Mohon sekarang Jawatan Kosong Pembantu Tadbir MySTEP 2025 di agensi kerajaan seluruh Malaysia. Peluang kerja kontrak, gaji lumayan & pengalaman sektor awam.
Malaysia Short-Term Employment Programme (MySTEP) merupakan inisiatif Kerajaan yang menyediakan peluang pekerjaan jangka pendek (kontrak) di pelbagai Kementerian, Agensi Kerajaan, Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC), Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) dan Rakan Strategik. Inisiatif MySTEP ini disediakan khusus buat warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas daripada pelbagai latar belakang akademik dalam usaha Kerajaan membuka lebih banyak peluang pekerjaan dan memberi pengalaman kerja bagi meningkatkan kebolehpasaran pekerja di Malaysia
Maklumat Jawatan Kosong
Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun ke atas pada tarikh tutup iklan jawatan dan berkelayakan bagi mengisi jawatan kosong Pembantu Tadbir MySTEP sebagaimana berikut:
Nama Majikan: | Mengikut Jabatan yang ingin dimohon |
Penempatan: | Pelbagai Negeri |
Kelayakan: | SPM & Diploma |
Taraf Jawatan: | Kontrak |
Tarikh Tutup: | Mengikut Jawatan Yang ingin dimohon |
Senarai Jawatan Kosong Pembantu Tadbir MySTEP
Jawatan | Jabatan Kerajaan | Kelayakan Akademik |
1. Pembantu Tadbir (Personel MySTEP) | Pejabat Kesihatan Daerah Muar, Johor | SPM |
2. Pembantu Tadbir (Personel MySTEP) PKPDJB | Jabatan Kesihatan Negeri Johor, Johor | SPM |
3. Pembantu Tadbir (Personel MySTEP) | Jabatan Laut Malaysia, Wilayah Tengah – Pelabuhan Klang, Selangor | SPM |
4. Pembantu Tadbir (Personel MySTEP) (Perkeranian & Operasi) Gred N1 | Jabatan Agama Islam Selangor, Shah Alam, Selangor | SPM |
5. Pembantu Tadbir (Personel MySTEP) | PKD Kulai, Jabatan Kesihatan Negeri Johor, | SPM |
6. Pembantu Tadbir (Personel MySTEP) PKLP Klinik | Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, | Diploma |
7. Pembantu Tadbir (Personel MySTEP) PKLP Perkeranian & Operasi | Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya | SPM |
8. Pembantu Tadbir (Personel MySTEP) PKDBP – | Jabatan Kesihatan Negeri Johor (Batu Pahat) | SPM |
9. Pembantu Tadbir (Personel MySTEP) MKAJB | Jabatan Kesihatan Negeri Johor | SPM |
10. Pembantu Tadbir (Personel MySTEP) JPNIN | Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, Johor Bahru, Johor | SPM |
11. Pembantu Tadbir (Personel MySTEP) | Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Cawangan Labuan, Sabah | SPM |
Baca Juga :
- Jawatan Kosong Pembantu Guru 2025: Gaji Menarik & Peluang Kerjaya Pendidikan Terkini
- PERODUA Tawar Kerjaya Automatif 2025 – Gaji, Elaun & Bonus Lumayan – Mohon Sekarang!
Syarat Asas Permohonan
Calon perlu memenuhi syarat asas berikut untuk memohon jawatan kosong Pembantu Tadbir MySTEP
- Warganegara Malaysia
- Berusia tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup permohonan jawatan.
- Melepasi syarat-syarat pelantikan yang telah ditetapkan bagi setiap jawatan kosong Pembantu Tadbir MySTEP yang hendak dipohon. Sila baca pada lampiran yang kami telah sediakan seperti berikut.
Diskripsi Kerja Pembantu Tadbir MySTEP
Bertanggungjawab dalam membantu melaksanakan tugas-tugas perkeranian, pengurusan surat-menyurat rasmi, penyimpanan dan kemaskini rekod dokumentasi unit/bahagian.
