Permohonan Jawatan Kosong Pembantu Pengurusan Murid N1 di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Ambilan Tahun 2025 Dibuka!

Adakah anda berminat membina kerjaya dalam bidang pendidikan? Peluang kini terbuka untuk anda memohon jawatan kosong Pembantu Pengurusan Murid tahun 2025 di seluruh Malaysia. Jawatan ini sesuai untuk lepasan SPM, SVM, SKM mahupun graduan yang ingin menyumbang kepada pembangunan pendidikan negara. Antara kelebihan jawatan ini termasuk gaji menarik, latihan Kerja, serta persekitaran kerja yang mesra. Mohon segera sebelum tarikh tutup permohonan!

Berikut dikongsikan maklumat Jawatan Kosong Pembantu Pengurusan Murid pada tahun 2025.

Maklumat Jawatan Kosong

Nama MajikanKementerian Pendidikan Malaysia
Nama JawatanPembantu Pengurusan Murid (PPM) Gred N1
PenempatanSeluruh Negeri, Malaysia
Kelayakan :SPM, SVM, SPM +SKM
Taraf Jawatan :Contract Of Service (COS)
Tarikh Tutup Permohonan :19 Ogos 2025

Syarat Asas Kelayakan Pembantu Pengurusan Murid

Calon bagi lantikan Pembantu Pengurusan Murid hendaklah memiliki Kelayakan seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 18 Tahun ke atas
  • Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/ Sijil Vokasional Malaysia (SVM)/ SPM +SKM
  • Mempunyai Indeks Jisim Badan (BMI) tidak melebihi 35

Syarat Kelayakan Akademik

  • Dua (2) mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu (sekurang-kurangnya Gred C) di peringkat Kepujian dan empat (4) mata pelajaran lain di peringkat Lulus dalam satu peperiksaan SPM; atau
  • Dua (2) mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu di peringkat Kepujian dan empat (4) mata pelajaran lain di peringkat Lulus yang dikumpulkan dalam dua (2) peperiksaan SPM dalam tempoh tiga (3) tahun berturut-turut.
    ATAU
  • Calon hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu (kod 1104) pada peringkat SVM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan
  • Kelayakan SVM dalam bidang kursus Pengajian Awal
    Kanak-kanak.

Penempatan Pembantu Pengurusan Murid (PPM)

Calon yang terpilih akan ditempatkan di tempat-tempat yang berikut:

  1. Prasekolah Sekolah Harian
  2. Institusi Pendidikan,
  3. Asrama Sekolah Harian
  4. Prasekolah Sekolah Pendidikan Khas (SPK)
  5. Asrama Sekolah Pendidikan Khas (SPK)
  6. Kelas Program Pendidikan Khas Intergrasi

Diskripsi Tugas PPM

  1. PENGURUSAN MURID
    • Membantu dalam pengurusan diri murid dari aspek fizikal,
    • emosi, rohani dan jasmani serta keselamatan dan kesihatan.
  2. PENGURUSAN KELAS DAN DAPUR/ BILIK/ ASRAMA
    • Urusan penyediaan makanan/ mengemas/ membantu dalam
    • pengurusan kebersihan, keceriaan dan keselamatan murid.
  3. KOKURIKULUM DAN RIADAH/ PENGURUSAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PdP)
    • Membantu mengawasi dan mengiringi penghuni asrama sewaktu aktiviti kokurikulum dan riadah/ membantu dalam pengurusan dan perjalanan sebelum, semasa dan selepas PdP.
  4. PENGURUSAN PENTADBIRAN AM, REKOD, DOKUMEN DAN ASET/ PERGERAKAN DAN AKTIVITI MURID BERKEPERLUAN PENDIDIKAN KHAS MBPK (MOBILITI)
    • Membantu dalam pengurusan dan pentadbiran am asrama,
    • pengurusan mobiliti MBPK (pergerakan MBPK) dan
    • penglibatan MBPK dalam setiap aktiviti.
  5. PENGURUSAN PENTADBIRAN AM, REKOD, DOKUMEN DAN ASET
    • Membantu dalam pengurusan dan pentadbiran am kelas/ asrama/ rekod/ dokumen, kewangan, stok dan aset Kerajaan.
  6. TUGAS SEWAKTU CUTI PERSEKOLAHAN
    • Membersihkan semua kemudahan, peralatan, stor dan bilik-bilik khas supaya sentiasa dalam keadaan bersih dan selamat digunakan.

