Rebut peluang emas ini sekarang! Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) membuka permohonan jawatan kosong Pegawai Pendidikan Gred DG9 bagi tahun 2025. Kerjaya berprestij ini menawarkan gaji lumayan sehingga RM9,552, pelbagai elaun menarik, serta jaminan kerja stabil dan berimpak tinggi dalam dunia pendidikan negara. Jika anda seorang yang berkelayakan, berwawasan, dan ingin menyumbang kepada pembangunan modal insan Malaysia, inilah masa terbaik untuk memulakan langkah bijak anda.
Baca lagi maklumat lanjut mengenai jawatan kosong Pegawai Pendidikan Gred DG9 ini.
Maklumat Jawatan
Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun ke atas pada tarikh tutup iklan jawatan dan berkelayakan bagi mengisi Jawatan Kosong Pegawai Pendidikan Gred DG9
Nama Kementerian/Jabatan | Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) |
Penempatan | Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) |
Kelayakan | Ijazah Sarjana Muda |
Taraf Jawatan | Contract Of Service (CoS) |
Tarikh Tutup | 26 Ogos 2025 (Selasa) |
Syarat Asas Permohonan
- Warganegara Malaysia;
- Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup hebahan jawatan;
- Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau
- kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan,
Baca Juga :
Memiliki kelayakan akademik seperti berikut:
Bagi pelantikan secara Kontrak (Interim) untuk Pegawai Pendidikan Gred DG9 :
- Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dengan Kepujian dalam bidang Bahasa Melayu (termasuk major/minor Pengajian Bahasa Melayu) daripada institusi pengajian tinggi tempatan dan luar negara yang diiktiraf oleh Kerajaan; atau
- Ijazah Sarjana Muda atau Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dalam bidang Bahasa Melayu (termasuk major/minor Pengajian Bahasa Melayu) dan Diploma Pendidikan atau Diploma Pascasiswazah Pendidikan daripada institusi pengajian tinggi tempatan dan luar negara yang diiktiraf oleh Kerajaan; atau
- Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dengan Kepujian dalam pelbagai bidang; atau Ijazah Sarjana Muda / Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dalam pelbagai bidang beserta Diploma Pendidikan atau Diploma Pascasiswazah Pendidikan daripada institusi pengajian tinggi tempatan dan luar negara yang diiktiraf oleh Kerajaan serta:
- mempunyai major/minor Pengajian Bahasa Melayu; atau
- memperoleh Gred A atau A- dalam mata pelajaran Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)
Bagi pelantikan secara Contract of Service (CoS) untuk Pegawai Pendidikan Gred DG9 :
- Ijazah Sarjana Muda atau Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dalam bidang Bahasa Melayu (termasuk major/minor Pengajian Bahasa Melayu) daripada institusi pengajian tinggi tempatan dan luar negara yang diiktiraf oleh Kerajaan; atau
- Ijazah Sarjana Muda atau Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dalam pelbagai bidang daripada institusi pengajian tinggi tempatan dan luar negara yang diiktiraf oleh Kerajaan serta,
- mempunyai major/minor Pengajian Bahasa Melayu; atau
- memperoleh Gred A atau A- dalam mata pelajaran Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).
GRADUAN YANG LAYAK MEMOHON
Graduan dalam kategori berikut yang memenuhi syarat di atas adalah layak memohon iaitu :
- Graduan Pendidikan yang telah dipanggil temu duga oleh SPP pada tahun 2025 tetapi belum memperoleh keputusan;
- Graduan Pendidikan yang belum dipanggil temu duga oleh SPP pada tahun 2025;
- Graduan Pendidikan yang tidak berjaya dalam temu duga pengambilan PPP Gred DG9 yang telah diadakan pada 21 April hingga 29 Mei 2025;
- Graduan Pendidikan yang dikategorikan sebagai Calon Simpanan dalam temu duga pengambilan PPP Gred DG9 yang telah diadakan pada 21 April hingga 29 Mei 2025; dan
- Semua Graduan Bukan Pendidikan.
GRADUAN YANG TIDAK LAYAK MEMOHON
Graduan dalam kategori berikut tidak layak memohon:
a. Graduan Pendidikan Tajaan KPM;
b. Guru Interim;
c. Guru Kontrak (Lantikan SPP);
d. Pernah ditamatkan atau dibuang kerja dari Perkhidmatan Awam; dan
e. Seorang bankrap dan belum dilepaskan.
CARA MOHON PEGAWAI PENDIDIKAN GRED DG9
- Graduan yang berkelayakan dan memenuhi syarat ditetapkan adalah dipelawa untuk memohon atau mengemas kini maklumat permohonan melalui Sistem Pengambilan Anggota Perkhidmatan Pendidikan di pautan https://myspp.spp.gov.my/. atau melalui pautan mohon jawatan yang telah disediakan di bawah.