Pemohon yang memiliki kemahiran dibawah adalah merupakan satu kelebihan;
- Bertanggungjawab dan berdisplin
- Boleh berkomunikasi dengan baik
- Mahir menggunakan Microsoft Excel/Word/PP
- Mahir menggunakan computer
- Berkebolehan dalam berinteraksi dengan pelbagai kategori masyarakat
Kelebihan Pembantu Tadbir MySTEP
Cuti Rehat | 12 hari setahun* |
Cuti Sakit | 14 hari setahun* |
Perlindungan Sosial | Caruman KWSP & PERKESO |
Elaun | Tuntutan Perjalanan Kenderaan Tambang Pengangkutan Awam |
Cara Mohon Pembantu Tadbir MySTEP
- Permohonan jawatan kosong diatas hendaklah melalui portal rasmi di myfuturejobs.gov.my atau pautan Apply Now/ Mohon Jawatan yang yang telah disediakan dibawah. Untuk pemohon kali pertama, anda perlu mendaftar akaun baru terlebih dahulu.
- Pemohon yang telah mendaftar dan memohon jawatan yang disenaraikan tidak perlu lagi memohon semula sekiranya tempoh permohonan masih sah.
- Sebelum membuat permohonan sila pastikan anda login/register dan mengisi segala maklumat yang diminta dengan lengkap dan tepat.
- Perlu diingatkan, hanya pemohon yang layak sahaja akan dipanggil ke temuduga. Sila lengkapkan dan kemaskini maklumat anda yang telah didaftarkan.
- Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
Tarikh Penting Permohonan
- Tarikh Permohonan dibuka : 20 Julai 2025
- Tarikh Tutup Permohonan : Mengikut Jawatan yang ingin dimohon
❓ FAQ Berkaitan Jawatan Personel MySTEP (Pembantu Tadbir)
Apa itu jawatan Personel MySTEP?
✅MySTEP (Malaysia Short-Term Employment Programme) ialah program pekerjaan kontrak jangka pendek di sektor awam dan GLC yang menawarkan peluang kerja sementara kepada rakyat Malaysia.
Apakah tugas utama Pembantu Tadbir MySTEP?
✅Tugas melibatkan kerja-kerja pentadbiran pejabat, pengurusan dokumen, perkhidmatan pelanggan, penyediaan laporan, dan lain-lain yang diarahkan oleh pegawai atasan.
Berapakah gaji untuk jawatan ini?
✅ Gaji bulanan sekitar RM1,500 hingga RM2,100 bergantung pada jabatan dan lokasi penempatan.
Apakah kelayakan minimum untuk mohon?
✅Lazimnya, kelayakan minimum ialah SPM atau setaraf. Ada jabatan yang terima sijil/diploma bergantung pada keperluan jawatan.
Di mana lokasi penempatan?
✅Penempatan merangkumi pelbagai jabatan kerajaan di seluruh Malaysia seperti Kementerian, Jabatan Pendidikan, dan Pejabat Daerah.
Adakah peluang diserap ke jawatan tetap?
✅Walaupun jawatan ini bersifat kontrak, prestasi cemerlang boleh membuka peluang untuk diserap ke jawatan tetap jika ada kekosongan kelak.
Bagaimana cara memohon?
✅Permohonan boleh dibuat secara atas talian melalui laman web rasmi jabatan atau portal kerja kerajaan seperti MyFutureJobs dan JobMalaysia.
Kesimpulan
Jangan lepaskan peluang! Sertai sektor kerajaan melalui program Personel MySTEP hari ini. Klik untuk semak syarat kelayakan, lokasi penempatan & cara permohonan terkini! JOM MOHON!
Penafian: Pihak kami bukan dari mana-mana agensi Kerajaan/ swasta yang terlibat. Maklumat yang terdapat dalam portal kerjakini.com adalah sahih dan diolah dari sumber rasmi yang dipercayai untuk memudahkan proses permohonan. Sebarang permohonan hendaklah melalui portal rasmi seperti yang telah kami beritahu di bahagian cara mohon. Kami tidak mengambil sebarang maklumat peribadi pemohon di laman web ini.