Cara Mohon Jawatan Kosong Pembantu Pengurusan Murid

  • Permohonan jawatan kosong diatas hendaklah melalui Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia https://www.moe.gov.my/ atau pautan Mohon Jawatan yang telah disediakan dibawah. Untuk pemohon kali pertama, anda perlu mendaftar akaun baru terlebih dahulu.
  • Pemohon yang telah mendaftar dan memohon jawatan yang disenaraikan tidak perlu lagi memohon semula sekiranya tempoh permohonan masih sah.
  • Sebelum membuat permohonan sila pastikan anda login/register dan mengisi segala maklumat yang diminta dengan lengkap dan tepat.
  • Perlu diingatkan, Hanya calon yang melepasi tapisan serta memenuhi syarat sahaja akan dipertimbangkan untuk panggilan temu duga.
  • Keputusan panggilan temu duga adalah MUKTAMAD dan sebarang rayuan tidak akan dilayan
  • Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 30 hari dari tarikh mohon hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

Baca Juga :

🔗 Jawatan Kosong Perodua 2025! Mohon Sekarang! Tempat terhad

Mohon Jawatan Pembantu Pengurusan Murid KPM 2025

Tarikh Penting Permohonan Jawatan Kosong Pembantu Guru 2025

Tarikh Permohonan dibuka : 06 Ogos2025
Tarikh Permohonan ditutup : 19 Ogos 2025

FAQ (Soalan Lazim)

  1. Apa itu jawatan Pembantu Pengurusan Murid (PPM) Gred N1?
    Jawatan PPM N1 merupakan posisi sokongan di bawah KPM yang membantu guru dalam menguruskan murid, terutamanya murid pendidikan khas, serta membantu dalam tugas pengurusan harian bilik darjah.
  2. Apakah syarat kelayakan untuk memohon jawatan PPM N1?
    Pemohon mestilah warganegara Malaysia, berumur 18 tahun ke atas pada tarikh tutup permohonan, dan memiliki kelayakan minimum SPM/ SVM/ SKM.
  3. Berapakah gaji permulaan Pembantu Pengurusan Murid N1?
    Gaji permulaan adalah mengikut syarat kelayakan akademik iaitu
    Siji Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia (Bermula RM1,500),
    SPM + SKM Tahap 2 (Bermula RM1,561.00)
    SPM + SKM tahp 3 (Bemula RM1,622.00)
  4. Bagaimana cara memohon jawatan ini?
    Permohonan boleh dibuat secara atas talian melalui sistem Online KPM (Rujuk Link Permohonan diatas). Pemohon digalakkan untuk mengisi maklumat dengan tepat dan betul untuk mendapat panggilan temuduga.
  5. Adakah PPM Gred N1 berpeluang diserap tetap atau berpencen?
    Tidak, Jawatan ini adalah secara Contract of Service dimana pemohon akan berkhidmat mengikut kontrak yang telah ditetapkan oleh pihak KPM.

👉 Berminat Menjadi Pembantu Guru?
📌 Jangan lepaskan peluang ini! Klik pautan di bawah untuk semak kelayakan, isi permohonan anda hari ini di portal rasmi KPM sebelum tarikh tutup 19 Ogos 2025.
👉 Mohon Sekarang Jawatan Pembantu Pengurusan Murid N1

🔗Isi Borang Permohonan Pembantu Pengurusan Murid (PPM) Gred N1 disini

Iklan Hebahan Pengambilan disini

Penafian: Pihak kami bukan dari mana-mana agensi Kerajaan/ swasta yang terlibat. Maklumat yang terdapat dalam portal kerjakini.com adalah sahih dan diolah dari sumber rasmi  yang dipercayai untuk memudahkan proses permohonan. Sebarang permohonan hendaklah melalui portal rasmi seperti yang telah kami beritahu di bahagian cara mohon. Kami tidak mengambil sebarang maklumat peribadi pemohon di laman web ini. 

Leave a Comment