelum dipanggil temu duga dan UKF.
  • IPGM berhak menawarkan bidang pengkhususan yang berlainan dengan bidang yang dimohon mengikut keperluan KPM.
  • Pemohon yang berjaya ditawarkan pengajian hendaklah bersetuju dan patuh dengan terma-terma dalam surat tawaran dan Perjanjian Pendidikan Guru serta pindaanpindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.

Pemohon yang didapati memberi maklumat salah/tidak benar/manipulasi maklumat dalam borang permohonan akan diambil tindakan dengan menarik balik surat tawaran dan dikenakan tindakan undang-undang di bawah Kanun Keseksaan [Akta 574]. Maklumat permohonan ini akan disemak secara terperinci pada hari pendaftaran dan selama tempoh pengajian dari semasa ke semasa.

Tarikh Penting Permohonan Guru Tajaan KPM PDPP 2025

BILAKTIVITITARIKH
1.Permohonan Program PDPP11 – 17 September 2025
2.Pelaksanaan Ujian Kelayakan Calon Guru (e-UKCG) secara dalam talian18 – 24 September 2025
3.Semakan Layak Temuduga & Ujian Kecergasan Fizikal (UKF)1 Oktober 2025
4.Temuduga dan UKF6 – 9 Oktober 2025
5.Semakan Tawaran PDPP17 Oktober 2025
6.Pendaftaran PDPP3 November 2025
* Tarikh dan aktiviti tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa
* Calon perlu membuat semakan bagi setiap keputusan bagi saringan e-UKCG, UKF, Temuduga dan keputusan berjaya di laman sesawang https://mypdpp.moe.gov.my.

Maklumat Lanjut

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berkaitan dengan permohonan Guru Tajaan KPM PDPP, sila hubungi alamat berikut:

JABATAN PENGAMBILAN DAN PENEMPATAN
PUSAT HAL EHWAL PELAJAR
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA, KPM
Aras 2, Blok 2250
Jalan Usahawan 1
63000 CYBERJAYA

No Telefon Pejabat : 03-8312 6666/
03-8312 6733 / 6760 / 6723 / 6720 /6768 /6693
(Isnin-Jumaat : Jam 8.00 pagi – 5.00 petang)

No Fax : 03-8312 6655

Leave a Comment