- Graduan yang memiliki ijazah bukan bidang Bahasa Melayu, WAJIB melengkapkan keputusan mata pelajaran Bahasa Melayu pada peringkat STPM di ruangan yang disediakan.
- Calon bertanggungjawab untuk memastikan semua maklumat yang diisi adalah tepat dan terkini. Sebarang kesilapan boleh menjejaskan peluang untuk dipanggil ke sesi temu duga.
- Permohonan hendaklah dikemukakan sebelum atau pada 26 Ogos 2025 (Selasa).
- Calon TIDAK DIBENARKAN untuk mengemas kini permohonan bermula dari 27 Ogos 2025 hingga 27 September 2025 bagi memberi laluan kepada proses saringan.
Cara Dapatkan Pengiktirafan Kelayakan (MQA)
Calon bertanggungjawab untuk menyemak pengiktirafan ijazah daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan mengemukakan dokumen pengiktirafan semasa menghadiri temu duga. Semakan boleh dibuat melalui pautan:
- https://www2.mqa.gov.my/esisraf/kelayakan; atau
- https://www2.mqa.gov.my/mqr/
Bagi kelulusan dari institusi pengajian tinggi luar negara, calon perlu mendapatkan surat pengiktirafan secara individu daripada MQA.
MAKLUMAT PENTING
- Hanya permohonan atau pengemaskinian lengkap yang diterima dalam tempoh 12 Ogos 2025 hingga 26 Ogos 2025 sahaja akan diproses untuk saringan.
- Calon-calon yang telah memiliki ijazah pendidikan, diploma pendidikan atau diploma pascasiswazah pendidikan yang melepasi saringan sahaja akan dipanggil temu duga dan keputusan panggilan temu duga adalah muktamad.
- Calon-calon yang tidak memiliki ijazah pendidikan, diploma pendidikan atau diploma pascasiswazah pendidikan yang melepasi saringan akan diwajibkan untuk menduduki UKCG secara dalam talian sebelum dipanggil temu duga. Maklumat lanjut akan dimaklumkan kepada calon yang layak selepas tarikh tutup permohonan.
- Calon-calon yang tidak memiliki ijazah pendidikan, diploma pendidikan atau diploma pascasiswazah pendidikan yang berjaya dilantik sebagai PPP Gred DG9 (COS) DIWAJIBKAN mengikuti Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) dengan pembiayaan sendiri dalam tempoh kontrak yang akan diselaraskan oleh KPM.
TARIKH PENTING
Tarikh Permohonan dibuka : 12 Ogos 2025
Tarikh Permohonan Ditutup : 26 Ogos 2025
FAQ (Soalan Lazim)
Q1: Apakah itu Pegawai Pendidikan Gred DG9?
A1: Pegawai Pendidikan Gred DG9 merupakan jawatan tetap dalam sektor pendidikan di bawah Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) yang melibatkan tugas pengajaran, pentadbiran dan pembangunan pendidikan negara.
Q2: Bagaimana cara memohon jawatan ini?
A2: Permohonan dibuat secara online melalui Portal Rasmi SPP. Pemohon perlu mendaftar akaun dan mengisi maklumat lengkap sebelum tarikh tutup.
Q3: Apakah kelayakan minima untuk DG9?
A3: Pemohon biasanya memerlukan ijazah sarjana muda dalam bidang berkaitan pendidikan atau setara yang diiktiraf oleh kerajaan.
Q4: Bilakah tarikh tutup permohonan DG9?
A4: Tarikh tutup akan diumumkan di Portal SPP. Calon disaran menyemak dari semasa ke semasa.
Q5: Berapakah gaji untuk Pegawai Pendidikan Gred DG9?
A5: Gaji pokok bermula sekitar RM2,188 hingga RM9,552 bergantung kepada kelayakan dan tempoh perkhidmatan, tidak termasuk elaun tetap dan elaun lain.
Mulakan Langkah Bijak Hari Ini! Sertai barisan pendidik profesional negara. Klik ‘Mohon Sekarang’ untuk peluang kerjaya stabil & gaji menarik.
Penafian: Pihak kami bukan dari mana-mana agensi Kerajaan/ swasta yang terlibat. Maklumat yang terdapat dalam portal kerjakini.com adalah sahih dan diolah dari sumber rasmi yang dipercayai untuk memudahkan proses permohonan. Sebarang permohonan hendaklah melalui portal rasmi seperti yang telah kami beritahu di bahagian cara mohon. Kami tidak mengambil sebarang maklumat peribadi pemohon di laman web ini.